Khamis, 3 Jun 2010

MENCEGAH DIDAHULUKAN DARI MERAWAT

[1]

Jika Allah haramkan sesuatu perkara, Allah SWT turut mengharamkan perkara yang boleh membawa kepada pengharaman tersebut. Zina adalah haram, maka Allah turut mengharamkan semua tindakan yang boleh membawa kepada zina.

Justeru itu, kedengaran hukum Islam yang mengatakan haram membuka aurat bagi lelaki dan perempuan. Cuma, ada yang mempersoalkan, kenapa aurat lelaki dan perempuan tidak sama ?

Menurut kajian Psikologi, keinginan seks lelaki dan perempuan tidak sama. Keghairahan seks perempuan, bukan disebabkan pandangan mata, tetapi bersebabkan ’ayat-ayat romantik’ dari lelaki. Adapun keghairahan seks lelaki, bersebabkan penglihatan mata.

Memandangkan kajian psikologi menyatakan demikian, tidak hairanlah kita dapati bahawa Islam menetapkan aurat perempuan itu lebih banyak berbanding aurat lelaki.

[2]

Isu pembuangan anak yang berleluasa berlaku kini adalah bersebabkan berlakunya persetubuhan di luar nikah atau dalam bahasa agamanya disebut sebagai Zina. Dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan pengharaman zina itu bermula dari semua perkara yang boleh membawa kepada zina.

Firman Allah;

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya;
”Jangan kamu hampiri zina. Kerana ia adalah perkara buruk dan sejahat-jahat jalan”

(Al-Isra’ : 32)

Antara perkara yang boleh menyebabkan berlakunya zina adalah, tindakan yang boleh mendatangkan syahwat seks; yang antaranya adalah dengan membuka aurat.

Justeru, bagi mengatasi masalah pembuangan anak ini, tidak dapat tidak perlu ada kempen jauhi zina. Dan kempen itu perlu disertai juga kempen menutup aurat.

[3]

Ada pihak mendakwa bahawa penzinaan ini bukan sekadar berlaku di kalangan orang yang membuka aurat, tetapi berlaku juga kepada mereka yang menutup aurat.

Jawapan yang hendak diberikan adalah, tidak dinafikan memang terdapat orang yang menutup aurat juga melakukan penzinaan. Tetapi, perlu diingat, nafsu seks ini berlaku kepada orang sesiapa sahaja, waima mereka menutup aurat.

Apabila mereka melihat orang lain membuka aurat, ia boleh menyebabkan nafsu seks seseorang itu melonjak, walau orang yang menutup aurat. Lalu, apabila dia hendak melepaskan kehendak nafsu seksnya itu, pasti dia akan berzina.

Dengan erti-kata lain, kesalahan ini bermula dari orang yang membuka aurat juga.

[4]

Pada 31 Mei baru-baru ini, berita Harian melaporkan bahawa Mufti perak, Harussani menyatakan persetujuannya terhadap penubuhan Baby Hatch atau pusat Jagaan bayi tidak diingini. (sila klik)

Persetujuan itu dibuat selepas dari pelancaran Pusat perlindungan Bayi tidak diingini yang disempurnakan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang merupakan penaung OrphanCARE.

Perlu dinyatakan, tindakan membenarkan tertubuhnya badan mengutip anak-anak yang terbuang bukanlah kaedah yang tepat dalam mengatasi masalah pembuangan anak. Keputusan yang diambil ini, tidak ada beda seperti seorang yang hampir mati disebabkan tercekik, lalu mahu menyelamatkan diri dengan cara meminum racun.

Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata, “kalau takut kain basah, jangan terjun dalam sungai.. serupa la juga kalau nak selamatkan dari zina, kena suruh orang tutup aurat.. ini tidak, bila kita [kerajaan Negeri kelantan] buat kempen tutup aurat, dia [UMNO] marah. Bila banyak orang buang anak, dia [UMNO] marah kat kita, kononnya pendakwah tidak bekerja”.

Sekian

p/s : pada 26 Mei baru-baru ini, Mufti Harussani [mufti pengkagum UMNO] ada jumpa seorang ahli politik di salah sebuah hotel di Jalan Ampang. Pertemuan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit itu, atas urusan apa? Hanya mufti Harussani dan Ahli politik itu sahaja yang dapat bagitahu kepada kita. [gambar pertemuan empat mata itu pun ada]

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] sg buloh
3 Jun 2010 * 9:31 Malam

3 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam ustaz,, jumpe dengan siape Mufti harus Sana harus sini tu

Tanpa Nama berkata...

untuk mengelakkan rakyat kelantan merogol kambing,maka YB pas kat sana perlu bekerja supaya rakyat ada kerja dan naik taraf hidup

bukannya sibuk kaut hasil balak dan masuk poket sendiri.kemudian tau tambah isteri dengan pakai alasan hadis Nabi "bila datang orang beriman meminang maka kena terima pinangannya"

harap kepiah je atas kepala.tapi bawak kawin lari anak dara orang.

ProfKangKong berkata...

Salam wan ji

"Perlu dinyatakan, tindakan membenarkan tertubuhnya badan mengutip anak-anak yang terbuang bukanlah kaedah yang tepat dalam mengatasi masalah pembuangan anak. Keputusan yang diambil ini, tidak ada beda seperti seorang yang hampir mati disebabkan tercekik, lalu mahu menyelamatkan diri dengan cara meminum racun"

komen aku, lebih daripada orang yang hanya bercakap tapi tak buat aper2 ... asyik kerja ngutuk ....