Rabu, 1 Disember 2010

NAK PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM, TAPI TIDAK CERDIK

PM dan TPM mesti beragama Islam. Itu syarat yang mesti. Tapi, tidak cukup sekadar beragama Islam, jika tidak melakukan keadilan. pemimpin yang zalim, walau beragama islam juga wajib ditentang dan dilawan.

Negara yang diperintah oleh non muslim, tetapi rakyatnya sentiasa melakukan 'Islah' atau pembaik pulih dikalangan mereka, adalah negara yang tidak akan ditimpakan azab oleh Allah.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu [wahai muhammad] membinasakan sesebuah kampung secara zalim, sedangkan ahli kampung sentiasa melakukan islah [pembaik pulih]"

[Surah Hud : 117]

ekoran itu, tidak hairan Imam Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

maksudnya;
"Allah SWT akan membantu negara yang adil, waima ia adalah kafir. Dan tidak akan membantu negara yang zalim, waima ia adalah mukmin"

[Al-Hisbah : 4]

An-Najasyi, seorang raja yang tidak beragama islam, tetapi keadilan yang dilakukannya, menyebabkan nabi SAW memujinya. Ini memberi gambaran, bahawa islam mengakui keadilan, waima dilakukan oleh bukan islam sekalipun.

isunya sekarang, kita sering melaung-laungkan kewajipan seseorang pemimpin negara dari kalangan orang islam, tetapi pemimpin cadangan kita tidak pernah berhikmah dalam memimpin. Ucapannya tidak lebih sekadar retorika, yang rakyat melihatnya dengan penuh "kurang kepercayaan" dan "tidak disiqahi".

Pada saat, rakyat sedang mahu mendengar kenyataan yang bijak, pemimpin yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan berbau kebodohan. Tidak dinafikan, berhikmah bagi seseorang pemimpin bukanlah sesuatu yang wajib mengikut pendapat sebilangan ulama. tetapi adalah salah jika dinafikan bulat-bulat kewajipan berhikmah bagi seseorang pemimpin. Sesuatu fatwa ulama, sudah pasti terkait dengan 'Uruf setempat. JIka uruf menghendaki pemimpin berhikmah adalah wajib, maka menabalkan pemimpin berhikmah adalah wajib.

Di Malaysia di era 8 mac 2008, pemimpin yang berhikmah [bijaksana] adalah satu perkara yang wajib. Ini kerana, keadaan politik kini bukan sekadar mempamerkan perang politik dengan musuh, tetapi mempamerkan 'berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan' dengan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat. ekoran itu, pemimpin berhikmah dan bijaksana adalah satu kewajipan.

Dan lagi, pada saat rakyat meluat dengan kezaliman dan penindasan, pemimpin beragama islam memberi kenyataan berbau sokongan terhadap pemimpin yang zalim. Jika ini berlaku, sampai bila-bila pun pemimpin islam cadangan kita tidak akan diterima rakyat.

peliknya, yang tidak beragama Islam pula komitment dengan keadilan dan melawan kezaliman. Mereka tidak pernah bertoleransi dalam perkara zalim, malahan bertegang leher dalam menentang kezaliman.

Jika keadaan ini yang berlaku, kesalahan ini tidak boleh disalahkan kepada non Muslim, tetapi wajib disalahkan kepada muslim yang tidak bersungguh-sungguh mempamerkan bukti yang meyakinkan rakyat.

Nabi SAW masuk ke Madinah, dilantik jadi pemerintah. Ketika itu, Orang islam tidak sampai 30% pun. Orang bukan islam lebih majoriti. Persoalannya, kenapa orang islam tidak majoriti boleh terlantik nabi SAW sebagai pemerintah? ini melambangkan kebijaksanaan politik, dan bukti keadilan yang diperjuangkan oleh nabi SAW, menyebabkan rakyat melantik nabi, waima rakyat itu ramai yang tidak beragama islam.

sebab itu, apabila kita lihat kejatuhan kerajaan osmaniyyah turki ke tangan Mustafa Kamal Art-Tarturk. Kita tidak boleh sekadar menyalahkan golongan sekular dan yahudi sahaja, kerana mereka sememangnya mempunyai agenda untuk merosakan umat Islam. tetapi yang wajib disalahkan adalah kepada pemimpin beragama Islam, yang dilihat kerusi takhta mereka pun diperbuat dari Emas. Ini boleh dilihat di Muzium Topkapi, Turki. Jika inilah keadaannya, tidak hairan rakyat turki lebih memilih pemimpin sekular berbanding pemimpin yang beragama islam

Lantaran itu, di saat ini, tidak seharusnya kita sekadar mengatakan kewajipan PM atau TPM mesti beragama Islam, tetapi sewajibnya dipamerkan seorang bakal PM dan TPM yang bijaksana dalam mengurus politik, agar rakyat lebih mempercayai kita dalam memerintah Malaysia selepas kejatuhan UMNO dari tampuk kekuasaan putrajaya.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
2 Disember 2010 * 3:26 pagi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju,

Secara realitinya ...
tidak dapat dinafikan fenomena ini sendiri berlaku dalam PAS,
dimana HAJI HADI AWANG gagal memperlihatkan ketokohan beliau mengemudi PAS dan membawa imej PAKATAN RAKYAT.

Saya tak nampak IMEJ pakatan rakyat yang ada pada HAJI HADI AWANG, beliau masih kekal dengan IMEJ PERPADUAN MELAYU ISLAM walaupun tidak bersalahan dengan syariat tetapi itulah persepsi masyarakat terhadap beliau.

HAJI HADI wajar beri laluan kepada pemimpin muda yang jauh lebih berkelayakan bagi memastikan PAS berjaya mendepani KEADAAN.

DIBAWAH KEPIMPINAN HAJI HADI,
PAS kelihatan tenggelam dan terlalu jauh ditinggalkan DAP dan KEADILAN.

Sudah tiba masanya PAS dikemudi oleh nakhoda baru, HADI WAJAR LEPASKAN JAWATAN dan serahkan kepada muka baru yang lebih berwibawa, demi kesinambungan perjuangan PAS dan masa depan ISLAM.

Tanpa Nama berkata...

yes , setuju , haji hadi kena passing org lain tapi bukan nasa , nasa no! mujahid ada , husam ada , abang sabu ada ... pas kena leadkan pakatan , anwar pun tak berapa strong sekarang , zaid pun dah boleh gegarkan anwar so anwar tgh prepare nurul izzah - jadi mujahid , husam , khalid samad , mahfuz , nizar ... dan yang muda2 yg lain yang berpotensi pun banyak ... cepat gantikan haji hadi , dah byk yg bercakap lagu ni ...

Tanpa Nama berkata...

jakim nak panggil mufti bincang perwakilan non muslim baca ayat quran pada kongress pkr ... aduhh apa nak jadi dgn orang agama dan mufti msia ni , dah le ilmu tak tera mana , istinbat pun tak pandai , usul fiqh pun lemah , lps tu buang masa , banyak perkara dan masalah lagi yang perlu fatwa dan hukum ... aduh parah parah - orang cari jalan , mcmana nak dekatkan mereka kepada Islam ... ni dah la paranoid semacam dgn mereka mcm kes nama Allah , kerja dakwah tak buat sangat pun , lps tu jadi alat politik jijik ...