Rabu, 4 Ogos 2010

PAS TINGGALKAN 'MAKKAH', BUAT AURA DI 'MADINAH'

[1]

Mustahil jika dikatakan bahawa Nabi SAW tidak berniat langsung untuk melihat Abu jahal beriman kepada Allah. Begitujuga, abu lahab, lebih-lebih lagi bapa saudara baginda yang amat disayangi, Abu Talib.

Namun, Nabi SAW sedar bahawa mereka [kecuali abu talib] amat keras penentangan yang mereka lancarkan terhadap Islam, disamping mereka adalah orang- orang utama dalam menahan dan mencegah dari islam tersebar.

Mereka terlalu keras hati dalam menerima kebenaran Islam. Faktor itu kerana mereka adalah pembesar kafir. Justeru, ia merupakan penyebab utama mereka amat susah menerima kebenaran ajaran Islam, sehingga mereka sanggup mati dalam keadaan kufur.

Tidak ketinggalan juga yang melahirkan kebencian kepada Islam itu adalah abu sufyan [walau akhirnya beriman juga]. Peperangan ahzab yang dikepalainya, membuktikan betapa kuatnya serangan yang dia lancarkan terhadap Islam, juga terhadap Nabi dan para sahabat.

[2]

Melihat ruangan dakwah amat tertutup semasa berada di Makkah, Nabi SAW telah bertindak memilih Madinah sebagai destinasi penyebaran dakwah. Rakyat madinah yang benci perkauman, benci penindasan, open minded dan sebagainya, menyebabkan Nabi Muhammad SAW diterima sehingga dilantik menjadi ketua kerajaan.

Faktor kewujudan berbilang-bilang bangsa di Madinah, adalah faktor rakyat madinah berfikiran terbuka. Buktinya, walau Nabi SAW bukan dari kelahiran Madinah, tetapi Nabi SAW tetap juga dilantik menjadi ketua kerajaan.

Ditambahi lagi, bahawa sebelum ini orang-orang yahudi yang membaca taurat, sering kali menyebut kepada rakyat madinah bahawa dari Makkah nanti, akan lahir seorang lelaki dari bangsa quraish yang bakal menjadi Nabi akhir zaman.

Dikala tekanan dari "UMNO Makkah" yang dipelopori oleh pembesar-pembesar quraisyh [seperti abu lahab, abu jahal, Abu sufyan dll] terlalu kuat, nabi SAW meninggalkan makkah, untuk berhijrah ke Madinah. Nabi meninggalkan makkah itu, bukan bermakna Nabi SAW tidak perpaling terus ke makkah, sebaliknya sebelum nabi SAW bertolak, didapati Nabi SAW menangis dan berjanji akan kembali ke negara asalnya itu, tempat tumpah darahnya dengan membawa kejayaan islam.

Setelah berada di madinah, nabi SAW diterima menjadi ketua kerajaan. Dari situ, nabi SAW melaksanakan segala konsep keadilan yang berasaskan wahyu dalam pemerintahan, sehingga ia memperlihatkan sokongan rakyat madinah kepada ajaran islam semakin hari semakin bertambah.

Penambahan bilangan orang islam itu merupakan aura atau gelombang, menyebabkan ia menjadi satu kekuatan. ia memperlihatkan, kedudukan rakyat Makkah mula mengharapkan kehadiran Nabi SAW. Keadaan ini kelihatan amat terserlah, setelah berlakunya perjanjian al hudaibiyyah, yang akhirnya Islam berjaya memerintah Makkah pula dalam sejarah fath Makkah [pembukaan kota makkah].

[4]

Di Malaysia, pertembungan PAS dan UMNO sudah menjadi satu kebiasaan. Apabila kedengaran kalimah PAS, pasti tergambar musuh tradisi yang bernama UMNo, maka begitulah sebaliknya.

PAS sudah berusaha menyeru UMNO kepada Islam sejak merdeka lagi. Tetapi, tidak pernah UMNO meletakkan niat untuk menukar dasar mereka; daripada perkauman sempit kepada islam yang maha adil. Keadaan ini, agak sama seperti keadaan Nabi SAW menyeru rakyat Makkah kepada Islam, tetapi ditolak, terutama dari tokoh-tokoh "UMNO Makkah" seperti Abu jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan sebagainya.

Makanya, PAS dilihat mengambil sikap seperti Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Iaitu, meninggalkan kelompok perkauman sempit, kepada pemikiran yang kosmopolitan, iaitu bersama dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat [PR], dan bersatu dalam melawan puak-puak perkauman yang terdiri dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya - yang mereka bersatu atas nama Barisan Nasional.

Ia terbukti berjaya, sepertimana kejayaan Nabi SAW menyeru rakyat Madinah kepada Islam. Walau ketika Nabi SAW masuk ke Madinah, majoriti rakyat Madinah masih tidak beragama Islam, tetapi semakin hari semakin ramai rakyat mengenali Nabi SAW dan mereka memeluk Islam. Keadaan ini berlaku kepada PAS, yang mana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan PAS sehingga PAS terpaksa menggubal perlembagaannya untuk mengizinkan kemasukan ahli-ahli PAS yang tidak beragama Islam, dengan penubuhan sebuah dewan, iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP].

Justeru, keadaan ini perlu diteruskan sepertimana Nabi SAW teruskan keberadaan Nabi SAW di Madinah, sehingga kejayaan Nabi SAW membina aura yang menyebabkan Islam sudah merebak ke Makkah pula dan seterusnya terhapus kekufuran di Makkah, lalu terbina keadilan Islam.

Maka begitulah sikap PAS dalam Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan UMNO. iaitu, sehingga terhapus UMNO, lalu berbondong-bondonglah ahli UMNO akan meninggalkan UMNO dan melibatkan diri kepada PAS. Apabila keadaan ini terjadi, maka itulah hakikat kemenangan yang besar.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Bandar Baru Sungai Buloh.
4 Ogos 2010 * 11:10 malam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

drpd tulisan anda, anda mengatakan hanya umno yg hidup bangsaku (hidup melayu), tp anda lupa apa kurangnya dgn DAP (hidup bangsaku juga iaitu cina)? cth keluar pakatan hanya kerana pusat penyembelihan babi dipindah secara demokrasi? DAP kan democratic action party, tp kenapa tak respek apa yg kononnya depa pegang?

adakah kerana mereka hidup bangsa dr kalangan bukan melayu, maka sifat itu boleh diterima?

di mekah rasulullah menghadapi golongan KAFIR, di madinah nabi menghadapi golongan kafir, MUNAFIK, yahudi.

jd percubaan kau utk menyamakan UMNO dgn abu jahal, abu lahab, abu sufyan adalah percubaan yg terburu dan tak bersandar dgn ilmu.

jd belajarlah dari al-quran dan sunnah tentang hubungan kita dgn kafir, munafik, apa yg boleh apa yg tak boleh, dan kaedah menghadapi mereka.

BBSB berkata...

Salam,
Menjadi kepercayaan dan kenyakinan orang melayu yang peristiwa/kejadian yang berlaku dizaman nabi nabi dahulu adalah sebagai satu cerita, peringatan peristiwa/kejadian yang telah berlaku dan dibaca didalam kitab kitab sahaja. Dengan beranggapan ianya hanya berlaku pada masa zaman nabi nabi dahulu sahaja dan menolak sekiranya di maklumkan ianya tetap dan terus akan berlaku masa kini.
Mereka patut sedar semua kejadian/peristiwa terus berlaku dan terus berulang ulang berlaku tetapi dalam pegangan nwatak individu yang berbeza tetapi setiap apa yang berlaku tetap sama. SELALUNYA YANG KUAT ENGKAR PERINTAH ALLAH ADALAH GOLONGAN YANG BERKUASA DAN MEMERINTAH. ZAMAN NABI NABI BEGITU DAN ZAMAN SEKARANG PUN BEGITU.

Tanpa Nama berkata...

1.Sombong!riak!takbur!teperdaya!!
2.Dakwahkan diri sendiri dulu la!!
3.Kot-kot esok-esok tak bau syurga!!

ahli syura berkata...

memalukan..syok sendiri tu..

BiaqPiKatDepa berkata...

Salam

Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat berjuang penuh hikmah ... tidak seperti blogger ini yg jelas terkeluar dari teknik dan dakwah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ...