Rabu, 11 Ogos 2010

HAPUSKAN RASUAH DALAM LINGKUNGAN DEMOKRASI?


Ada menyatakan, kita perlu usahakan untuk mencapai khalifah dahulu, jika mahu hapuskan rasuah. Kita tidak boleh terlibat dengan demokrasi yang haram itu, dalam usaha menghapuskan rasuah.

Jawapan;

Sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
"barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya tangan. Jika tidak mampu, hendaklah dia tukar dengan lidah. Jika tidak mampu juga, maka hendaklah dengan hati [benci]. Maka itu adalah selemah-lemah iman" [muslim : 70]

Dalam mensyarahkan hadis ini, qadhi iyyad berkata;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

maksudnya;
"hadis ini adalah asal sifat mengubah [kemungkaran]. menjadi hak pihak yang mengubah [orang yang melihat kemungkaran] bahawa dia mengubah dengan semua bentuk yang termampu menghilangkannya [kemungkaran], sama ada dengan perkataan atau dengan perbuatan"[Syarh An-Nawawi : 1/131].

Rasuah adalah kemungkaran. Kalau seseorang itu tidak solat, kemungkaran itu antara seseorang dengan Allah, tetapi apabila seseorang itu bermain dengan rasuah, sudah pasti dosanya itu bukan antaranya dengan Allah sahaja, tetapi sudah merebak kepada orang lain. Terutama, rasuah itu melibatkan dengan harta kerajaan, sudah ia melibatkan dosa dengan rakyat negara seluruhnya.

Justeru, rasuah ini wajib dihapuskan. Usaha menghapuskan ini, hendaklah dilakukan mengikut kadar termampu.

Di Malaysia, ia sukar dilakukan dengan sekadar mengadakan seminar, edar risalah, berceramah, berkuliah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, apabila rasuah itu berlaku dikalangan pemimpin negara yang naik menjadi pemerintah dengan cara demokrasi.

Justeru, tidak dapat tidak, usaha menghapuskannya mengikut kadar yang mampu adalah wajib, berdasarkan dalalah yang diisyaratkan menerusi hadis ini. Makanya, keterlibatan dalam demokrasi dalam menghapuskan rasuah adalah satu perkara yang wajib.

Kaedah fiqh ada menyebut;

"tidak sempurna perkara wajib, melainkan dengan melakukan perkara itu, maka melakukan perkara itu adalah wajib".

keadaan ini, bukan sekadar pada rasuah, malahan pada yang lain, seperti ISA, penyelewengan harta rakyat dan sebagainya.

Sekian

Wallahu 'alam.

Al-Bakistani.

- sri Indah [b] sg buloh
11 ogos 2010 * 5:28 petang

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Rasuah dimana-mana!!
2.Ada orang sedar dan tahu dia terima rasuah!!
3.YANG PALING BAHAYA!MANUSIA TERIMA RASUAH TAPI TAK MENGAKU DIA AMBIK RASUAH!!
4.contoh rasuah balak kelantan!!rasuah disebalik "derma"!!
5.paling bahaya!!sebab berselindung atau bertopengkan islam!!!

Sekolah orang tua tua berkata...

Terima kasih tanpa nama yang rajin membuat ulasan yang padat dan tepat dgn:
1. Kajahilan
2. Kabthilan
3. Nafsu
4. Keanjalan tersasar
5. Menyempitkan keterbukaan
6. Islam syok sendiri

Tanpa Nama berkata...

sekolah orang tua-tua...
1.Awatttt!!hangpa nak ambiq "kuasa" Allah ka!!
2.Hangpa boleh tentukan taraf keimanan seseorang!!

Tanpa Nama berkata...

Hoit biasalah, apabila Allah swt nak bagi kuasa kat sapa sapa dan bila bila masa pun boleh. Kat hang mungkin tak sesuai kot sebab macam dok nampak dah mula gila kuasa walau pun kuasa tak dak lagi. Aku setuju dengan sekolah org org tua tua tu ....macam tepat kena kat hang.

Tanpa Nama berkata...

1.Alahai !!perasan dapat mukjizat dari Allah la tu!!dapat kuasa dari Allah!!jangan nanti mengaku nabi la pulak!!puak-puak ngaji tak habih!!macam ni la!!
2.alahai!!alahai!!!macam "burung tiong" jee!!