[1]
Merujuk kepada kisah nabi Sulaiman lepas, didapati firasat yang mendalam itu wujud pada diri pemimpin itu sendiri. Namun begitu, ada sebilangan pemimpin itu tidak mempunyai kecerdikan yang terlalu mendalam. Ataupun, mereka mempunyai kecerdikan, tetapi kecerdikannya itu perlu disempurnakan dengan ‘pembantu-pembantu’ yang cerdik juga.
Ini disandarkan kepada kejayaan Umar bin Al-Khattab dalam pemerintahan beliau. Tidak dinafikan bahawa Umar bin Al-Khattab adalah salah seorang khalifah yang mempunyai firasat yang cukup mendalam. Ini dibuktikan dengan banyak fatwa-fatwa beliau ternyata berani, malahan merentasi zaman.
Namun, dalam beberapa keadaan dan ketika, Umar bin Al-Khattab mempunyai kelemahan firasat yang memerlukan kepada bantuan dari ‘pembantu-pembantu’.
Diceritakan dalam satu atsar, bahawa seorang perempuan muda telah datang berjumpa dengan Umar yang ketika itu, Kaab bin Sur sedang duduk bersama dengannya.
Perempuan itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, aku tidak melihat seorang pun lelaki yang lebih baik daripada suamiku. Demi Allah, malamnya sentiasa qiyamullail, dan siangnya sentiasa berpuas”.
Mendengar perkataan perempuan itu, Umar memuji suaminya itu. Perempuan itu merasa malu dan terus pulang dengan wajah yang hampa.
Melihat keadaan itu, Kaab berkata kepada Umar, ”Wahai Amirul Mu’minin, apakah tuan tidak mengira masalah perempuan itu terhadap suaminya?
Umar berkata, “apa sebenarnya? Lalu berkata (kaab), sesungguhnya perempuan itu datang untuk membuat laporan kepada kamu. Apabila suaminya sentiasa dengan ibadat, bilakah masanya suaminya meluangkan masa untuknya (dengan jimak)?”
Mendengar kata-kata kaab, Umar menyuruh suami perempuan itu dipanggil. Ketika suami itu berada di hadapan Umar, Kaab diminta agar menjatuhkan hukuman terhadap suami tersebut.
Kaab terus berkata, ”Sesungguhnya aku melihat, seakan-akan lelaki ini mempunyai tiga orang isteri. Dan isterinya (yang datang) itu adalah isteri yang keempat. Maka aku hukumkan kepadanya, tiga hari dan tiga malam merupakan hari dia beribadat (puasa dan qiyamullail), dan bagi isterinya adalah hari yang keempat pada siang dan malamnya”
Umar bertanya, bagaimana kamu berhukum ini? Kaab menjawab, aku berdalilkan firman Allah SWT;
”maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat”
(Surah An-nisa’ : 3)
Mendengar ini, Umar terus berkata; ”Demi Allah, pandangan kamu dalam perkara pertama adalah bersangatan aku kagum berbanding satu lagi. Pergilah kamu menjadi qadi kepada penduduk Basrah”
[Al-Mughni : 16/53 – 54]
[2]
Penentuan firasat bagi seseorang pemimpin adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama atas kewajipannya. Ada ulama yang mewajibkan, dan ada juga ulama yang tidak mewajibkannya; dalam ertikata ia sebagai penambah kesempurnaan bagi seseorang pemimpin sahaja.
Namun perlu diingat, sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ulama, ia tertakluk dengan ‘tarikh tasyri’’. Dengan maksud, fatwa tersebut terkesan kepada masa dan tempat dengan ulama yang berijtihad.
Lantaran, dalam konteks Malaysia [khususnya PAS], seseorang pemimpin yang berfirasat tidak boleh dikatakan sebagai perkara kesempurnaan sahaja, malahan ia sudah sampai kepada satu perkara yang wajib. Ini kerana, keberadaan PAS kini bukan sekadar berhadapan dengan musuh bernama UMNO/BN, tetapi PAS sedang ‘berlumba-lumba melakukan kebaikan’ dengan dua parti yang bersama, iaitu PKR dan DAP.
Seseorang pemimpin yang mengepalai sesuatu parti seterusnya mahu mengepalai usaha menguasai Putrajaya, ia tidak cukup sekadar seorang pemimpin yang bersih dan dilihat bersih, tetapi kebijaksanaan dalam politik adalah satu perkara yang wajib. Tanpanya, kepercayaan rakyat untuk menyerahkan kekuasaan politik tidak akan tercapai.
[3]
Konkulasi dari tulisan ini, dinyatakan perkara-perkara penting adalah seperti berikut;
Pertama :
Seseorang pemimpin parti itu hendaklah dilihat pemimpin Malaysia. Ia tidak cukup sekadar dilihat pemimpin sesebuah parti sahaja.
Kedua:
Seseorang pemimpin itu hendaklah mempunyai bacaan politik yang hebat; dengan ertikata menjangkaui zaman dan tempat. Ia tidak boleh berfikir sekadar mempunyai hubungan sesame Negara-negara Islam sahaja, malahan hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan Negara-negara barat.
Ketiga:
Pemimpin itu sememangnya direspek oleh rakyat Malaysia secara majority. Ia tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang dipaksa supaya direspek [dipaksa wala’], tetapi sememangnya pemimpin itu secara sukarela rakyat untuk memberikan respek kepada mereka.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
2 November 2010 * 5:32 pagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan