[MAIS dan JAIS tidak ambil tindakan]
[1]
MP Serdang, seorang wanita yang tidak beragama islam. dia berucap dalam masjid, dalam keadaan tidak memakai tudung. Perkara ini diisukan oleh UMNO, sehingga sampai ke pihak istana Selangor.
Menarik juga melihat isu yang dibangkitkan oleh UMNO ini. Ia memperlihatkan bahawa, betapa kebatilan yang dibawa oleh UMNO semakin teserlah. Semakin jelas lagi nyata, bahawa UMNO adalah satu parti yang membawa ajaran yang sesat lagi menyesatkan.
ia mengingatkan aku kepada satu ceramah ustaz Ismail kamus.
"kalau tidak mahu bercakap, takut nanti orang kata dia bodoh. lalu dia bercakap, kita pun confirm tahu bahawa dia memang bodoh" ujar ustaz Ismail kamus dalam satu ceramahnya yang menyebabkan ramai yang gelak.
maka begitujuga UMNO. Jika tidak bercakap dalam isu islam, dibimbangi orang kata mereka tidak memperjuangkan islam. tiba-tiba ternyata mereka bermain isu agama, maka confirm orang kata bahawa UMNO memang tidak memperjuangkan islam, malahan lebih terbukti mereka memperalatkan islam.
[2]
Perempuan bukan islam masuk ke masjid tidak ada larangan dalam islam. Malahan banyak bukti dan nas yang menyatakan bahawa non Muslim tidak dilarang masuk ke masjid. namun, isu masuk ke masjid tidak berjaya dimainkan UMNO, lalu dimainkan isu tidak berpakaian sopan ketika berada dalam masjid.
kepada orang Islam, sopan bermaksud memakai pakaian yang menutup aurat. adapun kepada orang bukan islam, islam tidak mewajibkan kepada mereka menutup aurat. Namun, apabila mereka masuk ke dalam masjid, maka hendaklah mereka berpakaian sopan.
dalam tradisi melayu lama, berpakaian sopan ini tidak sekadar dilihat memakai tudung. malahan, dengan berpakaian baju kurung pun, sudah cukup dikira sebagai sopan. ini adalah kebudayaan melayu, bukan ajaran islam.
Justeru, bagi wanita islam, menutup aurat adalah wajib, sama ada berada di dalam masjid, mahupun berada diluar masjid. Adapun wanita yang tidak beragama Islam, keberadaan dalam masjid, cukup sekadar berpakaian sopan. berpakaian sopan itu, sudah cukup dilihat kepada uruf sesuatu masyarakat Islam [di Malaysia, seperti baju kurung]. Namun begitu, jika mereka mengenakan tudung, maka itu adalah terlebih baik.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] sg Buloh
29 Ogos 2010 * 2:11 pagi
4 ulasan:
Salam..mohon link blog ana dalam blog ustaz...syukran...
- Pria Malaya
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
1.Rosmah!!!
2.malas nak cakap!!!!!!!!!
mana pi pecacai parti Pekembar ni ahaha tak terkomen dah kah kah
apa malas nak cakap!!!! kuman seberang laut nampak.... rosmah depan mata tak nampak!!!!!!!!
Catat Ulasan