Khamis, 12 Ogos 2010

KENAPA NABI SAW TIDAK BUAT?

Nabi SAW, jika tidak melakukan sesuatu amalam, maka ia memberi sebab seperti berikut;

Pertama: perbuatan itu makruh.

contoh, nabi SAW lihat para sahabat makan dhob tanpa Nabi SAW makan. Baginda SAW pula tidak marah melihat para sahabat yang makan dhob itu.

Kedua : menghormati orang lain.

Contoh, nabi SAW tidak makan bawang putih dan bawang besar yang mentah kerana memberi penghormatan kepada malaikat.

Ketiga: bimbang diwajibkan.

Contoh, nabi SAW amat suka solat tarawih, tetapi tidak turun ke masjid untuk menunaikannya pada hari keempat bulan ramadhan secara berjemaah, kerana bimbang ia diwajibkan kepada umat.

Keempat : tanda ia tidak salah kalau buat.

Seperti, nabi SAW tidak marah dan tidak menegur ketika Nabi SAW melihat Aisyah dan kawan-kawannya sedang menyanyi ketika hadir hari raya.

kelima: tidak buat itu lagi afdhal.

contohnya, khususiyyat Rasulullah SAW bahawa tidak wajib atas Nabi SAW melakukan pembahagian bermalam untuk para isteri [lihat surah al ahzab : 51]. Tetapi Nabi SAW tetap jaga pembahagian malam, kerana ambil jalan afdhal.

Keenam : bimbang kedatangan mudharat yang lagi besar.

Contoh, Nabi SAW ada berkata kepada Aisyah, "apakah kamu perhatikan kepada kaum kamu ketika mereka bina kaabah, mereka mengurangkan daripada qawaid ibrahim.

Aisyah bertanya, "wahai rasulullah. Kenapa kamu tidak kembalikan kaabah itu pada qawaid ibrahim?".

Jawab nabi, "jika tidak kaum kamu baru [meninggalkan kekufuran], pasti aku akan melakukannya".

[al-muwafaqat : 4/60]

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Bukit Rahman Putra
12 Ogos 2010 * 4:15 petang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Nabi dan para sahabat tidak terlibat dalam MLM!!
2.Pasai apa puak islam terlibat dalam MLM!!termasuk nik abduh!!
3.Benda haram!!buat dalih dengan melantik panel syariah!!gitulah puak yang jual islam!!cuba menghalalkan benda yang haram!!

Selenggara Terowong Desa Bukit Indah berkata...

assalamualaikum 2010 Ogos 13 04:21

50 tanda org munafik. cuba tgk sikit. sbb aku tgk ko ni mcm pandai.

manlaksa berkata...

knp nabi tak buat?.. point yang paling sebab benda tu haram. kenapa point pertama ni ust x sebut.

mankoboi berkata...

that goes without saying