فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ
Maksudnya;
“Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan”
(surah Al-Baqarah : 79)
Bukti penyelewengan dalam agama yahudi dan nasrani ini, semakin hari semakin terbongkar. Seperti agama nasrani yang membaca bible yang kononnya berasal dari kitab taurat dan injil.
Orang sudah buat kajian, dan terbukti bahawa bible yang mereka dakwa sebagai kitab suci itu sebenarnya tidak suci. Penuh dengan segala keraguan dan kekacauan. seperti wujud percanggahan antara satu ayat dengan ayat yang lain yang membuktikan bahawa ia bukan kalam tuhan, sebaliknya adalah kalam makhluk.
Ada sebilangan orang-orang kristian yang terbuka hati mereka, menyebabkan mereka memeluk Islam. Mereka menyatakan bahawa kitab bible, mereka sendiri susah hendak membedakan antara perkataan Nabi Isa, perkataan kawan-kawan Nabi Isa dan perkataan anak-anak murid Nabi Isa. Apabila bercampur-aduk antara perkataan tersebut, maka mula timbul keraguan dan pertanyaan, apakah kitab bible mereka ini benar-benar datang dari Allah, ataupun ia rekaan-rekaan yang dilakukan oleh orang-orang agama mereka? Ekoran itu, semakin hari semakin terbongkar kekalutan agama kristian, dan terus menerus agama kristian ini ditolak oleh pengikut agama mereka sendiri.
Inilah dilemma yang menimpa yahudi dan nasrani, atau dalam bahasa lain disebut sebagai ahli kitab. Kerosakan mereka ini, bukan disebabkan oleh orang-orang jahil, tetapi berpunca dari ahbar-ahbar. Dalam islam, ada ulama. Di Malaysia disebut sebagai Tok Guru atau ustaz, di Pakistan disebut sebagai maulana, di Iran disebut sebagai Ayatollah, di Fatani disebut sebagai baba, dan dalam agama yahudi dan nasrani disebut sebagai ahbar.
Di dunia mana pun, para ilmuan agama ini dihormati. Kalau ilmuan agama ini bertaqwa, ada perasaan takut kepada Allah, mereka tidak akan mengambil kesempatan terhadap penghormatan yang diberikan itu. Namun, apa boleh buat, bahawa wujud di sana ilmuan-ilmuan agama yang tidak ada perasaan takut kepada Allah. Justeru, penghormatan yang diberi ini digunakan sesuka hati, sehingga sanggup melakukan penyelewengan terhadap agama.
Keadaan ini menimpa kepada ahbar, iaitu ilmuan-ilmuan agama yahudi dan nasrani. Ekoran itu, jadilah agama yahudi dan nasrani yang tidak asli dan tidak 'original' lagi.
Penyelewengan itu bermula dari kitab panduan mereka. golongan ahbar ini, menulis dan mengedit sebilangan besar dari kandungan kitab taurat dan injil mengikut pemikiran mereka, lalu mereka mendakwa kitab itu datang dari Allah. Dakwaan mereka itu, dipercayai oleh pengikut mereka, menyebabkan mereka menjadi sesat dan menyesatkan.
Keadaan ini berbeda dengan Al-Quran. Bermula dari Awal al-Quran sampai akhir Al-Quran, semuanya adalah perkataan Allah, tanpa masuk sebarang perkataan makhluk. Ini membuktikan bahawa, Al-Quran ini benar-benar dijaga oleh Allah SWT.
Firman Allah;
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya;
“Sesungguhnya kami menurunkan zikr (Al-Quran), dan sesungguhnya kamu pasti akan menjaganya”
(Al-Hujr : 15)
Sekian
wallahu 'alam
Al-Bakistani
- sri Indah [b] sg buloh
28 ogos 2010 * 6:33 petang
1 ulasan:
patut la umat buruk...
ada mahafiraun takmau letak jawatan dan kemudian keluarkan pendapat sendiri terus dijadikan fatwa
Catat Ulasan