Rabu, 28 Julai 2010

FIKRAH KITA ADALAH ISLAM, BUKAN MELAYU

Nabi SAW mulakan dakwah di Makkah. Walau rakyat Makkah boleh dikatakan semua berbangsa arab - sebangsa dengan nabi SAW, mereka tidak menerima dakwah nabi. Mereka bukan sekadar tidak menerima, malahan mereka melakukan berbagai-bagai tuduhan jahat terhadap nabi SAW.

dalam kitab Ar-Rahiq Al-makhtum menceritakan bahawa ada seorang tokoh "UMNO Qurasyh" bernama Al-Walid bin Al-Mugahirah telah merancang untuk memburukkan nabi SAW. antara tindakan hasil dari perancangan itu, Al-Walid menyatakan bahawa nabi SAW adalah orang yang menolak "perpaduan". Dia menuduh nabi SAW orang yang memecah-belahkan antara seseorang dengan bapanya, dengan saudaranya, dengan isteri-isterinya. Dia melaungkan ungkapan ini, ketika jemaah haji dari luar makkah datang berkunjung ke kaabah. [ar-rahiq Al-Makhtum : 100]

kemudiannya, nabi SAW di arahkan oleh Allah SWT agar berhijrah. tinggalkan ketuanan arab di makkah, tetapi fokus dakwah di negara kosmopolitan, yasrib yang akhirnya bertukar kepada Madinah.

semasa di makkah, dakwah nabi SAW digeruni oleh "UMNO Quraish". Mereka menawarkan berbagai-bagai tawaran kepada Nabi SAW agar berhenti berdakwah. Bukan sekadar "perpaduan arab", malahan harta, perempuan, kerajaan pun ditawarkan kepada nabi SAW.

memandangkan "UMNO Quraish" amat segan terhadap nabi SAW, mereka menggunakan orang tengah. orang tengah itu, jika dibandingkan dengan "SB Harussani", terlalu jauh rapatnya dengan nabi SAW, iaitu bapa saudara nabi SAW sendiri, Abu talib.

nabi SAW menolak tawaran itu mentah-mentah. nabi SAW berkata;

"demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari ditangan kananku, dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, sama Islam dimenangkan oleh Allah SWT, atau aku dibunuh dalam menegakkan Islam. Sudah pasti, aku tidak akan meninggalkan urusan ini" [Fiqh harakah : 1/108-109]

semasa di madinah pula, ternyata nabi SAW diterima sebagai ketua kerajaan. Walau rakyat madinah ketika itu, sebilangan kecil sahaja beragama islam. mengikut kajian sirah, dinyatakan bahawa bilangan rakyat madinah yang beragama islam ketika Nabi SAW dilantik menjadi ketua kerajaan tidak sampai seribu orang pun. Namun, berbekalkan perjuangan mahu menegakkan keadilan Islam, dan menolak segala kemungkaran dan kezaliman, secara majoriti, nabi SAW diterima sebagai ketua kerajaan.

yang pasti, nabi SAW diterima bukan kerana mesej 'ketuanan arab', tetapi mesej 'islam for Allah', mesej keadilan yang berasaskan kepada islam, mesej kosmopolitan yang dibawa oleh Nabi SAW menyebabkan nabi SAW berjaya di Madinah. Dan kejayaan itu, merebak kemudiannya ke Makkah, sehingga berlaku sejarah besar dalam islam yang disebut sebagai sejarah 'fath Al-makkah', atau pembukaan kota makkah.

inilah fikrah kita. fikrah kita adalah islam, bukan fikrah melayu. fikrah melayu tidak menguntungkan umat.

fikrah islam adalah fikrah yang sebenar. Fikrah yang memberi keuntungan kita di akhirat kelak. Nyah fikrah melayu dari benak kita. kerana, ia menyebabkan melayu jadi bangsat, dan islam dilihat jumud, kerana Islam bersifat "for All".

"yang diterima oleh Allah adalah Islam. satu sen pun tak ada nilai disisi Allah SWT, jika kita bercakap pasal melayu" kata tok Guru nik abdul Aziz, Mursyidul Am PAS.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
29 julai 2010 * 3:41 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.adakah islam bagi anda menokok tambah cerita?
2.adakah islam suruh anda menyebarkan perkara yg tak pasti?
3.adakah islam suruh anda memanjangkan isu? org tu dah ckp mcm tu, tak boleh ke anda berlapang dada? bukan ke berlapang dada tu satu anjuran islam?
4.adakah islam menyuruh umatnya melebih2kan org bukan islam, sebaik mana pun dia?
suka ke tak suka umno tu tetap org islam gak. kena cari jalan utk dakwah kat mereka. tp macamana nak dakwah, sorang org umno buat taik, semua org umno dilabel sial. macamana nak dakwah depa kata nak bincang, kita kata pergi mampus. tak boleh ke kita cakap tunggu kejap ke, dah tu kalau utk elak fitnah, kita ajak ramai2 org umno n pas pergi berbincang, banyak kepala banyaklah ideanya.

Tanpa Nama berkata...

jadi jangan sibuk pakai kuota untuk orang melayu bila nak beli rumah

Tanpa Nama berkata...

walau satu bangsa dgn nabi, al-walid tu bukan-islam, jadi bukankah kisah ini lebih sesuai dengan hubungan pas (muslim) dgn pkr dan dap (bukan muslim) dua2 berbangsa MALAYSIA?