[Klik gambar untuk besarkan]
Makluman: sebentar tadi, berlaku pertemuan dengan Ustaz Fathul Bari di Petaling Jaya. Beliau mengenakan enam syarat dalam forum. Antara syarat untuk hadirin, bahawa semua hadirin yang ingin mengajukan soalan atau ingin nyatakan pandangan bahawa menggunakan surat sahaja. Sesiapa di kalangan hadirin ingin bertanya dan memberikan pandangan, boleh sediakan kertas dan pen, agar tidak berlaku "tidak puas hati" di kalangan hadirin.
sekian Makluman.
Al-Bakistani
9 ulasan:
huh..syarat apa tu? nak bagi pendapat pun kena secara sirr..
Jangan debat pun dalam gelap sudahla.
mafhum mukholafah mafhum syarat , main last minit pula , cepat bari ni belajar toriqah umno haha
ana hadir kejap td. alhamdulilah puas hatilah tgk. ana respect ust muda umno ni dia cukup konsisten dalam keluarkan hadis walaupun hadis yg lemah perawinya.
Ttg nta ana rasa nta kna ada gaya dan strategi dlm penyampaian barulah nampak hebat cam ulama muda umno.
ape pun tahniah kepada panel dan penganjur serta audian. moga org melayu akan lebih bijak bila selalu diasak dgn perbancang dua hala oleh seme pihak bertentangan.
Anak Johor 1
Assalamualaikum
Alhamdulillah saya menghadiri semalam sebagai seorang seboleh2nya sebgai non parti walaupun saya cukup sayang pd parti PAS.
Aduh! Apa dah jadi Ust.
Bila ust lari tajuk je itu sahaja merugikan masa dan meletakkan Ust tidak memahami persoalan.
Sepatutnya ust mempertahankan boleh memaki,menjatuhkan dan mengaibkan pimpinan yg zalim.
Pusingan pertama Ust terlalu bergantung kpd teks yg panjang malah fokus hadirin boleh bercelaru sekiranya mrk yg dth jenis tak baca buku.(ada hadirin masalah darurat(babi) pun tak faham inikan pula teks ust).
Terlampau banyak hendak diperkatakan tetapi menyimpang dr tajuk .Malah Ust radikal semacam hizbur tahrir dalam persolan menjatuhkan kerajaan sehingga kemungkaran diketepikan.
Bg pandangan saya PAS tidak akan memberi laluan lagi kpd ust untuk mewakili partinya walaupun pada mulanya ust mengatakan non parti lepas tu kata ahli PAS pulak semacam nak mendapat sokongan PAS.Malah sebahagin kata2 ust masih berbau sokongan kuat pada PAS, maka saya rasa payahlah Ust nak pergi jauh PAS akan halang selepas ini krn merasakan lebih banyak rugi dr untungya.
Bagi saya surat utk panel lagi bagus krn bila hadirin bercakap meleret2 kalau ada hadirin yg rasa hebat sepatutnya gantikan salah satu ust baru la hebat.Hadirin2 yg dtg perlu faham kita hendak mendengar dari panel bukan dari hadirin.kalau Panel tak pandai jawab jangan jemput lagi.
Anak johor 2
Bg mereka yg mengikuti semalam ketika Ust Wan Jie mepersoalkan hadist menarik tangan sebagai lemah dengan ulasan yg cukup panjang berkenaan "masalah hadist" bg mrk yg jenis tak baca buku akan mengantuk tetapi bagus dr satu segi memberi impak kpd hadirin supaya memahami bagaimana ulamak2 hadist membuat kritikan.Jadi balik kena baca buku lagi la.
Walau bagaimanapun bila Ust fathul Bari menjelaskan hadist menarik tangan itu sebagai penguat kpd hadist sahih iaitu perbuatan sahabat ini akan mengubah segala2nya. Bg mrk yg memahami persoalan ini,hadisth ini boleh digunakan krn sokongan2 dari hadisth2 yg sahih.
Kesimpulannya persoalan bolehkah ISLAM (bukanya Islam PAS atau Islam UMNO)memberi ruang mendedahkan keburukan,mengaibkan dan memaki jelas tidak dibenarkan walaupun dia adalah UMNO atau PAS.Cukup sedih persolan in dikuasai oleh Ust Fathul sedangkan para hadirin mengharapkan Ust yg mewakili PAS mempertahan pimpinan PAS terutamanya Mahfuz dan Mohd Sabu yg terkenal didalam memaki hamun UMNO sejak 15 tahun dahulu.
Kepada Ust saya merasakan sindirin ingin menjatuhkan panel kurangkan lah. Kebanyakan yg hadir merupan golongan terpelajar bukanya orang2 kampung yg sudah terjajah dengan pemikiran lawak tak bertempat.
Selepas ini saya mengharapkan dengarlah semula muzakah semalam terutamanya pada pusingan ke-2 dan setrusnya siapakah paling banyak mengunakan hadist dan Al Quran dan konsisten menggunakan hujah.Ini penting kerana sebagai Muslim bersatunya kita kerana kedua2 kitabnya.
Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Admin yg berusaha menghadirkan perbincangan tersebut walaupun sepatunya IANYA DIANJURKAN PARTI PAS bukanya ANDA.
Kepada moderator sepatutnya ketika tutup cukup sekadar ucapan terima tidak perlu mengungkit persolan Rosmah seolah-olah hendak menguatkan semangat sahabat2 anda yg terpukul dgn kritikan.Berlapang dadalah dan ingat kita memperjuangkan Islam.Selepas ini Admin perlu sedar Ust Fathul Bari telah menguris kpd semua pejuang PAS dengan mengatakan perjuangan Aqidah sudah diketepikan.PAS sebuah parti Islam yg selama ini memperjuangkan Aqidah dipersoal sedemikian rupa seolah sudah lari dari perjuanagn Nabi.
Sekali lagi berlapang dada lah kita.Saya merasakan cukup sedih dan hampir menangis mengingatkan saya terpaksa mengakui akhirnya itulah masalah pada perjuangan PAS krn persolan Aqidah masih bercelaru.Dari masalah manhaj perjuanagn ada yg IRC, Abim, Tarikat, Syiah dan sebagaimya mewarnai perjuangan PAS.
Persoalan Aqidah akhirnya berkisah pd persolan hukum hudud sahaja.
"Tak terima hukuk hudud maka kafirlah kita."
Kalau menyentuh persolan solat cukup memalukan dan menyedihkan kita dimanakan penyokong2 PAs ketikan solat isyak.penyokong2 Ust Fathul bari sudah berkampung semenjak magrib lagi dan ketika hendak bermula mereka sudah memenuhi keseluruhan tempat bahagian depan.Adakah solat berjemaah dianggap enteng...entahlan...apa sudah jadi Ustaz.Akhir sekali PAS sukar berubah dan kepada Admin sekiranya dibuat post mortem dan diserahkan kpd Pimpinan PAs jawapanya
"Jemaah kita besar sukar kita hendak mentarbiah mereka"
Persolanya yg hadir semalam itu anak kecil ke? Kalau anak2 kecil bolehlah saya dan Ust merotan mereka kerana tidak menghadiri solat berjemaah.
Kepada Ust jadikan ini sebagai landasan menguatkan kefahama Ust dan MENCARI KEREDHAAN ALLLAH.Semoga Ust menjadi ulamak yg hebat dan diberkati oleh Allah.Keberanian Ust sudah terjawab.Kemenangan dan kekalahan bukan persoalanya tetapi perbincangan ilmiah membuka minda kita.Yang menang adalah Islam
Allahhuakbar Allahuakbar.
Anak johor 2
Bg mereka yg mengikuti semalam ketika Ust Wan Jie mepersoalkan hadist menarik tangan sebagai lemah dengan ulasan yg cukup panjang berkenaan "masalah hadist" bg mrk yg jenis tak baca buku akan mengantuk tetapi bagus dr satu segi memberi impak kpd hadirin supaya memahami bagaimana ulamak2 hadist membuat kritikan.Jadi balik kena baca buku lagi la.
Walau bagaimanapun bila Ust fathul Bari menjelaskan hadist menarik tangan itu sebagai penguat kpd hadist sahih iaitu perbuatan sahabat ini akan mengubah segala2nya. Bg mrk yg memahami persoalan ini,hadisth ini boleh digunakan krn sokongan2 dari hadisth2 yg sahih.
Kesimpulannya persoalan bolehkah ISLAM (bukanya Islam PAS atau Islam UMNO)memberi ruang mendedahkan keburukan,mengaibkan dan memaki jelas tidak dibenarkan walaupun dia adalah UMNO atau PAS.Cukup sedih persolan in dikuasai oleh Ust Fathul sedangkan para hadirin mengharapkan Ust yg mewakili PAS mempertahan pimpinan PAS terutamanya Mahfuz dan Mohd Sabu yg terkenal didalam memaki hamun UMNO sejak 15 tahun dahulu.
Kepada Ust saya merasakan sindirin ingin menjatuhkan panel kurangkan lah. Kebanyakan yg hadir merupan golongan terpelajar bukanya orang2 kampung yg sudah terjajah dengan pemikiran lawak tak bertempat.
Selepas ini saya mengharapkan dengarlah semula muzakah semalam terutamanya pada pusingan ke-2 dan setrusnya siapakah paling banyak mengunakan hadist dan Al Quran dan konsisten menggunakan hujah.Ini penting kerana sebagai Muslim bersatunya kita kerana kedua2 kitabnya.
Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Admin yg berusaha menghadirkan perbincangan tersebut walaupun sepatunya IANYA DIANJURKAN PARTI PAS bukanya ANDA.
Kepada moderator sepatutnya ketika tutup cukup sekadar ucapan terima tidak perlu mengungkit persolan Rosmah seolah-olah hendak menguatkan semangat sahabat2 anda yg terpukul dgn kritikan.Berlapang dadalah dan ingat kita memperjuangkan Islam.Selepas ini Admin perlu sedar Ust Fathul Bari telah menguris kpd semua pejuang PAS dengan mengatakan perjuangan Aqidah sudah diketepikan.PAS sebuah parti Islam yg selama ini memperjuangkan Aqidah dipersoal sedemikian rupa seolah sudah lari dari perjuangan Nabi.
Anak johor 3
Sekali lagi berlapang dada lah kita.Saya merasakan cukup sedih dan hampir menangis mengingatkan saya terpaksa mengakui akhirnya itulah masalah pada perjuangan PAS krn persolan Aqidah masih bercelaru.Dari masalah manhaj perjuangan ada yg IRC, Abim, Tarikat, Syiah dan sebagaimya mewarnai perjuangan PAS.
Persoalan Aqidah akhirnya berkisah pd persolan hukum hudud sahaja.
"Tak terima hukuk hudud maka kafirlah kita."
Kalau menyentuh persolan solat cukup memalukan dan menyedihkan kita dimanakan penyokong2 PAS ketikan solat isyak.Penyokong2 Ust Fathul bari sudah berkampung semenjak magrib lagi dan ketika hendak bermula mereka sudah memenuhi keseluruhan tempat bahagian depan.Adakah solat berjemaah dianggap enteng...entahlan...apa sudah jadi Ustaz.Akhir sekali PAS sukar berubah dan kepada Admin sekiranya dibuat post mortem dan diserahkan kpd Pimpinan PAS jawapanya
"Jemaah kita besar sukar kita hendak mentarbiah mereka"
Persolanya yg hadir semalam itu anak kecil ke? Kalau anak2 kecil bolehlah saya dan ust rotan mereka kerana tidak menghadiri solat berjemaah.
Kepada Ust jadikan ini sebagai landasan menguatkan kefahama Ust dan MENCARI KEREDHAAN ALLLAH.Semoga Ust menjadi ulamak yg hebat dan diberkati oleh Allah.Keberanian Ust sudah terjawab.Kemenangan dan kekalahan bukan persoalanya tetapi perbincangan ilmiah membuka minda kita.Yang menang adalah Islam
Allahhuakbar Allahuakbar.
askm
ana antara sahabat yang sanggup dari Tapah Perak untuk menyaksikan perbincangan ilmu ini.
Pada pandangan ana, kenyataan Ust Fathul Bari dalam kiasanya bahawa kemasukan ulama dalam UMNO sebab darurah kerana berada dalam sistem demokrasi. Dia membuat perbandingan seperti makan babi jadi halal kerana darurah.
Tapi Ust Wan Ji berjaya menangkis, itu jika tiada pilihan baru babi itu dalam keadaan darurah dan boleh dimakan bukan dibuat barbeque.
Ust Fathul Bari ada hujjahnya dan dia tegas mengaku perjuangan bangsa adalah salah melainkan memperjuangkan hak2 bangsa dan juga jelas beliau menyokong Islam termasuk hudud dan qisas.
Ini menunjukkan Fathul Bari cuba mengePASkan UMNO dari dalam.
Ini memang tidak mustahil, kerana gerakan SALAFI memang suka berdamping dengan pemerintah bagi memudahkan dakwah mereka.
Pandangan ana peribadi semalam
Ust Wan Ji 4**** dan Ust Fathul Bari 3***
Wallahualam
mmg mcm nawaw cakap - enta kurang stail n strategi walau ilmu & fakta mantap, mmg umno nak stail cam bari tu tapi stail bari stail zaman lama .. .. jadi enta wan ji kena reka stail tapi stail baru ...
Catat Ulasan