[1]
Di Lubnan, golongan Ahbash ini wujud. Di sana, berbagai-bagai kekacauan yang telah berlaku. Ia bermula, ketaassuban anak murid Abdullah hariri yang merupakan "abuya" bagi ajaran Ahbash, disamping ajaran mengarut yang disebarkan oleh Abdullah hariri itu.
Budaya takfir dalam perkara khilafiyyah menjadi perkara biasa. Orang yang dituduh wahabi, semuanya adalah mujassimah, kata mereka. Justeru, mereka adalah kafir.
Apabila dinyatakan, bahawa tidak semua wahabi itu mujassimah. Lalu, dikemukakan kitab-kitab Abu hasan Al-Asyari, iaitu kitab Ibanah. Mereka akan mendakwa bahawa kitab itu telah dipesongkan oleh wahabi.
Apabila dikemukakan kitab Al-Fiqh Al-Akbar karangan Imam Abu hanifah yang ada membicarakan soal aqidah; ternyata isu aqidah yang dikemukakan oleh Imam Abu hanifah itu bercanggah dengan cara pemahaman mereka, pasti mereka akan mendakwa bahawa kitab Abu Hanifah diselewengkan oleh Wahabi.
Semua kenyataan ulama Salaf yang tidak sealiran dengan mereka, amat senang untuk mengetahui jawapan mereka. Tidak lain dan tidak bukan, kitab itu diselewengkan oleh Wahabi.
Kalau ini minda Ahbash, tidak hairan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menyebut bahawa berdebat dengan golongan ahbash, sama seperti berdebat golongan orang yang tidak berilmu. [lihat fatawa maasarah].
Juga lebih tidak hairan lagi, apabila Dr Wahbah Az-Zuhaili pernah menyebut bahawa Ahbash adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.
[2]
Gerakan ahbash ini, bukan sekadar wujud di Lubnan sahaja. Tetapi kini, sudah tersebar di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Isu yang dikemukakan adalah, Wahabi dan Salafi. Diserang habis-habisan golongan ini, dengan menempelkan dakwaan yang tidak pernah wujud sama sekali.
Lebih parah, dilebelkan orang-orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai wahabi, waima orang itu bukan wahabi sama sekali. Bertambah parah, apabila mereka memakai kaedah mantiq bodoh, iaitu dengan mendakwa "wahabi itu JI, dan JI itu pengganas atau militant". Justeru, orang yang mereka lebelkan wahabi itu adalah militant, yang sedang tersebar di Universiti-universiti.
[3]
Pelik sungguh dakwaan Ahbash, bahawa mendakwa Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Wahabi, seterusnya JI. Jika benar tuan Guru Haji Abdul Hadi itu mahu kepada kaedah kekerasan dan peperangan, mengapa Tuan Guru terlibat dalam Pilihanraya?
Wahabi menggunakan method Istinbat zahiri, malahan lebih teruk dari Zahiri. Sudah pasti, method mereka akan menghasilkan hukum bahawa tidak boleh terlibat dengan Pilihanraya. Ini pun sudah cukup untuk membuktikan Ahbash ini sudah tersilap dan tersalah dalam menuduh.
Padaku, pihak polis dan pihak jabatan Agama Islam di Malaysia, sama ada JAIS, JAKIM dan sebagainya, wajib melakukan siasatan terhadap Ahbash ini. kerena, sudah ramai ulama-ulama besar di dunia kini telah menyebut bahawa mereka adalah golongan yang sesat, lagi menyesatkan. Antaranya adalah, Dr wahbah Az-Zuhaili.
cuma yang peliknya, kenapa pihak kerajaan masih lagi membela puak-puak Ahbash ini. Ini kerana, terbukti bahawa beberapa tokoh sealiran Ahbash ini wujud JAKIM itu sendiri. Apakah kerajaan mempunyai agenda?
Benar kata orang, "kalau tidak ada agenda jahat, maka itu bukan BN"
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
23 Jun 2010 * 12:06 tengahari

7 ulasan:
http://abu-syafiq.blogspot.com
blog ahbash yang mendewakan Abdullah Hariri seperti yang diceritakan ustaz dalam entri kali ini.. Wallahu`alam~
Wanji ooi,hg ni ngaji apa,x knai manhaj ASWJ...buka balik matan jauharah,ummulbarahain.tgk aqidah pegangan sawaadul a'zham camna.compare ngan cara bawa puak2 wahabi.tgk ceramah2 rasul dahri pa aqidah dia.bahaya wanji ooi..tgok salahuddin al-ayyubi pegang kemas aqidah asyairah,muhammad al-fateh jutaan ribu.aqidah x soheh nk brjuang camna...

Puak2 Ahbash menyusup masukke dalam Jab2 agama Negeri2,antara yg kuat ialah pahang.... mereka menggunakan nama ahlussunnah wal jamaah .. memang perangai mereka suka mengkafirkan orang yg xsehaluan,mereka mengaku bermazhab Syafei,aqidah asyairah dan bertarekat (sufi)..tetapi yg peningnya ulama' sufi lain pun dia kafirkan,seperti contoh : Dr Said Ramdhahn Al-buti dan Syeikh Mutawalli Sya'rawi (rujuk blog Dr Buti-search-ahbash) ... mereka ini bkn ikut politik sangat,mana ada ruang utk dorang masuk,dorang masuk... Artikel berkait judi dlm utusan baru ni,org YADIM yg tulis,kononnya nak kawal judi berperingkat2..geng2 dorang hidup subur dlm YADIM ILIM,Jabatan2 agama termasuk JAIS. Klu nak belajar free,dapat support itu dan ini pergi la Lubnan . . . dorang banyak dana,dapat jalan2 sekitar Lubnan percuma,dari mana sumber wallahua'lam... tp x mustahil dari Israel atau musuh2 Islam...
Tok Guru Nik Aziz pun di tuduh sesat (berfahaman Wahabi) oleh seorang Ulama' pondok di kelantan... http://www.youtube.com/watch?v=98SJKC6oghQ
masalah asyairah ini ialah tidak dapat menerima pendapat org lain. qaradhawi pun diorg kata sesat. yg best kita dah bagi dalil Al-quran diorg boleh lagi tanya kitab mana, muktabar ke, sanadnya mana? gila, pagal, crazy, majnun ....
Ulasan ringkas yang dapat saya nyatakan terhadap tulisan Al-Bakistani tentang Al-Ahbash ialah:
a) Al-Bakistani tidak kenal dan tidak pernah baca pun kitab-kitab Syaikh Abdullah Al-Harari, lalu dia bergantung dengan sumber kedua (yang juga tidak boleh dipercayai)lalu dia menghukum seorang ulama muhaddis dan sufi tanpa hak.
b) Al-Bakistani jahil tentang akidah ahli sunnah (walaupun kononnya pernah mengaji di Pondok Lubuk Tapah)lalu mengatakan pertentangan antara ahli sunnah dan wahabiah adalah masalah khilafiyah!!
Teringat satu rangkap syair yang menyebut:
"belajarlah wahai orang muda, kerana kejahilan itu adalah satu keaiban, tidak redha dengannya (kejahilan itu) melainkan HIMAR".
belajar dan dalamilah akidah ahli sunnah. tak guna cakap berdegar-degar tentang Islam tapi bab akidah yang asas pun jahil!
jangan marah yer Al-Bakistani, enta kata kat orang boleh, orang kata kat enta tak kan tak boleh kot???!!
Al-Malizi
Catat Ulasan