PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.
Portal berita rasmi parti itu memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen baru-baru ini.
“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.
Menurut Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana mereka terpaksa bertanding di padang yang tidak sama rata.
“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.
"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Hari ini PAS sudah mempunyai dua ADUN di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Hadi yang juga ahli parlimen Marang.
Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Mahathir berkata ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.
Namun bagi Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.
Menurut beliau, tidak dinafikan ada kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.
***
sebagai ahli PAS, aku bangga klu ada kenyataan media seperti ini... walau agak lewat dan selepas dikritik [melalui SMS kpd pimpinan tertinggi terbabit dan blog], tetapi ia tetap membanggakan..

1 ulasan:
berhenti la berangan.dengan ada pemimpin yg sibuk tambah isteri muda je,kehulu kehilir payah nak jumpa orang bawah,jadi pak turut dalam PR....
lepas tu pandai buat alasan,berjuang kerana Allah bila orang persoalkan..
lebih baik betul kan yang tu dulu..
Catat Ulasan