[1]
Seseorang pemimpin yang memimpin sesuatu organisasi [lebih besar, kerajaan], sudah pasti memerlukan kepada syarat-syarat yang selayaknya. Tidak memenuhi syarat kelayakan, melahirkan kehancuran pada sesuatu organisasi.
Sebuah syarikat perniagaan yang mahu maju, sudah pasti perlantikan sesuatu jawatan itu tertakluk kepada kelayakkan; dalam erti kata, seseorang itu mempunyai kemampuan dalam menjayakan misi sesebuah syarikat dalam menyesuaikan dengan tujuan penubuhan sesuatu syarikat.
Organisasi berbentuk ‘korporat’ pun memerlukan kepada syarat-syarat kelayakkan, inikan pula organisasi dalam menjayakan perlaksanaan islam. terlebih utama, jika seseorang pemimpin itu bukan sekadar mahu menjadi seorang ketua parti, tetapi lebih dari itu; menjadi ketua kepada sebuah kerajaan.
Dalam islam, seseorang ketua itu memerlukan syarat-syarat yang wajib ditunaikan. Antaranya adalah, seorang pemimpin utama itu hendaklah seorang yang beragama Islam, baligh, berakal, merdeka, lelaki, berilmu dan ‘adalah [tidak melakukan dosa besar dan kecil].
Syarat-syarat yang disebutkan di atas adalah syarat-syarat yang disepakati oleh ulama. Di sana wujud beberapa syarat-syarat yang dikhilafi oleh ulama, seperti firasat.
Mengikut sebahagian ulama, firasat bagi seseorang pemimpin adalah satu perkara yang wajib. Pendapat ulama yang lain pula menyatakan ia tidak wajib. Walaupun ulama berbeda pendapat dalam mewajibkan seseorang pemimpin itu hendaklah seorang yang mempunyai firasat atau tidak, yang pastinya, kewajipan ini tertakluk kepada waqie tempat dan masa, agar imej islam berjaya dilihat sebagai baik.
[2]
firasat yang dimaksudkan, bukanlah pemahaman firasat seperti yang difahami dalam budaya melayu. Maksud firasat yang mahu diungkapkan adalah kebijaksanaan dalam berpolitik; seperti mempunyai pandangan jauh, berjaya mengemukakan harapan rakyat lebih dari kemahuan mereka, berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat secara majoriti dan sebagainya. [marketing politik : 284]
Nabi Sulaiman AS adalah seorang yang tidak sekadar dikenali sebagai berjawatan Nabi lantikan Allah SWT, malahan baginda juga dikenali seorang pemimpin di dunia; meliputi manusia, jin dan binatang. Kepimpinan baginda ternyata membuktikan keperluan seseorang pemimpin itu perlu mempunyai firasat [kebijakan siyasah] yang cukup mengkagumkan.
Dalam Sahih muslim, ada diceritakan tentang dua orang ibu telah berjumpa dengan nabi Daud [bapa Nabi Sulaiman] untuk menyelesaikan kes perebutan seorang bayi. Nabi Daud membuat keputusan bahawa bayi itu hendaklah diberikan kepada ibu yang tua. Keputusan itu, membuatkan ibu yang muda tidak berpuas hati, lalu dimaklumkan kepada Nabi Sulaiman. Ketika kedua-dua ibu itu berada di hadapan Nabi Sulaiman, baginda berkata, “bawakan kepadaku sebilah pisau untuk aku belah dua terhadap bayi ini [untuk diberikan seorang sebelah]”
Mendengar arahan Nabi Sulaiman AS itu, menyebabkan ibu yang muda berkata, “Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadamu. Anak ini adalah kepunyaan kamu [ibu yang tua]”
Melihat belas kasihan yang wujud dalam diri ibu yang muda, disamping tidak kelihatan belas yang sama pada ibu yang tua, menyebabkan Nabi Sulaiman AS faham bahawa bayi yang direbuti itu adalah milik ibu yang muda. [Muslim]
Dari kisah ini, dapat dilihat kefirasatan yang wujud pada diri Nabi Sulaiman merupakan bukti kukuh betapa firasat merupakan satu perkara yang penting bagi seseorang pemimpin.
Bersambung……
- Sri Indah [b] Sg Buloh
1 November 2010 * 7:05 pagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan