Isnin, 21 Jun 2010

JANGAN JADI HANG TUAH !!

[1]

Banyak tokoh yang menulis tentang hikayat Hang tuah. Masakan di malaysia, di indonesia juga amat banyak bahan bacaan tentang tokoh melayu yang sering disebut-sebutkan itu.

”takkan hilang melayu di dunia” adalah ungkapan keramat Hang Tuah, menjadi sebut-sebutan dibibir mereka yang mendakwa pejuang melayu. Tidak ketinggalan juga menyebut itu adalah ’pejuang perut’. Mereka mengunakan ungkapan ’melayu’ sebagai candu, sepertimana golongan paderi di zaman karl Mark menggunakan agama untuk mengaut kekayaan.

Dalam Filem lama pula, hikayat Hang Tuah ada dua versi; P Ramli dan Nordin Ahmad. Hang Tuah versi P ramli dilihat hebat, tetapi dilihat bodoh dalam versi Nordin Ahmad. Mungkin kerana Nordin Ahmad memagang watak Hang Jebat.

[2]

Jika kita membaca beberapa karya tentang Hang Tuah. Kita akan dapati, semua karya itu menganggambarkan Hang Tuah ini tidak lebih daripada Balaci seorang raja yang zalim. Cuma, cara olahan sahaja dilihat seperti Hang Tuah itu hebat. Hakikatnya, Hang Tuah tidak lebih sebagai seorang pencacai kepada Raja.

Hang Tuah adalah lambang ketaatan membabi buta, atau dalam bahasa agamanya disebut sebagai taqlid buta. Sedangkan, Hang Jebat disifatkan sebagai golongan wala’ kepada raja; justeru di’sembah’ raja yang adil, di’bantah’ raja yang zalim.

Dalam bahasa Islam, Hang Jebat adalah lambang ”Wala’” kepada kebenaran, ”Barra’” kepada kezaliman, waima kezaliman itu dilakukan oleh raja yang disifatkan ma’sum oleh orang melayu ketika itu.

Tragedi pembunuhan yang dilakukan oleh hang Tuah terhadap Hang Jebat benar-benar melambangkan taqlid buta terhadap raja zalim, yang akhirnya budaya wala’ dalam bentuk sebenar sudah terhapus dalam budaya melayu.

[3]

Ternyata, budaya taqlid buta Hang Tuah terhadap raja memberi keburukan kepada Rakyat Melaka sendri. Dalam buku Hikayat Hang Tuah karangan Kasim Ahmad ada menyatakan bahawa, hang Tuah terlalu menyesal dengan sikapnya yang membunuh Hang Jebat, yang menyebabkan raja semakin angkuh.

Ia menyebabkan Hang Tuah memilih kehidupan yang tidak sepertimana sebelum dia membunuh Hang Jebat. Dihikayatkan bahawa Hang Tuah telah bertukar menjadi seorang yang penyabar, lemah lembut dan warak. Perubahan itu berlaku, setelah dia melihat sendiri berlakunya kejatuhan kerajaan Melaka kepada portugis dan seterusnya belanda. Semuanya berpunca dari keangkuhan si Raja yang di puja-puja oleh hang Tuah sendiri sehingga sanggup membunuh teman sendiri demi ”tuanku”.

Tetapi apa boleh buat. Hang Tuah sudah terlambat. Dia sudah kehilangan kawan rapatnya, Hang jebat. Juga, dia kehilangan kerajaan yang disayangi, Melaka. Hanya Allah, tempat dia mengadu, sehingga dia dikenali seorang yang cukup warak sehingga akhir hayatnya.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
22 Jun 2010 * 2:25 Pagi

Tiada ulasan: