[1]
Dalam bahasa Yunan, Kosmos bermakna “الأرض و السياسة”, iaitu bumi dan pentadbiran. Adapun makna Kosmopolitan pula adalah, “Alla Qaumiyyah”, iaitu tidak perkauman/tidak nasionalis[1].
Dalam Islam, ada bentuk nasionalis yang ditolak, dan ada bentuk nasionalis yang tidak ditolak. Maksud semangat nasionalis yang ditolak itu adalah, membantu orang dalam melakukan.
Sabda Nabi SAW;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada Assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assobiyyah; dan bukan dari kalangan kami mereka yang mati dasar Assobiyyah[2]”
Dalam menafsirkan makna Asobiyyah ini, kitab Aun Al-Ma’bud menukilkan perkataan Al-Munawi dengan katanya;
أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم
Maksudnya;
“barangsiapa yang menyeru manusia kepada himpunan Asobiyyah, iaitu memberi pertolongan [atau bantuan] terhadap orang yang melakukan kezaliman[3]”
Ini memberi maksud, assobiyyah yang diharamkan islam ini tidak sekadar dalam semangat perkauman. Tetapi, setiap tindakan yang membantu orang yang melakukan kezaliman, waima teman, kaum kerabat, team, group, parti sendiri lakukan, maka itu adalah Asobiyyah.
[2]
Nasionalis yang diharamkan dalam Islam adalah Nasionalis yang mempunyai unsur menidas. Sudah diketahui umum, menindas adalah tindakan yang zalim.
Pengharaman zalim, dinyatakan oleh Allah dalam hadis Qudsi;
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
Maksudnya;
“Wahai hambaku, sesungguhnya aku haramkan kezaliman atas diriku sendiri, dan aku jadikannya haram dikalangan kamu. Justeru, jangan kamu melakukan kezaliman sesame kamu[4]”
Bukan sekadar melakukan, malahan cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman juga adalah haram.
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, maka kamu akan disentuh oleh Api neraka. Dan tidak ada bagi kamu wali selain Allah, dan kemudian kamu tidak akan dibantu”
(Surah Hud : 113)
Nasionalis yang diharamkan dalam Islam juga adalah nasionalis yang bersifat menafikan hak; sama ada hak itu atas alasan agama, atau atas alasan bangsa. Ini kerana, Islam adalah agama yang mengakui hak sesiapa sahaja, tanpa mengira agama dan bangsa.
Sabda Nabi SAW;
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah SWT memberikan hak kepada orang yang berhak[5]”
[3]
Dibawah maksud nasionalis yang tertolak juga adalah, menafikan kebenaran. Jika direnung dalam Al-Quran, didapati bahawa Ahli Kitab dimurkai oleh Allah, adalah bersebabkan semangat nasionalis mereka yang terlalu menebal, sehingga mereka menafikan kenabian Nabi Akhir zaman, ekoran Nabi Muhammad bukan dari bangsa mereka.
Firman Allah;
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
Maksudnya;
“ramai dari kalangan Ahli Kitab bercita-cita untuk memurtadkan kamu selepas keimanan kamu, agar kamu menjadi kafir. Ia kerana kedengkian yang berada dalam diri mereka, selepas nyata kebenaran bagi mereka”
(Surah Al-Baqarah : 109)
Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa Ahli Kitab mempunyai penyakit hasad yang wujud dalam diri mereka. maksud hasad dalam ayat ini adalah, mereka tidak berpuas hati dengan perlantikan Nabi Muhammad SAW yang bukan dari bangsa mereka, tetapi Nabi Muhammad SAW dari bangsa arab.
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam Kitab At-Tafsir Al-Kabir ada menukilkan perkataan Ibnu Abbas yang menyatakan seperti berikut;
“sebelum kebangkitan kenabian Nabi Muhammad SAW, mengikut kebiasaan orang yahudi, apabila sebarang peperangan dengan sesuatu kaum, mereka akan berdoa seperti berikut;
نسألك بالنبي الذي وعدتنا أن ترسله وبالكتاب الذي تنزله إلا تنصرنا
Maksudnya;
“Kami memohon kepada-Mu [Wahai Allah] dengan Nabi yang Kamu janji kepada kami, bahawa Kamu akan utuskannya dan dengan kitab yang kamu turunkannya, bahawa berilah pertolongan kepada kami”
Dalam setiap peperangan, mereka sering diberi pertolongan oleh Allah SWT. Namun, setelah kedatangan Nabi Muhammad SAW yang mereka dapati dari keturunan Nabi Ismail [yahudi dari keturunan Nabi Ya’qub : Ya’qub anak Nabi Ibrahim dari isteri bernama Saidatina Sarah, dan Ismail anak Nabi Ibrahim dari isteri bernama Saidatina Hajar]. Setelah mereka mengetahui itu, menyebabkan mereka kufur Nabi Muhammad SAW[6]”
Tindakan Yahudi itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Baqarah;
وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ * بِئْسَمَا اشْتَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ أَنْ يَكْفُرُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ بَغْيًا أَنْ يُنَزِّلَ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَى غَضَبٍ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُهِينٌ
Maksudnya;
“Dan setelah datang kepada mereka Al Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka la'nat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu * Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena dengki bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan. Dan untuk orang-orang kafir siksaan yang menghinakan”
(SUrah Al-Baqarah : 89-90)
Dari ini, kita dapati bahawa kekufuran ahli kitab adalah kerana penafian mereka terhadap kebenaran. Punca utama penafian itu adalah disebabkan semangat nasionalis mereka yang terlalu menebal.
[4]
Tidak semua nasionalis itu ditolak, tetapi dalam beberapa keadaan ia tidak ditolak. Namun, yang tidak ditolak itu adalah, nasionalis itu sekadar alat, bukan matlamat.
Dengan maksud, ia tidak boleh digunakan untuk menafikan hak manusia lain, tetapi, jika mahu menggunakannya juga, ia tidak lebih sekadar menolak daripada berlaku kemudharatan yang lebih besar.
Ekoran itu, kita akan dapati Nabi SAW ada bersabda;
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْكُمْ حَقًّا وَلَكُمْ عَلَيْهِمْ حَقًّا
Maksudnya;
”pemimpin-pemimpin itu, daripada Quraish. Sesungguhnya kamu perlu tunaikan hak bagi mereka, begitujuga mereka perlu menunaikan hak bagi kamu[7]”
Dalam membahas maksud imam [pemimpin] dari kalangan Quraish ini, Ibnu Khaldun menyatakan;
أن اشتراط القرشية إنما هو لدفع التنازع
Maksudnya;
”Sesungguhnya Syarat bangsa Quraish [sebagai pemimpin/ketua kerajaan], adalah untuk menolak daripada berlaku perbalahan[8]”
Memahami itu, tidak hairan kita akan dapati ada beberapa tokoh yang bercakap berwarna perkauman, seperti Imam Hasan Al-Banna dan Dr Burhanuddin Al-Helmi. Namun, maksud perkauman yang dibicarakan itu tidak lebih sekadar perkara sampingan, bukan perkara utama.
Bersambung....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan