Rabu, 3 November 2010

ASRI MINTA ANWAR UNDUR : SINDIR ATAU IKHLAS?

[1]

Pada persepsi aku terhadap dua tokoh; Anwar Ibrahim dan Dr Asri, mereka mempunyai banyak kesamaan dan sedikit perbedaan. Antara kesamaan yang aku rasa amat ketara adalah, kedua-dua tokoh ini sentiasa hidup di mata rakyat malaysia. Semuanya berpunca, kedua-dua mereka suka membuat kontroversi.

Anwar Ibrahim adalah tokoh yang mempunyai kebolehan politik yang unik semenjak dari dibangku Universiti, begitujuga Dr Asri yang sejak dibangku Universiti juga telah mencipta nama dalam negara. Di era 70an, sudah kedengaran fenomena Anwar, di era awal tahun 2000 kedengaran fenomena Asri di universiti.

Mengapa mereka dianggap sebagai fenomena? Kerana, mereka sentiasa membuat kontoversi. Anwar dalam wajah politiknya, Asri dalam wajah ‘salafi’nya.

[2]

Tidak semena-mena, Dr Asri telah mencipta satu kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan agar Anwar Ibrahim berundur dari dunia politik. Kenyataan ini pelik, tetapi mengandungi seribu satu motif yang sukar dibaca. Tetapi yang pastinya, kenyataan ini sensasi dan mengandungi kontroversi yang amat menarik jika diwacana dan dibincangkan di medan media.

Walau bagaimanapun, setelah membaca kenyataan Dr Asri itu, aku mengklasifikasikan motif kenyataan itu pada dua sudut; [1] positif, dan [2] negatif

[3]

POSITIF

Dari sudut positif, aku menilainya seperti berikut;

Pertama:

Ia sememangnya ikhlas datang dari hati nurani dan hati kecil Dr Asri yang mahu melihat budaya politik sihat di malaysia; mahu melihat budaya politik intelek yang mampu mengembangkan budaya berfikir sihat dalam berpolitik.

Namun, timbul persoalan. Mengapa ditujukan kepada Anwar Ibrahim, walhal budaya politik sihat ini mampu dibawa oleh Anwar Ibrahim kerana jika diperhatikan dari sudut pembudayaan kajian dan berfikir rasional, anwar Ibrahim agak kehadapan berbanding tokoh-tokoh politik lain.

Kedua:

Dr Asri mungkin mahu menyindir sebilangan rakyat Malaysia [khususnya sebilangan orang PKR] yang terlalu mengangungkan Anwar Ibrahim sehingga ada yang menganggap bahawa beliau adalah segala-galanya.

Dalam pemilihan PKR kali ini pun, kita dapat lihat ada sebilangan menggunakan alasan Anwar Ibrahim mencadangkan mereka bertanding sebagai senjata untuk mendapat sokongan dan dokongan. Ini merupakan gambaran bahawa ada tanggapan bahawa Anwar Ibrahim adalah segala-galanya. Tetapi mujur keadaan itu tidak menguasai seluruh ahli parti PKR. Ini kerana, ada sebilangan mereka yang mampu menolak sebarang calon bagi jawatan-jawatan tertentu yang didakwa dicalonkan oleh Anwar Ibrahim.

Ini adalah gambaran sihat bagi sebilangan ahli parti PKR; yang tidak mempunyai fikrah ‘wala’ membuta tuli’ kepada tokoh-tokoh tertentu, sebaliknya mampu menggunakan akal yang rasional dalam melihat cita-cita kekuataan PKR; parti yang mereka dokong untuk masa mendatang.

Ketiga:

Mungkin juga, kenyataan Dr Asri ini adalah sindiran kepada PAS yang dilihat mempunyai ramai ahli, tetapi tidak mempunyai kelicikkan politik untuk menjadi ‘leader’ bagi Pakatan Rakyat.

Tidak dinafikan, PAS adalah sebuah parti islam yang mempunyai bilangan ahli yang teramai berbanding dua parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi memandangkan ketidak-kemampuan pemimpin utama PAS mencari ‘siqah’ rakyat, menyebabkan parti itu dilihat agak terkebelakang berbanding PKR dan DAP.

Siqah tersebut, bukan siqah berbentuk paksaan, tetapi siqah yang secara automatik diberikan oleh rakyat dengan mempamerkan bacaan politik yang jauh seperti yang telah dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dahulu, mempunyai kelicikan dalam menerajui Malaysia [bukan sekadar parti sahaja], tidak perkauman dan tidak membawa agenda Islam dengan dipamerkan gaya agak talibanasia, tidak membawa agenda islam yang gaya bawaan itu dilihat rakyat boleh terjadi apa yang diistilahkan sebagai ‘religios rifts’ dan sebagainya.

Keempat:

Mungkin juga kenyataan Dr Asri itu memberi satu isyarat bahawa Asri berkeyakinan bahawa Anwar Ibrahim akan ke penjara. Seterusnya, memerlukan seorang pengganti yang merupakan seorang tokoh yang mempunyai pemikiran atau ‘thought leader’ yang mampu mendepani isu Malaysia melebihi kemampuan Anwar Ibrahim.

[4]

NEGATIF

Dari sudut negatif pula, aku beranggapan bahawa kandungan kenyataan Dr Asri itu terkandung maksud seperti berikut;

Pertama:

Mungkin Dr Asri mahu memberi sedikit kredit kepada UMNO yang dilihat sering dikritik beliau kebelakangan ini. Apabila kenyataan sebegini keluar dari mulut Dr Asri, ia sedikit sebanyak dapat merapatkan balik jurang antara Dr Asri dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang dahulunya adalah kawan baiknya.

Namun, mungkin andaian ini kurang tepat, kerana Dr Asri bukanlah sejenis manusia yang sanggup sujud di kaki sesiapa pun.

Kedua:

Sebelum ini, Dr Asri pernah mendakwa bahawa Anwar Ibrahim adalah antara tokoh politik yang sering beliau berhubung menerusi telefon. Justeru, tidak mustahil kenyataan Dr Asri ini adalah hasil mainan kontroversi antara dua tokoh yang suka membuat kontroversi.

Namun, andaian ini mungkin tidak tepat kerana Dr Asri bukanlah manusia yang boleh jadi balaci terhadap mana-mana tokoh politik. Dan Anwar Ibrahim pula tidak terlalu bodoh untuk bermain politik dengan cara ini.

[5]

PENUTUP

Kehadiran tokoh politik bernama Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Tanpa beliau dalam politik pembangkang, selangor, perak dan Pulai Pinang tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. Tetapi, kehadiran beliau, melahirkan satu sejarah yang amat mengejutkan, apabila sejarah 8 mac 2008 berlaku.

Bukan bermakna, Anwar sahaja yang melakukan sejarah yang sukar difikirkan ini, tetapi adalah salah jika dinafikan faktor beliau bahawa sejarah ini terjadi. Lantaran itu, faktor pendedahan keburukan pemerintah dan mainan dan serangan politik yang dilakukan oleh Anwar adalah merupakan antara faktor terkuat terjadinya sejarah kejatuhan beberapa kerajaan Negeri BN di Malaysia.

Aku tidak fikir, apabila Anwar Ibrahim diam, maka sebenarnya ia sedang duduk diam. Sebaliknya, aku lebih meletakkan keyakinan bahawa diamnya itu adalah diam ubi yang berisi, tidak seperti bisingnya seekor ibu ayam yang hanya dapat sebiji telur sahaja.

Mungkin Anwar Ibrahim sedang merancang sesuatu untuk membuat beberapa serangan terhadap UMNO/BN selepas dari ini. Makanya, tidak hairan UMNO/BN terlalu bersungguh sangat untuk memenjarakan Anwar Ibrahim.

Sekian

Wallahu ‘Alam

baca sama:
Perdana Menteri langgan pelacur Kelas atasan


Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
4 November 2010 * 3:18 pagi.

6 ulasan:

ReJaM© berkata...

argh akhirnya abis gak aku baca hahaha.... apa yang pasti pada aku Dr Asri nak masyarakat lihat dia neutral... itu yang pasti... supaya pendapat dia ramai yg nak dengar.... tu je...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
DR Asri menujukkan ilmu mantik yang perlu ada pada setiap ulamak dan pemikir

Tanpa Nama berkata...

kalu de suko ke,kato gapo pun ok.kalu tak come pun tuwe biar molek ,begitu la sebalikbyo ko guano us g

Tanpa Nama berkata...

Asri tu kan Wahabi.
Wahabi tu Illiminati @ Freemason @ Dajjal
Anwar pun Dajjal Freemason jgak, tapi dah kureng power pasal nak kena penjara..so.., the best way, resign la.. Agenda kena kasi jalan..

Korang plak..jenis pekak.. Mengaji agama pun.., channel tak kena..pasal tu la tak kenal mana satu intan ,mana satu kaca..

Umno,Pas 2x5 saja.. PKR timbul kononnya alternatif better government la..jalan ke Putraja or to syurga.. Tapi korang lupa, walaupun siMata Satu begitu ketara peranannya..

Itu pasal si Anwar tidak pernah ke Mekkah. 7 tahun dibelenggu penjara, German, Afrika destinasi utama..bertemu ahli sahabat setia satu agenda..

2 kota tidak dimasuki dajjal durjana..Makkah & Madinah...itulah sabda Baginda Rasulullah saw..

Tanpa Nama berkata...

Dajjal kan bawa neraka yg dibuatnya syurga..dan sebaliknya..
2 puak bergaduh, memang itu yg dipintanya..,senang nak offer bantuan kepada yg buta..
Soros, Lee Kuan Yiew, Bush, dll tu semua geng dia la..
Krisis matawang dulu pun dicipta bertujuan saluran bantuan mereka..
IMF, tangan dajjal hulurkan bantuan, siapa kah yg menggila nak menyambutnya???
Yang menentang, tunggulah masa, pasti kecundang..

Nak sembang, teramatlah panjang..Tapi, nasihat aku.., pi la buat research sikit..bersepah dalam dunia tanpa batasan ni..ilmu kat hujung jari saja..Janganlah duk takbur dgn ilmu yg ada tu.., semua tu puak dajjal tak heran la..ilmu skema..

Tanpa Nama berkata...

Hang tak pernah terfikir ka..Anwar tak pijak-pijak lagi bumi Mekah sejak dia keluar penjara???? Why?????