Sabtu, 1 Mei 2010

UNDI MELAYU BANDAR DAN MELAYU KAMPUNG

Apa penilaian melayu kampung dan melayu bandar tentang gambar ini?


"Jika Mood pengundian seperti yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini berterusan sehingga PRU akan datang, Pakatan Rakyat akan kekal memerintah di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi tidak jamin di Kelantan dan kedah", lebih kurang begitu bacaan salah seorang ahli politik yang agak terkenal juga.

Menarik juga bacaan itu. Di dapati, keadaan undi cina dan India, berada dalam daerah selamat. Namun, undi India perlu berhati-hati sedikit.

Adapun undi melayu, perlu dibahagi kepada dua, (1) Melayu bandar, dan (2) melayu kampung. Cara berfikir melayu bandar tidak sama dengan cara berfikir melayu kampung.

Undi melayu bandar, mengikut satu pendapat, berbelah pihak kepada PR (PAS, PKR dan DAP). Adapun undi melayu kampung, mengikut tren pengundian kini, berbelah pihak kepada BN.

Persoalannya, (1) Melayu di Kelantan dan Kedah, melayu bandar atau melayu kampung? (2) di Perak, apakah ramai melayu kampung atau melayu bandar? Namun, undi cina dan india di perak dilihat berbelah pihak kepada PR. Justeru, bagaimana pula gabungan undi melayu bandar dan undi cina dan india di Perak? (3) Di selangor, PAS banyak bertanding di kawasan melayu kampung. Justeru, mungkin PR kekal memerintah, tetapi PAS semakin minoriti. Benarkah?

inilah yang aku diceritakan.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Mei 2010 * 3:59 petang

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz Wan Ji......

PAS memang cukup alerjik dengan cerita main duit.Parti itu sentiasa mahu namanya kekal harum,bersih lagi suci dan ‘ tak berduit’.Atas sebab itu dakwaan terbaru yang hangat oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz@ penulis blog Kickdefella dia diberi peruntukkan RM4juta untuk mengurus operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang menarik

seterusnya di: http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Apa nak jadi dgn Pas ... mengata orang tapi dia yg lebih ...harap2 duit tu bukan derma jihad pengikut pas ... zaman dulu khalifah2 berebut nak menderma bila berjihad ... sekarang ni dah terbalik .... pengikut pula jadi sasaran bila ceramah ....