Ustaz Zulqarnain Perlis tulis dalam blog beliau seperti berikut;
Dalam polis ada Melayu, di kalangan pencuri juga ada Melayu. Mengapa polis Melayu tidak mengajak pencuri Melayu berpadu? Atau sebaliknya?
Ada along Melayu dan ada peminjam Melayu. Mengapa along Melayu tidak mengajak peminjam Melayu yang tidak bayar hutang berpadu? Atau sebaliknya?
Bukankah perpaduan tuntutan agama?
Mengapa polis Melayu tidak boleh berpadu dengan pencuri Melayu? Mengapa peminjam Melayu yang tidak bayar hutang tidak berpadu dengan along Melayu? (sila klik)
KOMEN:
Kalau 'Polis melayu' boleh terima perpaduan dengan 'pencuri melayu', menandangkan polis itu bakal nak mencuri harta melayu. Apabila perpaduan antara 'polis melayu' dengan 'pencuri melayu' sudah berjaya, pencuri melayu tidak perlu bimbang lagi, kerana 'nas dan firman undang-undang' yang 'menghalalkan' mencuri harta melayu, akan dikemukakan oleh 'polis melayu'.
Eh.. sapa la 'polis melayu' yang dok kelapaq sangat nak perpaduan dengan 'pencuri melayu' tu??. Masa PR memerintah Perak dahulu, ada pendokong perpaduan melayu dari 'polis melayu' minta tanah berekar-ekar. Bila tidak diberi, mereka canang perpaduan melayu, sebab 'perompak melayu' janji nak bagi tanah kat 'polis melayu' itu kalau berjaya bina kerajaan 'perpaduan melayu' di Perak.
Dahsyatnya, 'polis melayu' itu bukan calang-calang orang. Dikhabarkan 'polis melayu' itu adalah orang yang hafal dan berkepakaran tentang 'nas dan firman undang-undang lagi'. Bermakna, 'Pencuri melayu' ajak perpaduan melayu dengan 'polis melayu', dan 'polis melayu' ajar 'nas dan firman undang-undang' untuk halalkan mencuri harta melayu.
Sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg buloh
2 ogos 2010 * 4:10 pagi
3 ulasan:
sibuk kutuk sang perosak perpaduan, tu perlakuan teoh salah guna kepala surat dan dipecat oleh mb sendiri taknak komen? tak boleh tegur perlakuan dia supaya dijadikan pengajaran kpd org lain? atau jahat seberang laut je nampak, jahat kat sini kena diamkan.
jadilah ustaz islam, yg tahu politik islam, bukan ustaz politik, yg mana politik matlamat menghalalkan cara.
kahkahkahkah...ustaz-ustaz bodoh tiga suku sedang berkata-kata.
patutlah banyak masjid dah reject ust tiga suku nih!
salam
ustaz ni kereta kena pecah dia cari polis gak .... tak nak pulak repot kat Unit Amal ...
Catat Ulasan