Selasa, 21 September 2010

MUSLIHAT DISEBALIK DERMA RM 4b???

Siapa Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab??

Dikhabarkan, ramai pelajar IPTA dan IPTS yang mengenalinya. benarkah khabar berita memaklumkan bahawa, sudah ramai orang sudah kena 'goreng' dengannya dalam perkara yang berkaitan dengan wang?

I'Da World mempunyai lamanweb mereka. Didapati, sejak isu derma RM 4b mula dibincangkan dalam media, lamanweb itu sudah tidak boleh dibuka lagi. lamanweb itu adalah http://idaworldgroup.com.my/

Apa cerita sebenar disebalik 'cek RM 4b' yang kononnya didermakan kepada PAS kelantan, tanpa pengetahuan seorang pun pimpinan PAS, kecuali adik Tuan guru, yang beliau pun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PAS dan Kerajaan negeri kelantan?

Sebentar tadi, seorang teman yang pernah berurus dengan Tuan Haji Abdul Rahim, telah menelefonku, dan memaklumkan serba ringkas tentang kerja buat yang pernah dilakukan oleh Tuan haji Abdul Rahim ini. Secara peribadi, aku sudah mencadangkan kepada sebilangan blogger, berjumpa dengan kenalan Tuan haji Abdul Rahim tersebut untuk mendedahkan kisah sebenar disebalik kejadian 'derma RM 4b' itu, menerusi syarikat yang kononnya mempunyai eset sebanyak AS$ 2 Trilion yang ditubuhkan pada bulan april tahun 2008.[lojikkah, sebuah syarikat baru berumur 2 tahun sudah mempunyai eset sebanyak AS $ 2 Trilion?]

tunggu pendedahannya dari beberapa blog tidak lama lagi. Insya Allah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 September 2010 * 8:19 pagi

7 ulasan:

Din berkata...

Dulupun pernah ada jutawan yg menderma utk kebajikan dan dpt publisiti meluas tp semuanya auta. Jadi siasat dan selidiki dahulu. UMeloya,B.Hairan, Xbernama dan sewaktu dgnnya bukan jurucakap PAS/PR tp jurukelentong.

kayrol berkata...

salam ust

ana ada sedikit maklumat berkaitan perkara tersebut..buleh ana dpt contact no ust?

kayrol

pencatat berkata...

selepas melihat websitenya, memang jelas jenis "con-man"...

Tanpa Nama berkata...

gigi pun tak dak..millionaire apa??

PasSelamanya berkata...

Salam
boleh kelabu asap dgn duit ni ... ada hikmah yg Allah nak tunjuk tu ..

baca kat sini ... menarik ni ...

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/09/masyaallah-pemimpin-parti-islam-pun.html

TokKu berkata...

4 billion tu kalau bagi kat

Misi Munajat Royalti Rakyat (www.munajatroyalti.com) pun bagus gak ... tak yah kutip tabung jihad sana sini ...

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/09/bior-betoi-yop.html

Tanpa Nama berkata...

Alang2 dah nak munajat tuntut royalti minyak..baik munajat tukar kerajaan terus...lagi banyak boleh dapat rasanya..bukan setakat royalti minyak..apa komen ustaz??