[1]
Aku menulis buku “menegur pimpinan negara dari perspektif Maqasid Syariah” adalah ekoran ucapan Ustaz fathul bari dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. dalam ucapan itu, Ustaz Fathul bari sudah kelihatan menyerang parti-parti selain UMNO, khususnya PAS dalam hal menegur pimpinan negara. Menariknya, yang dipertahankannya itu bukan pada pimpinan negara, tetapi isteri perdana menteri, Rosman mansur.
Jika dalam ucapan itu tidak ada sebarang serangan terhadap parti yang tidak sealiran dengan UMNO, atau dalam ucapan itu dipenuhi dengan teguran-teguran terhadap pimpinan UMNO, atau dalam ucapan itu hanya penuh dengan pujian dan ampuan terhadap pimpinan negara, aku tidak mempunyai keinginan langsung untuk menulis buku untuk membalas kenyataan Ustaz Fathul bari itu. Ini kerana, ia tidak memberikan impak kepada kesan umat di malaysia.
Ternyata, tulisan buku itu melahirkan satu majlis forum, tetapi diungkapkan oleh ustaz Fathul bari dalam pertemuan kami di PJ sehari sebelum berlaku forum sebagai “Munazarah”. Apabila disebut munazarah, ia memberi maksud debat. Ia amat berlainan dengan istilah muzakarah dan Musyawarah.
Dalam pertemuan pada malam itu, ustaz fathul bari ada menyatakan beberapa syarat. Antara syarat yang dikenakan adalah, Munazarah ini hendaklah tertakluk dengan rujukan Al-Quran, As-Sunnah dan para salaf soleh. Dan lagi, dikenakan syarat sebarang pertanyaan dan pandangan dari hadirin, hendaklah dalam bentuk bersurat, dan aku diminta untuk membentangkan pandangan aku terlebih dahulu.
Aku akur dengan syarat-syarat yang dikenakan. Aku tidak membantah, malahan bersetuju. Namun, semasa pulang, apa yang harus aku bentangkan terlebih dahulu. Ini kerana, aku hadir sebagai hendak menyatakan pandangan yang tidak setuju dengan kenyataan Ustaz Fathul bari.
Sedang berfikir, aku terbaca satu firman Allah SWT;
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Maksudnya;
“Katakanlah Wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita kepada titik kesamaan antara kami dan antara kamu; bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah, dan kita tidak melakukan syirik terhadap Allah sesuatu pun, dan tidaklah setengah kita mengambil tuhan terhadap setengah yang lain. Jika mereka berpaling, maka saksikanlah sesungguhnya kami adalah orang Islam”
[Al-Imran : 64]
Dari firman Allah ini, dinyatakan bahawa Allah SWT mengajar cara untuk berhadapan dengan golongan yang tidak sealiran dengan kita. Iaitu, ada beberapa step.
Step pertama, mencari unsur kesamaan terlebih dahulu, iaitu atas asas sama-sama menyembah Allah; dan step kedua, baru bermula menilai perbedaan, iaitu tidak melakukan syirik kepada Allah dan tidak menjadikan setengah terhadap sesetengah yang lain sebagai tuhan, lain dari Allah SWT.
Memandangkan kefahaman dari ayat ini, dalam pembentangan aku mengambil sikap untuk mencari titik kesamaan terlebih dahulu antara aku dengan Fathul bari, iaitu sama-sama mengakui kewajipan ataupun tugas yang wajib dilakukan oleh pemerintah, dan kewajipan mengugurkan pemerintah berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan.
Alhamdulillah, ternyata Ustaz Fathul bari menyokong segala apa yang aku ulas. Tetapi, apabila sampai pada round yang kedua, baru aku mempertikaikan beberapa hujjah-hujjah beliau yang beliau meletakkan tanggapan bahawa ia merupakan satu tindakan yang salah menegur pimpinan secara terbuka.
Sekadar yang aku perhatikan, sebarang pertikaianku itu, tidak dinyatakan sokongan oleh Ustaz Fathul bari, tetapi tidak kelihatan pula beliau mengkritik balik hujjah-hujjah yang aku kemukakan dengan hujjah yang jitu. malahan, aku merasakan beliau bersetuju dengan hujjah aku.
[2]
Aku tidak nafi ada orang yang mempertikaikan tindakan aku yang banyak kemukakan ulasan tentang kewajipan pemerintah, dan sebab-sebab pemerintah digugurkan diawal ulasan. Tetapi, padaku, aku mengambil sikap membentangkan asas ini adalah kerana ingin menggambarkan, tegur pemerintah ini perlu dilihat kepada pemerintah yang bagaimana? Sekiranya pemerintah yang mahu ditegur itu adalah pemerintahan yang adil, mungkin tidak berlaku pertikaian. Tetapi, sekiranya pemerintahan itu adalah pemerintahan yang zalim, maka isu yang wajar difikirkan adalah, bukan soal menegur, tetapi yang paling besar adalah, menggugurkan pemerintahan itu, lalu digantikan dengan pemerintahan yang lain.
Padaku, tindakan mengulas apakah boleh menegur pimpinan zalim atau tidak, tanpa membincangkan terlebih dahulu boleh atau tidak menjatuhkan pemerintah yang zalim, sama seperti membincangkan kemestian solat solat, tanpa membincangkan kewajipan solat fardu. Lebih parah lagi, orang yang membincangkan tentang solat sunat itu sendiri, apabila menunaikan solat sunat, dilakukan dalam keadaan tidak berwudu’.
Walaupun begitu, Munazarah yang dicadangkan ini adalah berbincang tentang tegur. Jadinya, pada pada round kedua, telah aku jawab sebarang hujjah-hujjah yang berkaitan dengan tegur pemerintah sebagai mengkritik balik terhadap hujjah-hujjah ustaz Fathul bari.
[3]
Ada sebilangan rakan-rakan Fathul bari yang tidak berpuas hati denganku. Mereka menyatakan bahawa tindakan aku mengemukakan kewajipan yang pemerintah mesti lakukan, dan kewajipan menggugurkan pemerintahan yang zalim, adalah sama seperti yang dilakukan oleh golongan Hizbu Tahrir.
Padaku, kita tidak harus menjadi jabariyyah disamping kita menekankan kewajipan beraqidah. Jabariyyah bermaksud, golongan yang meletakkan keyakinan bahawa tidak perlu difikirkan dan dilakukan oleh hamba, tetapi semua perkara diserahkan kepada Allah SWT.
Contohnya, Jika kita tidak berusaha ke kedai makan untuk makan, atau kita tidak memasak, maka sudah pasti kita tidak boleh makan. Tetapi, tindakan yang betul adalah, kalau mahu makan, maka berusaha ke arah untuk mendapatkan makanan, barulah makanan itu akan diperolehi. Kita tidak boleh bersila di atas masjid atau sejadah, tanpa sebarang usaha untuk memastikan makanan masuk dalam mulut kita. Mengambil sikap sebegini, merupakan tindakan yang menyanggahi aqidah Ahli As-Sunnah wa Al-Jamaah yang didokong oleh Nabi SAW dan Salaf soleh.
Maka begitujuga dalam usaha hendak menjatuhkan pemerintahan yang zalim. Ia bukan kerana Hizbul tahriri atau tidak, tetapi isunya adalah, bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan oleh manusia untuk menjayakan kewajipan perlaksanaan islam dalam sesebuah negara, dan bagaimana hendak memastikan, keadilan berjaya terlaksana, dan kezaliman berjaya dihapuskan.
[4]
Dalam forum, Ustaz Fathul bari ada menyentuh tentang Hizbu tahrir. Aku tidak mahu ambil “port” tentang isu Hizbu tahrir dalam forum pada malam itu. Padaku, ia bukan satu perkara yang wajar dibincangkan pada malam itu.
Namun begitu, dalam ruangan blog ini, Aku ingin nyatakan agak kurang bersetuju bahawa Ustaz Fathul bari ada menyebut tentang “mengharamkan” terhadap Hizbut Tahrir. Apakah dimaksudkannya adalah mengharamkan pertubuhan atau tidak, itu terserah kepada tafsiran beliau. Tetapi, pada tafsiran aku, semasa beliau menyebut itu, seakan-akan beliau mendesak agar pertubuhan Hizbut tahrir ini perlu diharamkan.
Padaku, Islam tidaklah seganas yang digambarkan. Islam adalah agama dialog dan perbincangan.
Firman Allah;
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Maksudnya;
“Katakanlah, datangkan hujjah-hujjah kamu, jika kamu dari kalangan orang yang benar”
[Al-baqarah : 111]
Di zaman Ali bin Abi Talib berhadapan dengan Khawarij pun, beliau tidak pernah terus menyerang mereka, sebaliknya dimulakan dengan dialog, dengan dihantar Abdullah bin Abbas untuk berhadapan dengan khawarij. Ini menandangkan, sebarang kelahiran persatuan di malaysia, tidak terus diharamkan, tetapi hendaklah dinilai terlebih dahulu dengan dilakukan dialog dan berbincangan terlebih dahulu.
[5]
Ustaz Fathul bari memberikan kesimpulan penutup. Di sana, beliau ada mengulas tentang ijtihad, disamping menyatakan bahawa siapa kita untuk berijtihad, waima aku ada menyebut tentang istilah Ijtihad Jamai’ yang diulas oleh Dr Ar-Raisuni dalam kitab Muhadharat fi Maqasid As-Syariah di akhir bab kitabnya.
Memandangkan beliau orang yang terakhir, aku tidak mempunyai ruang untuk membalas balik. Tetapi, dalam ruangan ini ingin aku nyatakan bahawa, soal ijtihad jamai ini, bukan dalam perkara yang berkait dengan mengistinbatkan hukum dari nas.
Ini kerana, dalam kitab-kitab Usul fiqh, kebanyakkannya mengulas bahawa ijtihad itu terbahagi kepada dua, iaitu [1] ijtihad fi Fahm An-nas, dan [2] Ijtihad fi tatbiq An-Nas, atau lebih dikenali Al-Ijtihad At-tanzili.
Dalam ijtihad jamai, ia bukan perbincangan tentang ijtihad fi Fahm An-Nas, sehingga mampu mengistinbatkan hukum, sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat terdahulu, dan para ulama-ulama mazhab. Tetapi, ijtihad jamai adalah, ijtihad dalam mentatbiqkan nas kepada sesuatu tempat dan masa, berdasarkan kepada fatwa-fatwa dan ijtihad-ijtihad ulama-ulama yang muktabar [yang ijtihad mereka itu berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah].
Ekoran itu, disana ada perbincangan fiqh yang dinamakan sebagai “As-Sibru Wa At-Taqsim”, “Tangqih Al-Manat”, “Tahqiq Al-Manat”, “maalat At-tatbiq”, dan banyak lagi. Dan semua ini, boleh dilakukan oleh para yang berkelayakan di zaman kini. Tetapi, kemampuan itu mungkin terbatas, maka lahirlah istilah yang disebut sebagai “Al-Ijtihad Al-Jamai’”.
[6]
Munazarah semalam, aku kira sebagai menarik dan berilmu. Cuma, ada sebilangan yang tidak berpuas hati. Padaku, itu perkara biasa. Sebab, orang yang tidak berpuas hati itu juga kena rai orang yang berpuas hati. Mungkin jika dilakukan seperti yang dikehendak oleh pihak yang tidak berpuas hati, maka akan melahirkan tidak puas hati dari pihak yang berpuas hati. Jadinya, ia tidak akan selesai.
Walaubagaimana pun, padaku ilmu Allah SWT ini amat luas. Aku tidak mahu menjadi orang yang sombong dengan ilmu, waima dari sesiapa sekalipun. Sekiranya itu adalah ilmu manfaat, maka tidak wajar kita mengambil sikap riya’ disebabakn kita sudah memahaminya, atau kita rasa tidak masuk “line” kita.
Pada sessi makan pula, kelihatan ada sedikit “ketidak puas hati” dari pihak ustaz Fathul bari. Dia agak tidak bersetuju, apabila perbincangan ini dilihat agak kepolitikkan. Tetapi, dalam munazarah malam itu pun, beliau ada mempertikaikan tindakan sebilangan ahli politik PAS, waima tidak menyebut nama. Jika beliau tidak setuju, sudah pasti beliau tidak akan menyebut, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Justeru, tidak seharusnya beliau menyatakan ketidak-puas-hatian itu sehingga bercakap seperti [ulang: seperti] orang yang sedang kemarahan.
Padaku, aku hadir dalam forum pada malam itu, disamping ingin mempertikaikan hujjah-hujjah Ustaz Fathul bari yang mempunyai jawatan dalam UMNO [Ulama Muda UMNO], tetapi ia juga kerana desakan ekoran melihat dan mendengar ucapan Ustaz Fathul bari dalam perhimpunan Agung UMNO hari itu.
“Anta datang bukan untuk kebaikan Umat?” mungkin ada orang berkata begitu.
Jika ini soalannya, aku akan menjawab, “kerana kebaikan umat, UMNO wajib dijatuhkan, kerana mereka bukan sekadar zalim, tetapi telah mengagalkan perlaksanaan islam di malaysia; mencipta persepsi buruk terhadap islam dan sebagainya”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
15 Disember 2010 * 6:00 petang.

27 ulasan:
Tahniah!
salam
gua ambil ilmu dari trulisan bro
terima kasih
Tahniah..ada point dan mesej yang anda sampaikan tertunai..
ust FB ni penakut..dah la suruh ust 1g cakap dulu..senang la sket dia nak putar belit fakta..
FB tak jwb pun soalan pasal tegur isteri pemimpin umno yg tak tutup aurat..dia nak tegur diam2?? memang tak laaaa
mcm mana FB boleh jadi ust aku pon tak paham..
Alhamdulillah....bangga saya akan Ustaz Wan Ji.pedulikan apa kata orang yang menyokong kezaliman,utamakan keimanan yang dikurniakan Allah.InsyaAllah...
Semoga Allah memberi kekuatan kepada ustaz dalam melangsungkan dakwah Islamiyah.
kah kah kah!
kau ajak salah seorang dari 40 penyamun bermunazarah, sepatutnya kau ajak sekali Kasim Baba. Tapi jangan bimbang kejap lagi Kasim Baba akan bersama dgn 40 penyamunnya.
Sebenarnya munazarah/munaqasyah ini adalah sesuatu yang yg telah lama selesai, namun kerana kau lawan ulama muda UMNO, terpaksa juga aku membeca catatan kau.
Dalam sistem politik Islam, ruang ijtihad siasi terbuka luas bagi ahli politik semasa. Syarak hanya mengemukakan asas-asas agama dan moral sebagai dasar dalam melaksanakan ijtihad siasi. Misalnya, mesti dilakukan dgn ikhlas dan menghormati budaya setempat dan maslahah semasa.
Teguran ke atas pemerintah mesti dilaksanakan berasaskan keikhlasan dan kepentingan umat. Kaedah dan caranya dilaksanakannya mengikut perkembangan semasa dan tempat, kaedah menegur pemimpin ini akan berubah seiring dengan perubahan maslahah, tempat, masa dan budaya.
Politik sekarang amat berbeza dengan politik di zaman lampau, teguran mesti dibuat untuk mengubah kemungkaran politik dan sistem sosial yg ada. Perubahan mesti dilaksanakan dari ringan ke berat, dari lidah ke tangan, dari menasihatkannya kepada menukarnya, dari mata pen ke mata pedang.
Ini maknanya :
أفضل الجهاد قول الحق عند سلطان جائر
aku tengok wanji lansung x boleh jawap ... disebabkan ramai yg fanatik pas maka bising ... gangguan saja ,,
kan ana dah nasihat ust , jgn debat sebab ust belajar cetek g .. itu DR fathul bukan sebarang org , mari ramai2 dengar rakaman ...hebat Dr fathul ahli hadis

bergaduhlah korang --- .... puas hati ke wanji?kan dah kene ... tok guru pun x kasi debat2 ,,demo nie ..memalukan pas
kata x nak masuk hal politik , tetiba u cakap u pas ..dia umno agar disana dapat sokongan oleh pendengar ... nampak sangat x yakin dgn ilmu u ... rasalah tendangan ulama sunnah
aku udah dgr forum rakaman itu sebentarin .. apa yg jelas , wanji x bicara skop tajuk "menegur pemimpin " .. aduiiii wanji wanji wanji ... sian awk . namun pas tetap the best , masalahnya skrg demo burukkan pas bodoh ... malu pas ...sebab demo pas dimalukan ...
skg demo nak tulis artikel plak , sebab x puas demo x ada jwpan ke ... aduii belajr lagi .. malu pas
hdup PAS
memalukan pas ... lebih baik kaji dahulu sebelum anta ajak debat
sesiapa yg nak dengar rakaman silalah ke al-ahkam.net/home ... apa yg ana nak cakap disini , ust wan ji memalukan PAS .. lain kali x payah berdebat jika ust x kaji betul .. ana terkilan dengan anta , lihat sekarang ulasan hadis dan cara ilmiah penjelasan Dr fathul . memalukan
Semoga Islam terus hidup dalam perbincangan ilmiah.
Mari kita semua berlapang dada dan menerima kebenaran berdasarkan ilmu walau dari siapa pun.
Marilah kita elakkan dari panggil memanggil gelaran yang tidak baik.
Jangan kita jadi seperti Pak Kaduk. Menang sorak tetapi kampung tergadai.
tahniah. perlu selalu munaqasyah begini. Jangan terpengaruh dgn komen yang menjatuhkan. Sama2 kita perlu membangun diri, mengurangkan kelemahan, lantas dapat menyumbang kebaikan pada pemimpin dan juga rakyat.
Satu yang menjadi isu, adalah sikap kebanyakan penyokong malah pemimpin pas. Terlalu berpolitik sehingga kurang memfokuskan diri dalam menuntut ilmu dengan lebih mendalam. lihat saja sikap penyokong ketika ceramah politik.
malah ada pemimpin yang suka dengan keadaan itu kerana kata2nya disokong. ada pemimpin yang berani menegur penyokong? malah takut tidak akan diundi nanti!
Akhlak juga adalah hukum.
untuk peringatan semua. jaga akhlak kamu. dan itu forum bukan debat, mencari kebenaran, kita berbalik pada prinsip asal, itu forum bukan debat. Sila minta maaf kalau dah melampau dalam berbicara. tiada siapa menang atau kalah. kita sama2 perbetulkan diri.
part mane yg memalukan sgt tuh? X fhm betul.. Bkn kira menang atau kalah, malu atau tidak.. Ianya perbahasan ilmiah.. Yg bermanfaat kita ambil, yg ragu kita semak-kaji, yg salah kita tolak.. Lg pun ust wanji dh state awal2, kehadiran beliau bkn mewakili PAS. Kalau mmg memalukan pun, xda kaitnya dgn PAS. Tahniah ust wanji, sebagaimana ust menghormati pandangan dr fathul bari, sy jg menghormati pandangan ust. Teruskan diskusi sebegini.. Barakallahufikum..
SelangorBoy
alhamdulillah...perbincangan yg sgt menarik...menyambung tradisi ulama di zaman silam...us wan ji sgt mantap dalam menyampai hujah...ust FB sangat pandai berkata-kata...ya Allah...selamatkan ummah islam di negara ini drp penjadi penghina kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W seperti yang berlaku di pertunjukan fesyen islam di KL baru-baru ini.
Berdasarkan kesimpulan penulis,
“Jika ini soalannya, aku akan menjawab, “kerana kebaikan umat, UMNO wajib dijatuhkan, kerana mereka bukan sekadar zalim, tetapi telah mengagalkan perlaksanaan islam di malaysia; mencipta persepsi buruk terhadap islam dan sebagainya”
Tersingkaplah hijab niatnya yang sebenar.
Matlamatnya hanya satu. Untuk menjatuhkan UMNO. Sesiapa yang kelihatan menyokong UMNO (dalam keadaan ini, Ustaz Fathul Bari), mereka harus ditentang, hujah mereka harus dipatahkan (dalam keadaan ini, menegur pemimpin dalam kaedah sir).
Tuan yang mulia, apabila Pakatan Rakyat memerintah, adakah syiar Islam pasti akan tertegak? Apabila pemegang kerusi antara yang terbesar dalam pakatan berkata begini...
“Singh even once said "an Islamic state over my dead body" regarding the debate during a ceramah…..”
http://en.wikipedia.org/wiki/Karpal_Singh
Kalau UMNO benar-benar hendak menggagalkan perlaksaan Islam, adakah madrasah-madrasah masih tertegak dibumi Malaysia? Adakah para hafiz and hafizah semakin ramai disini?
Ya, tidak 100% komited mungkin, tetapi menyatakan niat mereka untuk menggagalkan perlaksanaan Islam adalah keterlaluan.
Niatnya kita harus untuk membetulkan. Bukan menjatuhkan.
Ingat kata-kata saya diatas. Jgn kita menang sorak dan kampung tergadai.
Umat Islam harus bersatu DAN KELIHATAN bersatu. Tidak kira parti politik. Kerana ada jerung-jerung lain (dikaburi atas nama persatuan-persatuan), bersedia untuk membaham kita bila kita lemah.
dah dengaq rakaman, kesimpulan wan g ni lari topik la bahas...buek malu pas jo.....
Pesanan Buat Teman SeIslam Tersayang...
hang kata nak nasihat secara sirrrr...
tapi hang hentam orang yang nak tegak islam secara jahrrrrrrr...
hang kata doruratttttt...
tp hang bersama-sama puak-puak yang buka auratttttt...
sebaliknya hang membelakangi orang yang yang mewajibkan tutup aurattt...
hang kata nak tegak islammm...
tp hang bagi konfius kpd orang awammm...
hang tahu bahawa kita kena tinggalkan apa yang meragukannn...
tp hang tidak berpegang dengan apa yang tidak meragukannn...
hang memang seorang ilmuannn...
tp hang tidak terlepas daripada ujian Tuhannn...
hang ambillah cuti tanpa gaji sebulannn...
hang pergi cari Tok Sheikh Hadis yang Alim Lagi Soleh dekat Tanah Haram...
Lepas tu hang buatlah keputusan dengan Iman...
Sekadar nasihat dariku, buat mu teman seperjuangan...
drp ; rakan seIslam...
walau apapun, kita harus ikut pimpinan kita.
mgkin, bila PR memerintah nnt tidak mustahil Islam akan tertegak, Insya Allah kerana pimpinan kita bukanlah orang yang sembarangan malah berilmu lebih berbanding dengan ulama muda AMNO....
sebagaimana perjanjian hudaibiyah mberikan klbhn kpd umat Islam ketika itu, maka, mgkin apa yg dilakukan oleh pemimpin kita pd ketika ini merupakan strategi ke arah itu, Insya Allah..
Moga dipanjangkan umur TG Nik Aziz, ulama yang kita kasihi
Juga pimpinan PAS yang lain....
amin....
wallahu alam
Hujjah Ustaz Fathul Bari Hujjah Dangkal, Lagak Seperti Mujtahid Mutlak
Saya telah mendengar rakaman forum antara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Wan Ji. Sesiapa yang mahu mendengar rakaman tersebut sila klik di sini.
Saya hairan betapa jauhnya kualiti hujjah antara hujjah Fathul Bari berbanding hujjah Ustaz Wanji. Perbandingan yang saya buat dari segi kualiti hujjah:
Ustaz Wan Ji: Hujjah beliau berdasarkan kepada pendapat RAMAIIII ulamak. Pendapat ulamak2 yang digunakan oleh adalah dari ulamak-ulamak muktabar seperti ulamak2 Syafiee, Ulamak2 Hanafi, Ulama2 Maliki dan Hanbali. Tidak cukup dengan itu, Ustaz Wan Ji merujuk kepada ulamak2 hadeeth yang muktabar seperti Al Hakim, Ibnu Hajar, Addzahabi dsbnya.
Ustaz Fathul Bari: Hujjah2 beliau KURANG dan rasanya TIADA RUJUKAN kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar. Lebih kepada tafsiran beliau secara terus di atas nas. Dengan kata lain, beliau bertindak seperti seorang “Mujtahid Mutlak”.
Apa kelayakan Ustaz Fathul Bari untuk mentafsir nas secara terus TANPA merujuk kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar?
Di samping itu, hadeeth yang beliau pegang pun hadeeth yang DAEEF dan tidak boleh dijadikan hujjah ataupun hukum untuk menyokong pendapat beliau. (Rujuk pada bahagian ketiga rakaman ini).
MENGAPA PENTING MERUJUK ULAMA TERDAHULU?
Ilmu ulama2 dahulu lebih tinggi berbanding sekarang. Namun, sebab yang paling utama adalah pendapat ulama2 terdahulu adalah RUJUKAN UTAMA kepada umat Islam di dalam memahami kehendak Al Quran dan Sunnah.
Bererti, sekalimana tinggi pun ilmu seorang ulama pada zaman kita ini, mereka WAJIB merujuk kepada pendapat ulama2 terdahulu kerana pendapat ulama2 terdahulu adalah khazanah ilmu yang amat berharga kepada umat Islam zaman ini.
Ia juga melambangkan betapa merendah diri seseorang ulama yang rela merujuk kepada pendapat ulama2 terdahulu sebelum menggunakan pendapat sendiri.
Hakikatnya, hujjah Ustaz Fathul Bari dangkal dan bahaya untuk diterima berbanding hujjah Ustaz Wan Ji. Hujjah Ustaz Wan Ji merujuk kepada pendapat ulama2 muktabar yang mana jelas ianya lebih selamat dan menepati kehendak Al Quran dan Sunnah.
Berbanding dengan pendapat Ustaz Fathul Bari yang hanya berpaksi kepada tafsiran beliau semata-mata ke atas nas Al Quran dan Sunnah.
SECARA MUDAHNYA:
Hujjah Wan JI : Hujjah para Ulama2 Muktabar
Hujjah Fathul Bari : Hujjah2 berdasarkan TAFSIRAN BELIAU ke atas NAS Al Quran dan Hadeeth semata-mata
Terpulang pada tuan-puan pembaca untuk menerima pendapat siapa yang paling selamat untuk diterima.
Wallahualam
Tulang Besi
lepas dengar rakaman ni berkali2
kesimpulan sy,
ust wanji asyik nk mengiyakn politik pas.perlu lebih terbuka.brulah org akn sendiri tertarik dgn pas.
keduanya ada hujah, tp hujah2 ust fathul bari lebih kuat.
wallahuallam.
semoga perjuangan pas tidak dirosakkan org didalamnya.
bagus artikel ini. Sayangnya ahlinya tidak seperti yang digambarkan. sama sahaja dengan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Umno kafir, PAS pun kafir. Dedua amalkan demokrasi. Imilah sistem barat dan bukannya sistem Islam. Ust jgn la berat sebelah, akuilah bahawa PAS pun sesat sama juga seperti UMNO.
batik biru: hang aliran mana/ kalau bukan umno bukan pas??MIC ka ko? Mca ka Ko? Parti org asli ke atau apa dia habaq mai la wei...
Catat Ulasan