Isnin, 21 Jun 2010

DR ASRI MASUK UMNO?


Riuh rendah di alam maya dan alam nyata, kononnya Dr Asri akan menyusup masuk ke dalam parti 'anak haram israel', UMNO. Susah hendak merungkai perkara ini, apakah benar atau tidak.

Namun, dalam budaya politik, tidak ada perkara yang pelik. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang berkait melibatkan diri terhadap sesuatu parti.

Secara peribadi, aku tidak bersetuju Dr Asri terlibat dengan mana-mana parti; sama ada parti PAS, UMNO, PKR atau sebagainya.

Pada penilaianku, suara Dr Asri di luar sesuatu organisasi kepartian lebih bernilai dan berharga.

Telah terbukti, dalam banyak isu. Kenyataan Dr Asri sebaris dengan kenyataan Presiden-presiden parti-parti di malaysia. Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh. Kita dapat lihat, bahawa kenyataan Dr Asri sebaris dengan kenyataan Tok Guru haji hadi [presiden PAS] dan kenyataan Dr Nur Manuti [ketua biro Agama PKR].

Apabila ini keadaan Dr Asri, sudah pasti keputusan dia mahu 'memeluk agama baru' iaitu UMNO, merupakan satu kesilapan besar bagi dirinya.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 Jun 2010 * 1:04 pagi

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Apabila ini keadaan Dr Asri, sudah pasti keputusan dia mahu 'memeluk agama baru' iaitu UMNO, merupakan satu kesilapan besar bagi dirinya."

1.Yang hang tu masuk Pas!tak silap kee!!!
2.Dia dan hang sama jee!angan-angan besaq!nak jadi YB!nak dapat datuk!nak naik merc!!
3.asri!!masuklah mana-mana sistem pun!!akan rosak sistem tersebut!!!! macam hang la jugakk!!

Labu berkata...

Ulasan sidungu atau luncai bak kata TGHH.

Tanpa Nama berkata...

"Pada penilaianku, suara Dr Asri di luar sesuatu organisasi kepartian lebih bernilai dan berharga."

Pada penilaianku,suara asri suara serabut....x da nilai.x da tajdid pun yg dia buat.ngarut ja....populariti ja lebih..riuh sakan,dlm kosong!

Ahmad anak Abdul Samad berkata...

hebat sungguh tak ada nama ini.. hebat dari semua orang islam lain sebab nya:
1. Tulisan nya macam dia orang hebat ilmu agama nya.
2. Orang nya lagi hebab sebab Tak ada Nama macam pemimpin sanjungan nya yang ada kapal terbang F5E tapi tak ada enjin dan juga kapal selam tapi tak boleh menyelam.
3. Tak ada Nama....nah 20 sen pergi main jauh jauh ......

ida berkata...

Sokong Ahmad anak Abdul Samad!!!