Rabu, 2 Jun 2010

BERTENANG SAHAJA !!!

[1]

Tidak disangka, article semalam benar-benar menyebabkan handphoneku sibuk ditalian. Ada melalui SMS, dan ada berhubung terus. Menyambut segala talian itu, boleh dikatakan aku hanya mampu menjawab, “biarlah orang tu buat macam tu. Kita anggap je dia berniat baik. Cuma mungkin dia tersalah bertindak untuk nak tunjuk niat baik dia tu”

Ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapanku itu, sehingga seorang kawan yang agak “kepala masam”, berkali-kali meminta supaya aku bagitahu orang itu, sebab dia nak bertindak.

Aku lebih banyak menyabarkannya, dan berkali-kali berkata kepadanya, “Api jangan dibalas dengan api. Tapi api dibalas dengan air, barulah api akan padam”

Dia tetap tidak berpuas hati, menyebabkan aku mengeluarkan satu kisah di zaman Rasulullah, bahawa satu hari Abu Bakar As-Siddiq didatangi seorang lelaki, lalu terus memaki-hamun Abu Bakar As-Siddiq dihadapan Nabi SAW.

Abu Bakar tidak membalas, sebaliknya dia mendiamkan diri sahaja. Ketika itu, Nabi SAW tidak berganjak. Apabila terlalu teruk sangat makian itu, menyebabkan Abu Bakar membalas.

Apabila Abu Bakar membalas, ketika itu juga Baginda SAW bangun dan berlalu pergi. Tindakan Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar bertanya. Lalu, dijawab oleh Rasulullah SAW dengan menyatakan bahawa ketika Abu Bakar tidak membalas, kelihatan Malaikat berada bersama. Tetapi, apabila Abu Bakar menjawab, ketika itu juga malaikat yang berada di samping Abu Bakar bertebaran meninggalkan Abu Bakar. [kisah ini ada dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir]

Apabila cerita ini aku kemukakan, menyebabkan dia agak ‘slow’, dan kemudian kami boleh berbual dalam tajuk lain dan terus melupakan tentang cermin keretaku yang dipecahkan.

[2]

Boleh dikatakan semua yang menghubungiku itu, menawarkan bantuan kewangan, tetapi aku menolak. Namun, ada sebilangan yang mendesak, lalu aku memberikan nombor akaun bank, tetapi berpesan agar bagi sikit sahaja, tidak perlu bagi banyak. Cukup sekadar meringankan beban, bukan sampai terlebih pula.

Ada sebilangan memberitahuku bahawa mereka membantu itu, dengan niat mahu mendapat saham akhirat. Apabila mereka mengatakan demikian, aku hanya membalas dengan jawapan, “ana pun nak cari pahala juga. Kalau semua sponsor, anta je la dapat pahala, ana tak dapat”.

[3]

Kepada si pemecah cermin itu, aku berharap dia tidak takut dan bimbang. Aku tidak menaruh sedikit dendam pun terhadapnya, dan berharap suatu masa nanti, kita dapat bertemu dan berbual-bual mesra seperti sebelum ini.

Mungkin dia bertindak ketika sedang beremosi, menyebabkan dia hilang kawalan perasaan. Tetapi, mungkin selepas dia sudah rasional, mungkin dia akan memikirkan kesan baik buruk terhadap tindakannya itu.

Lagi pun, jika itu dianggap sebagai kesalahan, kita tidak perlu marah kepadanya. Ini kerana, Nabi SAW ada bersabda dalam hadis yang bermaksud, “setiap anak adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang kembali ke pangkal jalan”

Mungkin dia mengambil masa untuk berfikir secara rasional dalam menentukan tindakannya itu betul atau salah. Jika dia menganggap itu sebagai tindakan yang betul, aku menghormati anggapannya itu. Tetapi aku berharap, ia tidak lakukan perkara ini pada orang lain.

Kepada kawan-kawan blogger yang menulis tentang isu kecil ini, diharapkan bertenang. Anggapkan sahaja ini sebagai satu ujian dari Allah, untuk menambah lagi usaha kita dalam melawan pengkhianatan di mana sahaja.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 mei 2010 * 2:04 Pagi

15 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Ya mudah-mudahan semua muslimin muslimat kembali ke pangkal jalan...

Tanpa Nama berkata...

Ko tulis:

3 mei 2010 * 2:04 Pagi

Ni bulan Jun la!

Tanpa Nama berkata...

Salam semua ...

Biasalah Ust Wan Ji .... lepas ni boleh la ust buat contoh kesabaran ustaz dlm tazkirah ... tengok apa jadi dengan Kickdefella bila dedahkan kepincangan salahurus pentadbiran dan kroni menantu di Kelantan ... kereta dia pun kena pecah sebab dibaling dengan kapak ....

Tanpa Nama berkata...

1.Aiiiii!nak banding hang dengan para sahabat pulak!!jauh la oii!!
2.Dari dua entry hang ni!bab pecah cermin kereta hang!boleh buat beberapa andaian dan fakta terhadap tahap mentaliti hang!
2.Fakta 1-hangka hang nak belanja makan orang yang pecahkan kereta hang!!TAPI hang report polis dulu!!dulu hang kata macam-macam kat polis!bila hang kena BALA ALLAH!!polisla hang cari dulu!!apa jenis manusia hang ni!!ludah kelangit!last sekali!ludah hang sendiri hinggap kemuka hang!!
3.Fakta 2-hang kata hang tak terima sumbangan orang!!orang yang bersimpati dengan hang!TAPI hang tulis tentang isteri nak bersalin la!!Itu menunjukkan hang minta sedekah la jugak!cuma hang tak bawak tempurung je!!tadah kat orangramai yang lalu kat jambatan!!niatnya sama jee!!minta sedekah!!
4.Fakta 4-hang dah tuduh seseorang!hang dah bagi tau kat polis tentang orang tu!!kalau hang dah tau orang yang lakukan perbuatan tersebut!!hang pila jumpa dia!!Bagaimana kalau tekaan hang tak betui!!masuk neraka nanti hang nii!!
5.Rumusan tentang diri hang-patutpun tiap tahun hang kena BALA Allah!!niat hang tak betui!!hati hang busuk!!disebalik serban dan jubah yang hang pakai!disebalik sijil agama hang yang berjela!!ada syaitan yang bersembunyi!!

Tanpa Nama berkata...

ala rilek la wan ji..ko sebenarnya bukan tau pun sapa yg buat,ko saja psiko..kononnya la..secara umumnya,cr ko menulis,ingin mengatakan bhw yg buat tu bkn geng2 umno tp org pas yg bengang dgn ko sbb memusuhi pimpinan pas secara 'penakut'(tanpa saluran yg betoi)...hehe.ala rilek la wan ji..

Nizam berkata...

Kepada Tanpa Nama kat atas (pada hal mak bapak pecah kepala fikir nak beri nama apa dulu), berfikirlah sebagai rakyat. Usah berfikir sebagai kepala kepada mana-mana parti. Melainkan anda yang tak bernama di atas adalah kepala yang menyamar. Cuba baca ulasan pada link di bawah.

http://penarikbeca.blogspot.com/2010/06/kita-tak-terlibat-kenapa-nak-bersubahat.html

Tinta Hitam berkata...

AlBakistani,

Gua respek sama lu,bro

FZY berkata...

Bukan main cerita. Jadi seronok baca. Masa kita dok pecahkan hati org x ada rasa apa2 ke?

Cerita utk diri sendiri, puji diri sendiri, mcm budak2 je. Matang la sikit.

Nk tunjuk cool la konon. Anda x cool sebenarnya. Saje berlakon cool. Masa pimpinan kena fitnah dgn anda, adakah anda berasa puas hati?

Mengata pimpinan hebat2, keluar la dari PAS kalau anda rasa PAS sudah rosak.

Apa2 pun mohon ampun dari Allah andai anda ada banyak menyakitkan hati org.

Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

aku dok rasa la yang dok pecahkan cermin kereta hang ni mesti FZY ni

Tanpa Nama berkata...

biasa la puak2 UG kalau nak pertahan puak2 depa mesti depa kata orang buat fitnah... masa nasa khalwat dengan UMNO dulu pun depa kata fitnah... masa org dok kata PAS nak gabung dengan UMNO pun depa kata fitnah... masa ahmad awang kata ada tu... dorang dok kata fitnah.. fitnah..fitnah.... haji hadi kata ada fitnah yang x betul ada fitnah yang benar... sifir UG senang saja.. kalau depa kata Fitnah.. maksudnya fitnah yang benar la tu.

-PAS Shah Alam

hussin berkata...

dialog sms di antara sdramu dlm islam (sdi) dgn ust wan ji (uwj):

sdi: salam ust, brsabarlah ujian yg dtrima, insya' Allah dsbaliknya pasti ada hikmah. jgn gusar & lmah smangat, truskan perjuangan. harap ust dapat dapat majukan no akaun bk ust kpd saya, tk

uwj: tak apa, org bagi duit jadi terlebih pula

sdi: sudilah trima, walaupun bukan utk sdr, boleh guna utk laksana dakwah

uwj: ish, ana serba salah jadinye..ana rasa, tak pe kot. bukan niat ana nak kecilkan hati anta

sdi: oklah, jika ust rasa gitu. tapi jika ada apa2 program yg ust perlukan sumbangan, harap britahu

uwj: ok tq byk2

kepada Allah kita berserah

Tanpa Nama berkata...

Wan Ji berkata : “biarlah orang tu buat macam tu. Kita anggap je dia berniat baik. Cuma mungkin dia tersalah bertindak untuk nak tunjuk niat baik dia tu" mungkin aku boleh samakan juga tindakan kau mengkritik pimpinan yg tak disukai oleh kau.... niat kau bagus nak tegur pimpinan,tapi cara yg tak kena.... Yang buat kerja tu,sape² pun boleh buat,org UMNO,org PAS,org PKR,org DAP @ sape je . . . sblm kita syak atau tuduh sesiapa,pastikan berbukti... Ya,bukti,supaya anda tidak berlaku zalim ke atas manusia yg anda syaki,blh jadi pelanduk dua serupa,blh jadi org yg melihat itu keliru,mcm2 boleh jadi... jika ikut ajaran Islam betul2 kan selamat,dapat bukti kukuh baru boleh hukum...

FZY berkata...

Tanpa Nama berkata...

aku dok rasa la yang dok pecahkan cermin kereta hang ni mesti FZY ni

2010 Jun 3 03:52

* * *

saya maafkan saudara.. mungkin kerana saudara terlalu sayangkan Wan Ji, maka saudara telah melakukan dosa dgn menuduh saya.

saya maafkan saudara. dan saya x akan report polis jgn bimbang. mungkin saudara keliru barangkali, antara kilauan kaca dan permata.., antara tahi dan dodol.

saya simpati pada Wan Ji, tapi yg x tahannya cerita mcm bagus2 je. jamaah sume salah, tapi dia sorang je yg betul.

wallahu'alam.

FZY berkata...

salam..

tukang fitnah agak ramai.. jaga2., setiap perkara dicatat, jgn ikut sedap jari nk menaip.

x habis2 pasal UG.., meluat la. x ada satu pun bukti sohih. semuanya lebih kepada tohmahan sahaja,

bergembiralah mengumpul dosa. kelak anda akan diazab. ramai yg x ada ilmu nk bercakap. yg dihentam pimpinan.

kalau dh mcm tu perangai, sila la keluar dari PAS buat apa jadi penyangak dlm PAS.

sepatutnya beri info yg berfaedah, ini tidak sebarkan fitnah sahaja.

ingat: "fitnah itu tidur, allah melaknat org yg membangkitkan fitnah yg sedang tidur".

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

puak2 UG ni memang x suka orang buat baik... puak2 UG buat jahat pun dorang kata baik.. klu puak2 UG tipu dorang dok kata betul... klu puak2 UG fitnah dorang dok kata betul... klu buat jahat pun dorang puji.. tak dapat nak bayang la klu dorang tu buat baik.. jadi ayah pin la.. perangai puak2 UG ni orang cina india tak suka. yang suka ni bangsa melayu bodo je... sapa lagi klu bukan UMNO... UMNO suka sbb dorang tahu puak2 UG ni bodo.. senang nak tipu.

India Muslim