Sabtu, 1 Mei 2010

QIYADI, JUNDI : KEPERLUAN WAQIE, CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

BAHAGIAN PERTAMA

PERTAMA; QIADI

(1)

Dalam bahasa arab, qiadi berasal dari kalimah "qawada", bermakna orang yang memimpin orang lain, atau driver .

Dalam terjemahan biasa, qiadi bermakna, kepimpinan.

(2)

pemimpin adalah lumrah. Semua manusia memimpin, sama ada dia orang besar, atau orang kecil.

Dalam lingkungan negara, pemimpin itu bernama PM; keluarga, namanya bapa; anak-anak, namanya ibu.

Seseorang itu akan memimpin dirinya sendiri. pimpin diri daripada mengikut hawa nafsu.

Sabda Nabi SAW;

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ فِي مَالِ سَيِّدِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

"Setiap kamu adalah pengembala; akan ditanya/dipertanggungjawabkan terhadap gembalaan kamu. Pemimpin itu adalah pengembala, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Seorang lelaki itu adalah pengembala untuk ahlinya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Perempuan itu adalah pengembala di rumah suaminya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Khadam itu adalah pengembala terhadap harta tuannya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya "

(3)

Kenapa perlu dipimpin?

Pertama, fitrah manusia ini mahu berkumpul; buat geng, team, group dan sebagainya. Justeru, geng, team, group itu hendaklah tidak tersasar dari lingkungan fitrah, maka islam datang menerangkan bentuk jemaah yang sepatutnya dibina oleh manusia; jemaah islam.

Kedua, memandangkan manusia mempunyai hawa nafsu, menyebabkan kadangkala mereka tersasar. Maka, setelah pembinaan jemaah islam itu tidak terkeluar dari maksud jemaah islam, maka perlu ada ketua yang memimpin jemaah tersebut.

Ketiga, kewujudan sesuatu jemaah adalah untuk mencapai matlamat keredhaan Allah, dan mencapai kejayaan dalam mendaulatkan islam. Pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengemukakan pendapat dan ijtihad bagi mencapai kemenangan; islam diterima, bukan ditolak.

KEDUA : JUNDI

(1)

Jundi bermakna tentera/askar. Orang yang menjadi askar, adalah orang akur dan ikut sesuatu arahan.

(2)

Jundi yang kita nak bina adalah adalah jundi yang boleh meninggikan kalimah Allah. Usaha meninggikan kalimah Allah ini, dengan beberapa perkara, iaitu [a] berdakwah ; melahirkan da'i, [b] berjihad; mujahidin.

(3)

Jundi perlu mempunyai kepandaian dalam menilai sesuatu arahan. Arahan yang diterima pakai, hendaklah arahan yang mengandungi kemaslahatan, tanpa melahirkan kemudharatan.

Tiada ketaatan dalam arahan yang bersifat memudharatkan. Ini disandarkan kepada satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi SAW, ketika melantik seorang lelaki ansar untuk menjadi ketua.

Baginda SAW menyuruh semua tentera taat dengan perintah dan arahannya.

“tidakkah baginda SAW menyuruh kamu semua taat kepadaku” katanya kepada semua tentera.

“benar” jawab mereka.

“kamu hendaklah himpunkan kayu untukku” arahnya.

Semua tentera menghimpunkan kayu.

”Kamu nyalakan api” perintahnya lagi.

Maka semua tentera nyalakan api pada kayu tersebut.

”kamu hendaklah terjun ke dalam api itu” perintahnya lagi. Tetapi, kali ini perintah itu difikirkan balik oleh para tentera.

Ada sebilangan yang lain mahu taat, tetapi dihalang oleh pihak yang lain. Mereka semua lari daripadanya, terus kepada Rasulullah SAW. tindakan para tentera tersebut, menyebabkan lelaki tersebut marah.

Kejadian itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan baginda SAW bersabda;

لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
”Kalau mereka masuk ke dalamnya (api), pasti mereka tidak akan keluar daripadanya sehingga hari kiamat. Ketaatan itu, hanya dalam perkara ma’ruf ”

BAHAGIAN KEDUA

PERTAMA : MUKJIZAT

(1)

Apa itu mukjizat?

kalimah mukjizat berasal dari kalimah "al-ajz" bermakna lemah. "’ijaz" dan "mukjizat" bermakna, melemahkan.

Mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi, selalunya berbentuk "khawariq al-adat", iaitu menyalahi adat, dengan tujuan untuk melemahkan musuh-musuh para nabi.

(2)

Kenapa Allah bagi mukjizat para nabi itu pelbagai?

Cuba kita perhatikan kepada mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi, pasti kita akan dapati, mukjizat mereka tidak sama.

Nabi Musa yang diberikan mukjizat tongkat; nabi saleh diberikan mukjizat unta; nabi muhammad dengan al-quran, yang nampak cabaran mendatangkan ayat yang bahasanya lebih indah dari bahasa al-quran.

(3)

Nabi musa diberikan mukjizat tongkat kerana firaun mempunyai ahli sihir. Justeru, musa datang dengan mukjizat tongkat yang kepelikkan yang ada pada tongkat itu mengatasi kepelikkan yang wujud pada sihir.

Nabi soleh berhadapan dengan puak kapitalis, yang memonopoli asas sumber utama rakyat, iaitu air. golongan kaya, menggunakan kuasa mereka menguasai air untuk dikenakan bayaran yang tinggi kepada rakyat yang mahu mendapatkan air. Justeru, memandangkan di zaman itu, alat untuk mengangkut air adalah unta, maka Allah berikan unta sebagai mukjizat Nabi Soleh. Unta itu digunakan untuk menarik air, lalu diberikan air itu kepada rakyat secara percuma.

Bangsa arab amat kagum dengan kehebatan dalam syair. Kerana syair, mereka boleh tercetus perbalahan. Lalu, datang Nabi Muhammad dengan dibekalkan oleh Allah dengan al quran; yang mempunyai keindahan bahasa dan sasteranya. Ekoran itu, tidak hairan Allah berkali-kali mencabar orang yang memperlekehkan quran agar mendatangkan ayat sama sedap dengan quran.

KEDUA : WAQIE

(1)

Dari ini, kita akan fahami bahawa mukjizat itu diberikan sesuai dengan waqie dalam melemahkan musuh.

(2)

waqie ini penting dalam Mengalahkan musuh. Malahan, setiap ulama mujtahid mengeluarkan fatwa mereka, pasti amat bersesuaian dengan waqie.

Imam as-syafie mengeluarkan fatwa di mesir dan di baghdad, tidak sama. Dikenali dengan nama qaul jadid dan qaul qadim.

Imam syafie mengatakan peneroka tanah akan memiliki tanah, tanpa mendapat kebenaran kerajaan, walhal imam hanafi mengatakan bahawa peneroka tidak dapat hak milik tanah, kecuali mendapat kebenaran kerajaan.

Kenapa fatwa mereka berbeda, walhal mereka berpegang dengan satu hadis sahaja?

Hadis tersebut adalah bahawa Nabi SAW bersabda;

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيِّتَةً فَهِيَ لَهُ

Maksudnya;
"barangsiapa teroka tanah, maka tanah itu menjadi hak miliknya "

Jawapannya adalah kerana imam syafie berada di mesir, yang mempunyai padang pasir yang luas. adapun imam hanafi berada di bandar besar dan maju, yang dibimbangi termakan tanah orang, jika membenarkan hak milik tanah dengan teroka tanah tanpa mendapat keizinan kerajaan.

Hakikatnya, perbedaan fatwa tersebut disebabkan waqie tempat mereka berada yang berbeda.

BAHAGIAN KETIGA

QIADI DAN JUNDI PERLU FIKIRKAN

(1)

Kita kena lihat realiti kini, bahawa kekerasan mudah dispekulasikan oleh musuh, sehingga mereka berjaya mencipta islamphobia.

PENYELESAIAN

Pertama,

kita perlu mengulas islam dalam bentuk yang mudah, kasih sayang, benci kekerasan dan sebagainya.

Islam perlu diulas sebagai agama fitrah manusia, mengharamkan kezaliman, waima terhadap binatang.

Kedua,

Istilah-istilah yang pada pandangan uruf dilihat "extreme" atau telah diburukkan oleh musuh-musuh Islam, hendaklah dihindarkan. Kita tidak perlu berbalah dan berdebat yang tidak menguntungkan tentang istilah dan nama, sebaliknya mementingkan pengisian disebalik nama yang mahu dipertahankan.

Seperti, kita tidak perlu berdebat sehingga ”titisan darah yang terakhir” tentang penggunaan nama ’negara Islam’, tetapi yang perlu kita fikirkan, usaha semampu yang boleh untuk melaksanakan segala kandungan negara Islam, waima tidak berlebelkan negara Islam, seperti konsep kebajikan, keadilan, kasih sayang dalam pemerintahan dan sebagainya.

Umar bin Al- Khattab pernah menukar istilah ”jizyah” kepada kalimah ”Zakat” terhadap Yahudi Bani Tughlub, ekoran bimbang mereka merasakan diri mereka seperti rakyat kelas kedua dalam kerajaan madinah ketika itu.

(2)

Manusia mahu melihat islam dalam bentuk yang senang, bukan islam berbentuk susah. Dengan kata lain, mereka mahu melihat perkara yang banyak boleh, berbanding tidak boleh.

PENYELESAIAN

Tidak mengambil sikap terus mengharamkan sesuatu, melainkan didatangkan alternatif terlebih dahulu.

seperti, Kita tidak terus menyatakan lagu/muzik itu haram, melainkan kita menyatakan bentuk lagu/muzik yang halal terlebih dahulu.

Kena mendalami dua kaedah usul utama, iaitu kaedah usul dalam perkara ibadat, dan kaedah usul dalam perkara selain ibadat.

Kaedah usul dalam perkara ibadat;

الأصل في العبادة التوقيفي أو البدعة حتي يرد النص

Maksudnya;
“Asal dalam perkara ibadat adalah terhenti, atau bidaah hingga wujud Nas”

Dan kaedah usul dalam perkara selain ibadat;

الأصل في الأشياء الإباحة ما لم يرد النص على عكسه

Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus, selama tiada nas yang menyatakan sebaliknya”

(3)

Mereka mahu melihat islam dalam bentuk yang rasional, berbanding ’taat buta-tuli’.

PENYELESAIAN

Bagi memperlihatkan bentuk islam yang rasional, perlu mendalami pemikiran Ahmad wahib yang dicampurkan sama dengan pemikiran as-syatibi menerusi kitab Al-Muwafakat.

Asas pemikiran mereka adalah;

Pertama, Imam Al-Baidhawi ada menyebut;

ما نهي عنه شرعا فقبيح و إلا فحسن

Maksudnya;
“perkara yang ditegah syarak, maka itu adalah buruk (haram). Sekiranya tidak (iaitu tidak ditegah, iaitu dibenarkan untuk dilakukan), maka itu adalah baik (halal) ”

Kedua, Setiap perkara halal, mesti ada maslahah dan mudharat. Tetapi, mudharatnya lebih kecil berbanding maslahah.

Ketiga, Setiap perkara haram, mesti ada mudharat dan maslahah. Tetapi, maslahahnya lebih kecil berbanding mudharat.

(4)

Non Muslim menolak Islam disebabkan faktor kejahilan mereka terhadap Islam.

PENYELESAIAN

Islam perlu dinilai diluar kerangka perkauman. Disamping, berusaha penuh dalam memahamkan Islam dalam bentuk yang berstrategi.

Formulanya, mulakan dengan mengemukakan titik kesamaan antara mereka dengan kita, sebelum mengemukakan perbedaan.

Kaedah ini, merujuk kepada firman Allah dari surah Al-Imran, ayat 64-65;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ * يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maksudnya;
”katakanlah, Wahai Ahli Kitab, marilah kepada titik kesamaan antara kami dan antara kamu, bahawa kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun. Setengah kita tidak boleh mengambil setengah yang lain sebagai tuhan, selain daripada Allah. Sekiranya kamu mereka berpaling, katakanlah, bersaksikan bahawa kami muslim. Wahai Ahli Kitab, kenapa kamu berhujjah berkenaan Ibrahim dan terhadap apa yang diturunkan dalam taurat dan injil selepasnya, apakah kamu tidak berakal?”

Dari ayat ini, kita dapat lihat Allah sebut ”cari titik kesamaan antara kamu dan kami, iaitu tidak sembah selain Allah”. Sememangnya, Ahli kitab menyembah Allah.

Kemudian, baru Allah sebutkan perbedaan, iaitu berbincang tentang tidak syirik kepada Allah.

Dengan kata lain, dalam menyeru mereka kepada Islam, jangan mulakan dengan mencari pertembungan, sebaliknya mencari titik kesamaan terlebih dahulu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Mei 2010 * 6:43 Pagi


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.kesian puak palestin yang mati diracun oleh puak ISLAM MESIR dalam terowong!!bukan puak israel yang bunuh tapi puak islam mesir pulak yang bunuh!!
2.mana ulamak besar di Mesir!tak kata apa ka!!
3.Asyik bergaduh sesama islam!puak musuh islam bergelak sakan!!
4.yang hang huraikan diatas!dah lama didebatkan!dah lama orang mengaji tentang perkara tersebut!!
5.Hang carilah penyelesaian tentang hukum MLM!kalau hang tenguk!keruntuhan sosial remaja islam sekarang mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan MLM dan rasuah oleh umat Islam di Malaysia!!
5.Sudah sampai masanyanya ustaz-ustaz dinegara ini diambil dari golongan yang otak cream !yang dapat straight A dalam PMR atau SPM!baru orang hormat!baru mempunyai pandangan yang bernas untuk menegakkan Islam!Ustas lani!hangpa tanyalah keputusan peperiksaan mereka!!malu!!!!!!!kalau hangpa nak tau!tahap kelulusan seseorang mempunyai hubungan yang significan dengan perangai dan tingkahlaku seseorang!tak percaya!hangpa dokla sebulan dua dengan puak ustaz idola hangpa!hangpa akan tau perangai sebenaq mereka!!

WakJundi berkata...

Salam Ustaz Wan Ji...

"Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis itu.

Beliau berkata, Pas menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan dan secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Nik Abdul Aziz.

"Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini supaya dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.

"Semalam, saya juga ada memeriksa akaun terbabit namun ia tidak lagi aktif," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.

"Kita akan siasat dan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terbabit," katanya.

Zulkarnain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Nota: pandai plak PAS cari polis... kalau tidak khalid samad bukan main kuat menyalak kat polis ....

Tanpa Nama berkata...

Wak jundi..
1.amalan puak ni senang je!kalau sokong!kalau bantu kami!betui semua!!haram jadi harus!harus jadi halal!rasuah jadi sedekah!riba jadi wang proses!skim piramid jadi MLM!
2.Tak tenguk depa anggap ketua kapiaq harbi Penang sebagai Umar Abdul Aziz!!depa puja!depa sanjungg!!!