Jumaat, 3 Disember 2010

TRANSFORMASI FIKRAH, BERTINDAK DAN KEPIMPINAN [2]

FIKRAH JIM vs FIKRAH PAS

[1]

Islam agama sekelian alam. Ia tidak dibataskan kepada muslim sahaja, tetapi menjangkaui seluruh alam, termasuk mereka yang tidak beragama islam. Islam tidak mungkin salah, kerana ia diturunkan oleh Allah, tuhan yang mencipta langit dan bumi.

Adapun fikrah bagi sesuatu persatuan atau kelompok, ia tidak lebih sekadar ijtihad; yang kadangkala betul dan tidak boleh menafikan wujud sebarang kemungkinan kesalahan. Mengatakan sesuatu fikrah itu sahaja yang betul, sedangkan yang lain adalah salah, adalah sama seperti orang yang bermazhab As-Syafie mengatakan Imam As-Syafie sahaja alim, seterusnya menafikan kealiman ulama-ulama mazhab lain.

Tindakan menafikan kealiman ulama-ulama mazhab yang lain, tidak salah jika mahu diistilahkan sebagai “Ta’assub mazhab”. Maka begitujuga bagi mereka yang menafikan ijtihad-ijtihad persatuan lain, disamping mengatakan bahawa ijtihad persatuan yang didokong sahaja adalah betul.

[2]

Sebilangan ahli-ahli PAS amat elargic dengan istilah JIM. Orang JIM yang telah masuk PAS, amat diwaspadai. Berbagai-bagai dakwaan yang bertiup; seperti mendakwa golongan JIM dalam PAS ini mempunyai usrah tersendiri [tidak ikut manhaj usrah PAS], mereka memberi wala’ kepada JIM lagi berbanding PAS, golongan JIM dalam PAS adalah usaha secara saraf bahawa mereka mahu membawa PAS kepada UMNO, JIM ini adalah golongan “munafiq” dalam PAS dan sebagainya.

Tidak diketahui kebenaran dakwaan yang tersebar dalam usrah-usrah, tamrin-tamrin, Mukhayyam-mukhayyam PAS dan sebagainya. Jika hendak menafikan kewujudan sebaran saraf ini, ia adalah satu perkara yang mustahil, kerana ia amat terbukti bagi mereka yang terlibat dalam usrah-usrah PAS.

[3]

Secara peribadi, aku pernah berdialog dan memprovokasikan terhadap salah seorang bekas pimpinan tertinggi JIM dengan beberapa persoalan yang berkaitan pertembungan PAS dan JIM.

Apabila ditanya, “mengapa JIM? Kenapa tidak PAS?” Dinyatakan, ia semua terkesan dengan pengaruh gerakan islam dari luar negara, khususnya Ikhwan Muslimin [Mesir] yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna dan Jamaat Islami yang ditubuhkan oleh Maulana Abu ‘Ala Al-Maududi di pakistan.

Idea penubuhan JIM yang pada mulanya dikenali sebagai IRC itu, didakwa tertubuh ketika PAS masih lagi bersama-sama dengan UMNO dalam kerajan Perikatan [kemudian menjadi BN]. Memandangkan terkesan dari hukuman gantung terhadap Sayed Qutub yang dilakukan oleh Kerajaan mesir ketika itu, menyebabkan golongan JIM tidak dapat menerima tindakan PAS yang bergabung dengan UMNO, kerana pada mereka, UMNO adalah taghut sepertimana kerajaan mesir yang membunuh Sayeq Qutub.

Ekoran itu, mereka mengasingkan diri dari PAS sehingga bermula era kepimpinan ulama dalam PAS. Diceritakan juga, “ikon Ikhwan” yang cukup berpengaruh dalam PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Lantaran itu, tidak hairan ada sebilangan pimpinan JIM amat kagum dengan Tuan Guru Haji hadi pada tahun 80an dahulu, yang kini adalah Presiden PAS.

“Ana sanggup bermalam satu family di masjid Rusila selama 4 hari 4 malam, semata-mata nak dengar ceramah haji hadi” ujar salah seorang bekas pimpinan JIM.

Apabila ditanya, dimanakah aura sebegitu hebat sekali? Dijawabnya, “anta tak dengar haji hadi tahun 80an.. Dia punya ceramah, terus boleh taip dan buat buku”

[4]

Cuma agak memelikkan sikit adalah, apabila JIM berjaya ditubuhkan secara rasmi pada 27 Julai 1990[sila Klik]. Namun, apabila ditanya sebilangan bekas pimpinan JIM, mereka mendakwa bahawa penubuhan JIM adalah bertujuan untuk membantu PAS. Cuma, mereka tidak menggunakan aliran politik sepertimana PAS, tetapi mereka mementingkan dakwah berbanding lainnya.

Didakwa juga, PAS dilihat agak perlahan dari sudut dakwah dan dalam penyediaan manhaj dakwah dan usrah. Lantaran itu, tidak hairan bahawa sehingga kini PAS tidak mempunyai buku-buku usrah tersendiri yang bersifat konfrehensif, kecuali ‘mencilok’ beberapa buah usrah dari luar, seperti terjemahan bagi tulisan Fathi Yakan, Mustafa Masyhur, Abu ‘Ala Al-Maududi, Bapak Natsir dan sebagainya.

Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan JIM mengambil inisiatif yang serius dalam menyediakan manhaj usrah dalam membantu PAS. Maka lahirnya risalah usrah tulisan bekas Presiden JIM, [YB] Syaari Sungip atau dikenali sebagai Abu Urwah. Risalah usrah ini, amat mudah didapati di kedai-kedai yang mempunyai kaitan rapat dengan PAS. Malahan kini, jika mahu koleksi risalah-risalah usrah tersebut, boleh didapati di kedai buku yang berada di bawah pejabat harakah [Surat Khabar PAS] di Jalan Pahang.

[5]

Dalam keadaan sebegitu baik pun, unsur curiga mencurigai antara dua gerakan islam ini tetap berlaku. Pertembungan antara dua ini di peringkat Universiti amat ketara kelihatan. Perebutan keahlian pula, merupakan bukti yang paling nyata bahawa pertembungan antara dua gerakan islam ini sememangnya berlaku.

Sukar untuk merungkai pertembungan antara dua gerakan Islam ini. Tidak diketahui, apa sebenarnya yang PAS dan JIM mahu, sehingga berlaku pertembungan antara satu dengan yang lain ini diperingkat Universiti sebegitu hebat sekali.

Di pihak PAS, ada mendakwa bahawa JIM satu aliran dengan UMNO di negeri yang UMNO kuat, dan menjadi PAS di tempat yang PAS kuat; JIM tidak lebih sekadar lalang yang ditiup angin. Dakwaan sebegini, sering kali aku dengar dari sebilangan pimpinan PAS yang cukup anti dengan JIM.

Dari pihak JIM pula, ada yang mendakwa bahawa PAS tidak lebih sekadar parti politik. Dari sudut tarbiah, didakwa PAS tidak kemana. Dakwaan ini bersifat idealis, tetapi tidak mustahil ia sukar dilaksanakan PAS secara ideal, kerana Ustaz Idris Ahmad pernah berkata, “Ahli PAS ini; bermula dari orang yang ada Phd, sampai orang yang tak gosok gigi”.

[6]

Dahulu, aku amat anti dengan JIM. mungkin faktor keluargaku pada asalnya dari UMNO, dan terasa betapa susahnya untuk menukar fikrah mereka kepada PAS, menyebabkan aku agak elargic dengan UMNO. Lalu, apabila didakwa bahawa JIM ini bersifat lalang dan berusaha hendak mengUMNOkan PAS, menyebabkan aku amat anti dengan JIM sebelum ini.

Namun begitu, penilaianku ketika itu lebih kepada sentimen, bukan dengan rasional yang sihat. Justeru, apabila aku berfikir secara rasional, aku masih tertanya-tanya tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini.

Aku masih tidak mendapat jawapan yang jitu tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini. namun, selepas era 8 mac 2008, aku meletakkan tanggapan bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, bukan sekadar mahu diterima oleh orang islam, tetapi mahu diterima juga oleh Non Muslim.

Jika dengan Non Muslim, kita mengharapkan sokongan dan dokongan dari mereka, inikan pula dengan sesama gerakan islam yang bernama JIM. tetapi, keadaannya adalah sebaliknya; dengan maksud, curiga mencurigai antara PAS dengan gerakan islam lain ini masih tetap berlaku. Perkara ini yang sedang aku fikirkan, tetapi sehingga kini belum ada lagi dapat memberikan kepadaku jawapan yang jitu dan diterima akal secara rasional.

Bersambung…. Fikrah JIM vs Fikrah PAS [2]

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Senang cerita!JIM dipelopori oleh puak-puak cerdik dan pandai !!!
2.Pas dipelopori puak yang bodoh macam hanglaaa!!!
3.Malangnya bila Jim bersama Pas!!nampak bodonhhh semua!!terutama mengeenai isu kapiaq harbi dap!!macam AP shah alam tuuu!!!

saiful berkata...

wahai tanpa nama MCA, MIC dan parti-parti kapiaq lain yang bersama Umnogok kau tu kapiaq jenis apa ataupun jenis islam hadhari. ha ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

DAP dan PKR memimpin,bukan dipimpin PAS.tu yang orang marah sangat tu.

UMNO plak majoriti dalam BN dan semuanya sepakat dulu sebelum sesuatu keputusan.kalau sorang tak setuju pun maka keputusan ditangguhkan.berbeza dengan PR yang DAP senang je marah PAS bila PAS buat kenyataan lain sikit.tu yang geng atas pagar nampak.

JIM dan PAS.fikir macam ni la senang.agaknya malaikat kanan tak tulis amalan kebaikan ke kalau kita ikut usrah JIM walaupun kita PAS?

tatau la kot malaikat fikir dulu,"eh mamat ni geng pas,apsal dia ikut jim.tak perlu tulis amalan kebaikan dia buat kat situ la".

simple je solution kan dari pening fikir apa yang tak kena...

Zaharudin berkata...

Batuapi @ Firestine ada menulis dalam blognya mengatakan enta tak betul. Ana tunjukkan petikannya.

"Bila saya baca tulisan Wan Ji saya pun naik pening kepala. Mana satu hujung mana satu pangkal. Saya ingat Wan Ji ni kepala dia pun tak berapa betul!"

Enta baca lagi di

http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/12/respon-tulisan-fikrah-jim-vs-fikrah-pas.html

keyman berkata...

apa maksud sebenar sheikh tulis artikel ini?

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua Pejuang Islam

Sama2 ikuti nasihat Sheik Yusuf Estes.... jadikan iktibar dan muhasabah diri ... InsyAllah ..

Sh. Yusuf Estes' Advice to Muslims
http://www.youtube.com/watch?v=bOxTJ4_8LKU

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik JIM dari UMNO.

Akh_Iman_Kuantan berkata...

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu ana ucapkan tahniah dan syukur ke hadrat Allah atas keterbukaan anta dalam membuat ulasan, serta menggunakan bahasa yg baik tanpa membuat tuduhan melulu dan caci maki. Semoga Allah mengampuni dosa kita dan memberikan hidayah kpd kita semua.

Ana tertarik membaca blog ini setelah ana membaca komen oleh Batuapi di laman web http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=1282
Cuba menyoroti apa yang sebenarnya cuba dibangkang dan dibetulkan oleh Batuapi. Wallahu a'lam, mungkin ana masih muda(relatif)dan barangkali masih kurang makan garam ttg isu pertembungan fikrah ini, namun ana mempunyai pengalaman pahit tersepit dalam masalah ini.

Sebagai bekas pelajar Darul Quran (DQ) JAKIM, Kuala Bharu, Hulu Selangor, meskipun setelah 5 tahun ana meninggalkan DQ, kenangan pertembungan fikrah ini masih basah dalam ingatan. DQ merupakan IPT yang menawarkan program tahfiz beserta diploma pengajian agama, dan juga program berkembar dgn jurusan sains UIA. Spt juga IPT lain, DQ tidak sunyi dari keaktifan mahasiswanya beraktiviti dan berpersatuan.

Namun, biarpun bergelar huffaz quran, usia yg masih mentah menyebabkan mahasiswanya terjebak dalam ketdakmatangan pada berfikrah dan beraktiviti. Sukar dilupakan bgmn ana yg mengikuti usrah 'JIM' diboikot oleh senior2 dan sbhgn rakan2. Sukar dilupakan bgmn sbhgn kami yg memegang jawatan dalam kelab pelajar disingkirkan dari program suaikenal adik2 baru. Sukar dipadam dari ingatan bgmn ada di antara kami yg dipanggil setiap mlm oleh senior, dibrainwash supaya tinggalkan usrah 'JIM'. Sangat merah ingatan bgmn ada di antara junior2 kami yg meninggalkan DQ kerana tidak sanggup tersepit dalam dilema..Sukar dilupakan bgmn kami yg 'innocent', ikhlas dlm ikut usrah dan dakwah tiba2 diserang dgn istilah pemecah-belah. Tidak sedikit pun naqib kami mengajar kami memusuhi sesiapa mahupun mempromosi 'JIM', lalu bgmn shbt2 daripada Hizbi boleh melemparkan tuduhan2 yg kami tiada kena mengena. Sgt sakit..ana pernah sehingga mengalirkan airmata..bukan krna taasub ttp kecewa dgn permusuhan yg tdk sepatutnya wujud.. padahal sama2 menghafaz al-Quran.. sama2 cinta pd kebaikan.. hanya kerana kami ikut usrah 'JIM' maka kami layak dipulaukan dan disisihkan..

Tidakmau bercerita panjang.. cukuplah ana katakan permusuhan sesama Islam atas sebab variasi fikrah islami adalah sesuatu yang jahil dan tidak matang. Siapakah musuh sebenar kita? Kenapa mesti wujud perasaan curiga-mencurigai? Kenapa hati kita kotor akibat dari mengikuti gerakan islam? Apakah ini yang kita mau?

Wallahu a'lam.

Sebagai bekas pelajar Darul Quran (DQ) JAKIM, Kuala Bharu, meskipun telah 5 tahun ana meninggalkan DQ, kenangan pertembungan fikrah ini masih basah dalam ingatan. DQ merupakan IPT yang menawarkan program tahfiz beserta diploma pengajian agama, dan juga program berkembar dgn jurusan sains UIA. Spt IPT lain, DQ tidak sunyi dari keaktifan mahasiswanya beraktiviti dan berpersatuan.

Namun, biarpun bergelar huffaz quran, usia yg masih mentah menyebabkan mahasiswanya terjebak dalam ketdakmatangan pada berfikrah dan beraktiviti. Sukar dilupakan bgmn ana yg mengikuti usrah 'JIM' diboikot oleh senior2 dan sbhgn rakan2, dan bgmn sbhgn kami yg memegang jawatan dalam kelab pelajar disingkirkan dari program suaikenal adik2 baru. Sukar dipadam dari ingatan bgmn ada di antara kami yg dipanggil setiap mlm oleh senior, dibrainwash supaya tinggalkan usrah 'JIM'. Sangat merah d ingatan bgmn ada di antara junior2 kami yg meninggalkan DQ kerana tidak sanggup tersepit dalam dilema..Sukar dilupakan bgmn kami yg 'innocent', ikhlas dlm ikut usrah dan dakwah tiba2 diserang dgn istilah pemecah-belah. Tidak sikit pun naqib kami mengajar kami memusuhi sesiapa mahupun mempromosi 'JIM', lalu bgmn shbt2 daripada Hizbi boleh melemparkan tuduhan2 yg kami tiada kena mengena. Sgt sakit..ana pernah sehingga mengalirkan airmata..bukan krna taasub ttp kecewa dgn permusuhan yg tdk sepatutnya wujud.. padahal sama2 menghafaz al-Quran.. sama2 cinta pd kebaikan.. hanya kerana kami ikut usrah 'JIM' maka kami layak dipulaukan dan disisihkan..

rahabiah berkata...

Salam,,

setau saya irc hanya ditubuhkan hujung 70-an. waktu tu pas sudah pun ditendang dari BN. So hujah yg tidak berakal dikemukakan oleh pimpinan jim tu.

pas takde dakwah dan silibus tersusun? siapa kata? silibus dah ada laaaaama dah. lama sebelum abu urwah tulis. malah abu urwah sendiri banyak mencedok dari silibus usrah pas kemudian didakwa dia yg menulisnya. cuma bezanya dulu2 silibus ini tak dicetak dan diedar pada umum tetapi lebih kpd silibus dalaman sahaja. tapi sejak belasan tahun lepas dah mula dicetak pun. tak reti cari ke taknak cari? saya orang lama dalam pas agak terasa dgn statement tuan begitu.

apa kata kalau bro wan ji nak tau bukti dan hujah yg rasional, bro jumpa sifu bro sendiri, us zaharuddin, dan tanya bincang dgn lumat dgn dia. saya dengar dia ada bukti yg lengkap, bukan hanya curiga mencurigai sahaja.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Wan ji tak tahu pape.ko bukan blajar kt malaysia so ko mana paham apa yg berlaku sbnrnya..biasalah ahli pas yg mentah mcm wan ji ni