Sabtu, 25 September 2010

JAIS DAN MAIS UMNO?

orang sedang berbincang tentang keberadaan JAIS dan MAIS di Selangor. Apakah mereka ini satu Unit UMNO secara tidak rasmi atau tidak. Umum menyatakan JAIS dan MAIS ini seperti unit UMNO secara tidak langsung. antara bukti mereka adalah, bagaimana JAIS dan MAIS bising tentang Wakil Rakyat DAP yang masuk ke dalam surau, tetapi menikus ketika YB MIC masuk ke dalam surau.

Apabila DAP masuk ke surau, kedengaran suara 'tak boleh sebab tidak mandi wajib'. Apabila MIC masuk surau, tidak kedengaran pula mandi wajib atau tidak, sebaliknya berdiam diri, seakan-akan tindakan MIC itu halal, tetapi tindakan DAP itu haram, waima keadaannya adalah sama.

Secara peribadi, aku juga pernah berhadapan dengan dilema seakan-akan ini. Pernah di masjid di tempatku, menjemput ustaz Ridhwan Mat Nor untuk menyampaikan khutbah. Didapati, tindakan pihak masjid menjemput ustaz Ridhwan Mat Nor itu ditentang oleh pihak atasan JAIS, menyebabkan berlaku telefon menelefon dari pihak JAIS kepada pihak masjid.

Pihak masjid tetap juga mahu memanggil ustaz Ridhwan Mat Nor, tetapi mereka tidak tahu untuk mengadu hal ini. Makanya, aku dijadikan sasaran untuk mengadu hal.

ketika itu, neracaku adalah larangan Syariah atau tidak. Fikiranku berkata, dimanakah salahnya menjemput Ustaz Ridwan mat Nor menyampaikan Khutbah di masjid itu. padaku, menyekat dari bersuara bukan dari ajaran Islam, sebaliknya tindakan itu boleh disifatkan sebagai diktator; tidak kira siapa yang melakukannya, sama ada ia dilakukan oleh UMNO, ataupun dilakukan oleh PAS. Budaya menyekat bersuara ini, sudah sebati dengan UMNO, kerana ia sudah diamalkan sejak sekian lama. makanya, ia tidak relevan di amalkan oleh Kerajaan pakatan rakyat, khususnya PAS yang menjadikan islam sebagai dasar perjuangan.

Atas neraca inilah, aku memberi cadangan kepada pihak masjid, agar kekalkan keputusan.

Rupa-rupanya, tindakan pihak masjid itu sampai kepada pengetahuan JAIS, menyebabkan pihak JAIS telah menelefonku. dari situ, berlaku sedikit berselisihan antara wakil JAIS itu denganku dalam mempertahankan jemputan ustaz ridwan mat Nor sebagai Khatib jemputan yang dilakukan oleh pihak masjid.

walaubagaimana pun, akhirnya pihak wakil JAIS akur, tetapi menyatakan kepadaku agar aku memaklumkan kepada ustaz ridwan Mat nor supaya dia tidak meninggalkan membaca doa kepada sultan. Dan makluman JAIS itu, aku akur dan terus memaklumkan kepada ustaz ridwan mat Nor pada hari itu juga.

keesokkannya, aku ditelefon oleh wakil JAIS yang sama untuk memintaku hadir ke pejabat JAIS yang berada di sebelah masjid shah alam. ternyata, di sana aku agak direpek oleh seorang ustaz yang bekerja disitu atas tindakanku itu, dan pada hari itu aku tetap mempertahankan tindakan pihak masjid yang menjemput Ustaz Ridwan Mat Nor sebagai Khatib jemputan.

Aku tidak kisah semua itu, kerana padaku, tindakanku itu sealiran dengan islam, ajaran nabi Muhammad SAW. Jika pihak JAIS mahu menjadikan UMNO sebagai kiblat atau kesayangan hati mereka, maka mereka perlu yakini bahawa segala keputusan mereka itu akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.


sekian

wallahu 'Alam


Al-Bakistani

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengarah Jais , Pengerusi Mais diam isu 'Kamal, alan , nathan' ahli parlimen hulu selangor bagi 'frame' kalimah Allah di masjid. Mulut depa jadi bisu tak jawab sepatah haram!

Tanpa Nama berkata...

1.Salah satu syarat jadi imam masjid!!
2.Pemastautin kawasan tersebut!!
3.Imam Syafie dah jelaskan mengapa wujudnya syarat tersebut!!untuk mengelakkan pepecahan sesama umat islam!!
4.Mengapa hangpa nak tunjuk pandai dengan sijil agama hangpa yang berjela-jela tu!!berapa ribu puak kapiaq yang berjaya hangpa islamkan!!hangpa tak tenguk disabah!!ada puak islam yang murtad!!hangpa pilah dakwah depa!!itu kerja hangpa!!jangan harap puak pro. lulusan sekular yang dok dakwah orang ramai!hangpa minta "sedekah" jee!!!
5.Kerja hangpa ialah untuk pecahbelahkan sesama islam!!itu jeee!!!

Tanpa Nama berkata...

knp enta beriya pertahan pimpinan PAS? enta kan golongan x wala', erdogan, liberal dll.

itu maknanya keutamaan enta ialah Islam tu sendiri yg gagl difahami segelintir pentaksub PAS dan apa lagi umno-apco (x ketinggalan golongan jaisiyyunal maisiuyyan)

teruskan perjungan ISLAM ust, cuma harap lebih berlembut dgn org2 PAS yg jahil krn itu tuntutan agama..azillatin 'alal mukmina

Tanpa Nama berkata...

Dato' Adzib tu ketua UMNO bhgn MAIS & Dato' Khusrin tu Ketua UMNO Bhgn JAIS merangkap S/U UMNO Bhgn MAIS.

STAFF KUIS berkata...

Dato' Adzib tu ketua UMNO bhgn MAIS & Dato' Khusrin tu Ketua UMNO Bhgn JAIS merangkap S/U UMNO Bhgn MAIS.

Saya sokong kenyataan ini. Namun perlu diingat ia hanya membabitkan beberapa kerat org kanan JAIS dan MAIS shj..majoriti kakitangan bersama dengan kerajaan negeri selangor