Demokrasi bukan dari sistem islam, malahan ia adalah sistem barat. Justeru, ia wajib ditolak.
jawapan;
jawapan kepada soalan ini, dijawab dengan dua jawapan. Iaitu;
Pertama;
Islam amat mengharamkan pembunuhan. pengharaman pembunuhan itu, sama ada terhadap orang mukmin, mahupun terhadap orang kafir.
firman Allah;
وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
maksudnya;
"Barangsiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka dan kekal ia di dalamnya. Allah telah murka terhadapnya [pembunuh], dan Allah melaknatinya. Disediakan baginya azab yang hebat"
(An-Nisa' : 93)
Ayat ini, Allah SWT menyatakan pengharaman membunuh orang mukmin. Adapun terhadap orang kafir, ia juga diharamkan oleh Allah.
sabda Nabi SAW;
مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا
maksudnya;
"barangsiapa yang membunuh orang kafir yang ada perjanjian [dengan kerajaan islam], maka ia tidak akan mendapat bauan syurga, waima baunya boleh didapati dengan perjalanan 40 tahun sekalipun" [Al-Bukhari : 2930]
Namun begitu, apabila musuh islam mendatangkan serangan dalam bentuk pembunuhan, iaitu peperangan, maka hendaklah dibalas balik dengan pembunuhan juga.
Firman Allah;
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Maksudnya;
"seranglah mereka, sepertimana mereka menyerang kamu"
[Al-baqarah : 194]
Maka begitujuga, serangan melalui demokrasi. Disebabkan musuh-musuh Islam menggunakan demokrasi untuk menyerang Islam, maka secara fitrahnya, tidak boleh dibalas dengan peperangan [pembunuhan]. Tindakan sebegini boleh disifatkan sebagai melampaui batas, sedangkan perbuatan itu dilarang oleh Allah.
Firman Allah;
وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Maksudnya;
"Jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas"
Dengan perkataan lain, walau perang termaktub dalam quran, maka tidak boleh serangan perang dilakukan terhadap musuh yang menyerang menggunakan demokrasi, tetapi hendaklah menyerang musuh sepertimana mereka menyerang islam.
Kedua;
Tidak semua kaedah kafir itu ditolak secara mutlak. Bahkan, selama mana tidak wujud perkara yang menyalahi nas yang qatii, sahih lagi sareh, maka menggunakan kaedah kafir itu dibenarkan.
Nabi SAW sendiri pernah menerima teori majusi dalam peperangan, iaitu dengan gali parit [khandaq] ketika tercetus peperangan ahzab. Juga Nabi SAW pernah menerima cadangan Abu Bakar untuk menjadikan tawanan perang badar yang tidak beragama Islam bahawa mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam.
Tindakan Nabi SAW itu, membuktikan bahawa tidak haram kita mengambil manfaat dari ilmu dan teori orang bukan Islam, selagimana tidak menyalahi nas secara qatii, saheh dan sareh.
Sekian
Wallahu 'Alam.
Al-Bakistani
- Jejantas Sg Buloh
11 Ogos 2010 * 2:51 petang

1 ulasan:
di mana pula kehalalan penggubalan undang2 oleh manusia? sedangkan Allah sudah menyatakan keharamannya. [6:57]
di mana pula kejayaan demokrasi? kononnya tawan 4 negeri. tapi penipuan2 demokrasi telah dizahirkan oleh Allah. tgk apa dah jd di perak.
dan adakah hukum Allah itu perlu diundi dlm parlimen? demokrasi mengatur manusia utk mengundi utk hukum Allah! walhal hukum Allah itu adalah wajib diterapkan, bukan utk diundi dan digubal oleh manusia!
Catat Ulasan