Jumaat, 24 September 2010

SEMBELIHAN ORANG ISLAM, DIBACA BISMILLAH ATAU TIDAK?

Dalam mazhab Hanafi, sembelihan orang islam yang tidak dibacakan ‘bismillah’, hukumnya dikira sebagai bangkai. Pendapat hanafi ini, bersalahan dengan pendapat Syafie , yang mana syafie berpendapat bahawa sembelihan orang islam yang tidak dibacakan ‘bismillah’ tidak dikira sebagai bangkai, malahan boleh di makan.

Khilaf ini berlaku, berpunca dari berbeda ‘turuq istinbat’ yang diamalkan oleh kedua-dua mazhab.

Menurut mazhab Syafie [malahan jumhur : Hanbali dan maliki], nas ahad dan qias boleh mentakhsiskan nas yang mutawatir. Adapun Hanafi, mereka berpendapat sebaliknya.

Lantaran itu, firman Allah SWT;

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

Maksudnya;
“Jangan kamu makan dari [binatang yang disembelih] tanpa disebutkan nama Allah SWT”

[surah Al-An’am : 121]

Sepertimana yang diketahui, Al-Quran adalah nas yang disifatkan sebagai mutawatir. Lantaran itu, dari nas ini menjadi dalil oleh mazhab hanafi bahawa sembelihan orang Islam yang tidak dibacakan ‘bismillah’ dikira sebagai bangkai [tidak boleh dimakan].

Adapun jumhur ulama [Syafie, Hanbali dan maliki], mereka memandang sembelihan orang islam yang tidak dibaca ‘bismillah’ sebagai boleh dimakan. Mereka memandang kepada satu hadis, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda;

ذبيحة المسلم حلال ذكر اسم الله أو لم يذكر

Maksudnya;
“Sembelihan orang islam adalah halal, sama ada dibacakan nama Allah, atau tidak dibacakan”

[As-Sunan Al-Kubra ]

Hadis ini adalah nas yang ahad. Jumhur ulama berpendapat, nas yang ahad boleh mentakhsiskan nas yang mutawatir. Ekoran itu, dalam mazhab mereka menyatakan bahawa sembelihan orang islam adalah halal, sama ada dibacakan nama Allah ataupun tidak dibacakan. [mazhab jumhur berpendapat, larangan dalam firman Allah sebagai larangan makruh. Dengan maksud, galakkan dalam firman Allah itu, bersifat sunat]

Ia bersalahan dengan Hanafi, kerana pada hanafi, nas yang ahad tidak boleh mentakhsiskan nas yang mutawatir. Lantaran mazhab itu berfatwakan dikira bangkai sembelihan yang tidak dibacakan Allah, waima penyembelih itu orang islam sekalipun.

Sekian

p/s : sedang meneliti kitab ‘risalah fi ri’ayah al-maslahah’ karangan Imam At-Tufi. Yang mana, ada menyatakan bahawa Imam At-Tufi pendapatnya ‘maslahah didahulukan berbanding nas’.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
25 september 2010 * 4:08 pagi


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes Bunuh Feb 2010 Dah Selesai, Kes Liwat 2008 Tak Selesai Lagi
Keadilan ditegakkan dan pembunuh dalam kes kematian kanak-kanak berusia 3 tahun, Syafiah Humaira telah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun si pembunuh, Mohd Azri Jamil boleh merayu ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi sehingga ke tahap Lembaga Pengampunan Diraja (dalam erti kata lain belum selesai sepenuhnya) tapi proses yang sepatutnya telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Kita memang mengharapkan agar proses keadilan berjalan seperti mana sepatutnya supaya perhatian dapat diberikan kepada kes-kes lain juga. Pemindahan kes tertuduh dari Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru ke Mahkamah Tinggi Shah Alam juga berjalan dengan lancar tanpa ada timbul masalah.

Inilah yang kita katakan proses keadilan di negara kita memang lancar dan tidak ada masalah sebenarnya, yang buat jadi masalah bila ada pihak-pihak yang memanipulasi undang-undang sehinggakan ada kes liwat yang berlaku pada 2008 pun tidak selesai lagi proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi sehingga sekarang, jangan cakaplah soal nak merayu ke peringkat yang seterusnya. Perbicaraan yang sering terganggu dengan permohonan-permohonan tertentu sebagai alasan untuk melewatkan proses bicara ini adalah sebenarnya perkara yang perlu menjadi keutamaan pihak berkaitan. Nak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah lebih rendah yang tidak ada masalah dalam kes-kes lain juga (seperti contoh kes di atas) tiba-tiba menjadi masalah besar dalam kes yang SATU ini.



Tugas ini sepatutnya menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan peranan membela parti/kerajaan di dalam parlimen yang dibanggakan sangat Menteri terbabit, sehingga lupa bahawa ada tanggungjawab berat lain, sesuai dengan jawatan dalam kabinet. Serahkanlah tugas bertegang urat di Parlimen ini kepada MP lain yang tidak mempunyai jawatan dalam kabinet. Lagipun dalam satu tahun bukan hari-hari pun parlimen bersidang.

Jika perlu menukar sistem keadilan sekarang yang lebih mirip kepada amalan-amalan perundangan yang dilaksanakan di Britan dan Komanwel, lakukanlah ia dengan penuh bijaksana.

(Oleh: Adamyan)

Tanpa Nama berkata...

1.Tak payah pikiaq banyak sangatlah!!majoriti puak islam dimalaysia dah lama bermazhab syafie!!ikutlah fahaman syafie!!
2.Sapa-sapa yang nak ikut fahaman mazhab lain!!eloklah berhijrah kenegeri lain!!!
3.Hangpa nak jadi pakistan!berbunuhan sesama islam,iraq!!kerana perbezaan mazhab!!
4.Last sekali Allah turun bala hari ini!!!!