[1]
Aku agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa Syaikh Muhammad At-Tahir Ibnu Asyur ada menyatakan bahawa boleh bagi orang perempuan membuka aurat. Didakwa bahawa alasan yang diberikan oleh Ibnu Asyur itu adalah, soal bertudung ini adalah perkara yang berkait dengan adat budaya orang arab. Jadi, Ayat Al-Quran yang menyuruh menutup aurat itu meraikan budaya arab.
Apabila ditanya, sumber mana yang mereka nyatakan dakwaan itu. Mereka menyatakan bahawa mereka membaca dari tulisan Dr Asri Zainal Abidin dari lamanweb peribadi beliau. Dalam tulisan itu, dinyatakan bahawa sumber itu dari kitab Ibnu Asyur yang masyhur, iaitu Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah.
Padaku, Dr Asri seorang yang alim, dan mempunyai kemampuan ilmu yang wajar diberikan pujian. Disamping keberanian beliau menyatakan beberapa isu-isu semasa dalam negara, sama ada berkait dengan politik atau tidak, menyebabkan beliau agak dihormati.
[2]
Pun begitu, Aku sangsi dengan dakwaan bahawa Dr Asri menyatakan tentang Syaikh Ibnu Asyur tersebut. Ini kerana, setelah aku membaca kitab Ibnu Asyur yang bertajuk Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah, didapati tidak ada pun dakwaan yang mengatakan bahawa Ibnu Asyur membenarkan perempuan membuka aurat.
Pun begitu, setelah membuka lamanweb Dr Asri, terbaca kenyataan Dr Asri seperti berikut;
“2. Sebelum kita pergi lebih jauh, wajar kita tahu bahawa dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut:
“Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak terbabit dengan hukum tersebut” ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-‘Ilm).” [sila klik]
Membaca sahaja tulisan Dr Asri ini, pemikiranku terus meletakkan tanggapan bahawa Dr Asri ternyata tersilap dalam menanggapi tulisan Asy-Syaikh Muhammad At-tahir Ibnu Asyur tersebut.
[3]
Jom kita perhatikan terlebih dahulu tulisan As-Syaikh Ibnu Asyur seperti berikut;
وفى القرءان :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
فهذا شرع روعيت فيه عادة العرب , فالأقوام الذين لا يتخذون الجلابيب لا ينالهم من هذا التشريع نصيب
Maksudnya;
“Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak mempunyai nasib [iaitu tidak terbabit] dengan pensyariatan tersebut”
[Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 323]
Mungkin kekeliruan Dr Asri ini pada kalimah Jilbab yang dimaksudkan dari firman Allah SWT. Ini kerana, dalam bahasa arab, tudung ini mempunyai beberapa kalimah, iaitu “hijab”, “Khimar” dan “Jilbab”.
Makna “Hijab” adalah, “perempuan menutup aurat-auratnya dari dilihat oleh lelaki ajnabi dan dia sendiri menyendirikan dirinya dari dilihat”. Adapun makna Khimar pula adalah, “perempuan menutupkan badan dan mukanya, tanpa kelihatan sedikitpun dari badannya”. Makna “jilbab” pula adalah, “rida’ [pakaian luaran] yang berada di atas khimar”. [Ibnu kathir : 6/481]
Tidak hairan, ada ulama menafsirkan maksud dengan jilbab ini adalah, termasuk memakai furdah atau niqab, iaitu menutup seluruh muka sehingga kelihatan dua belah mata, atau sebelah mata sahaja, atau menutup kedua-dua mata dengan kain yang jarang.
Jika dilihat kepada kebudayaan arab, memang perempuan mereka dahulu, memakai “rida”’, iaitu pakaian luaran di atas bagi tudung yang menutup aurat. Ia tidak sepertimana kebudayaan bangsa lain seperti melayu, yang perempuannya sekadar menutup aurat, tetapi tidak menambah jilbab. Namun, budaya memakai jilbab itu semakin hari semakin berkembang di Malaysia, dan negara lain.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
18 Disember 2010 * 4:10 petang

3 ulasan:
1.Asri!!burung tiong!!apa yang boleh dipelajari dari dia!!pecahbelahkan sesama islam jee kerja dia!!
2.Tenguklah anak murid dia!marina mahadir!rosmah dll!!semua tak pakai tudung!!
3.dalam bab ilmu agama ni!!kewarakkan!keimanan!bukan terletak pada sijil!!asri ada Phd!!hangpa ingat tinggika ilmu agama dia!!sorry no!!!hangpa silap besaq!!!!
terima kasih wan Ji, kerana kau sanggup memberi sedikit kejutan kepada Kasim Baba, selepas kau sanggup membesarkan diri menyangkah salah seorang dari 40 penyamun.
Kau menghampiri selangkah kebenaran, apabila kau berhujah dan membuat huraian : "Mungkin kekeliruan Dr Asri ini pada kalimah Jilbab yang dimaksudkan dari firman Allah SWT. Ini kerana, dalam bahasa arab, tudung ini mempunyai beberapa kalimah, iaitu “hijab”, “Khimar” dan “Jilbab”".
Ibnu Asyur, Yusof al-Qaradhawi, Muhammad al-Ghazali amat tidak digemari oleh kelompok dr. Kasim Baba. Kelompok ini menganggap ulamak-ulamak ini banyak mengunakan akal bagi menentukan hukum.
salam..
minta ust wan ji ulas tafsir ibn asyur
Catat Ulasan