Rabu, 7 Julai 2010

HARUSSANI KATA MALAYSIA NEGARA ISLAM !!

KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara. [utusan Meloya : sila klik]

KOMEN;

Di sini dipaparkan beberapa fakta sejarah;

pertama;

Tunku Abdur rahman berkata pada tahun 1958 dalam Dewan rakyat; "Saya suka menjelaskan bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam sebagaimana difahamkan secara umumnya. Kita Cuma memperuntukan islam hendaklah menjadi agama rasmi" [official Report of Legislative Council Debate, 1958]

kedua;

"Bekas ketua hakim negara, Tun Mohammed Suffian Hashim, Tujuan Islam (menjadi Agama persekutuan) dimasukkan pada awalnya adalah semata-mata untuk upacara misalnya untuk membolehkan doa dibaca diupacara-upacara rasmi, seperti pertabalan yang dipertuan agong, hari kemerdekaan dan lain-lain" [Al-Ahkam : 4/18]

GALERI GAMBAR:

Hadharah Islamiyyah bukan islam hadhari : m.s, 35

Al-Ahkam : 4/18

Al-Ahkam : 4/18




Sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 2:38 Petang

BERITA BERGAMBAR

Bancian sudah bermula, menandakan PRU sudah hampir tiba

mula-mula sumpit, lepas tu guna C4 pula. Kalau dah guna C4, baru ada harapan jadi PM Malaysia


ISTERI PM [ROSMAH MANSOOR] BUKA RESTORAN !!!

(klik untuk besarkan)

NEGARA ISLAM : ANTARA NILAI DAN HUKUM

[1]
Dalam perlembagaan PAS fasal 5 [1] ada menyebut bahawa tujuan PAS adalah, "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" (sila klik)

Dalam perlembagaan PAS ini, disebut "nilai-nilai hidup Islam" dahulu berbanding menyebut "hukum-hukumnya".

secara falsafahnya, Hukum terlahir dari nilai. Hukum wajib terlahir, daripada nilai kebaikan. Hukum haram terlahir, daripada keburukan dan kemudharatan.

Seseorang yang tidak rasuah dan tidak melakukan penyelewengan terhadap harta rakyat, bermakna dia telah mengakui nilai kebaikan yang wujud disebalik larangan Allah dari memakan harta manusia secara batil [lihat surah Al-Baqarah : 188] . Walau lidahnya tidak menyebut "rasuah adalah haram", tetapi tindakannya sudah membuktikan bahawa hati kecilnya sudah mengakui hukum haram rasuah.

Tindakan ini, lebih baik daripada tindakan orang yang menyebut dengan lidahnya bahawa rasuah itu haram, tetapi dalam masa yang sama dia sendiri makan rasuah. Namun, jika dilidahnya mengatakan haram, disamping dia juga tidak mendekati rasuah, maka itu lebih baik lagi.

Jika dibaca Al-Quran, kita akan dapati Allah SWT lebih banyak mendatangkan nilai berbanding menyatakan hukum. Sesuatu itu dinyatakan hukum begitu dan begini adalah dari kaedah usul fiqh yang telah disusun oleh ulama-ulama yang muktabar.

Ulama menyebut bahawa Zina itu haram. Tetapi, jika dibaca dalam Al-Quran, yang disebut oleh Allah adalah "jangan kamu hampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji dan sejahat-jahat jalan" [surah Al-Isra' : 32]

Bermakna, Allah SWT mengemukakan nilai [unsur keburukan yang wujud dalam zina]. Adapun hukum haram zina, diungkap oleh ulama berdasarkan kepada kaedah usul fiqh.

[2]

kita menyeru manusia kepada Islam. kadang-kadang dengan cara mengemukakan hukum, menyebabkan mereka lari meninggalkan kita. tetapi, jika dikemukakan nilai, ia dapat menghampirkan diri mereka kepada kita, malahan mereka boleh mengikuti apa yang kita dakwahkan itu.

Yang paling penting bagi pendakwah adalah, dapat menjauhkan sasaran dari perkara yang haram, dan sasaran dakwah itu dapat menunaikan perkara yang wajib. Walau mereka tidak menyebut "perkara itu haram" dan "perkara ini wajib" sekalipun, tetapi hati kecil mereka sudah akui keburukan yang ada pada benda haram, dan akui kebaikan yang wujud dalam benda wajib, maka itu sudah cukup dii'tiraf sebagai kejayaan dalam dakwah.

[3]

Istilah negara islam merupakan satu slogan. ia mengandungi nilai-nilainya. Yang paling penting adalah, bagaimana nilai-nilai negara islam itu terlaksana. Walau tidak disebut 'negara islam' sekalipun, tetapi rakyat dalam negara itu mengecapi nilai-nilai islam, maka itu sudah cukup untuk menyatakan bahawa negara itu adalah negara islam.

Unsur kasih sayang, tidak rasuah, tidak ada penyelewengan, rakyat hidup dalam harmoni, rakyat dapat mengecapi keadilan dan terhindar dari kezaliman merupakan nilai-nilai bagi sesebuah kerajaan Islam. Apakah mesti menggunakan "Negara islam" atau tidak, maka sekadar slogan sahaja.

jika difahami ini, sudah pasti kita tidak akan menolak kaedah yang menyebut;

الحكم يدور على المسمى لا على الإسم

maksudnya;
"Hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama"

[4]

Jika difahami ini, pasti kita tidak akan terkejut apabila Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab 'Daur Al-Qiyam wa Al-Akhlak fi Al-Iqtisad Al-islami" [m.s : 355] adalah seperti berikut;

Firman Allah;

Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]

[surah hud : 118]

Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi, "makna kezaliman dalam ayat ini adalah syirik, kerana firman Allah dalam surah luqman 13 yg bermaksud, "sesungguhnya syirik adalah kezaliman yg besar".. Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata rakyatnya musyrik. tetapi, rakyat itu akan mendapat keamanan, waima mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka"

Justeru, secara falfasahnya, "dahulukan nilai berbanding hukum. Apabila wujud nilai, maka secara automatik hukum pasti akan dipatuhi".

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
8 Julai 2010 * 3:22 pagi

Selasa, 6 Julai 2010

TOLONG ROYAK GAK ??

"kalau saya buat dialog, saya nak cadangkan tajuk, 'dimana salahnya Islam?'. kalau orang tidak dapat kemukakan Islam ini salah, saya pun tak boleh la nak tinggalkan Islam.. dan kalau awak tinggalkan islam pun tidak betul, kerana awak sendiri tidak dapat kemukakan dimanakah salahnya islam" – Tok guru Nik Abdul Aziz

Isnin, 5 Julai 2010

BUDAYA ANEH ORANG INDIA

HATI-HATI DENGAN HARUSSANI


Teori "pecah perintah" ini memang berkesan untuk menjatuhkan PAS, PKR dan DAP di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dalam PRU ke-11 yang lalu [2004], dilihat Barisan Alternatif menghadapi kekalahan teruk, sehingga PAS terlepas kerajaan terengganu, dan hampir sangat terlepas kerajaan negeri Kelantan yang diperintah sejak 1990 yang lalu. Antara punca pentingnya adalah, apabila DAP 'bertengkar' dengan PAS dalam beberapa isu, sehingga DAP keluar dari Barisan Alternatif [BA].

Justeru, Usaha "pecah perintah" ini, dilakukan oleh UMNO begitu serius sekali. Dilihat, fokus serangan itu tertumpu kepada PKR [khususnya Anwar Ibrahim] dan PAS [khususnya isu melayu].

Tindakan serangan 'pecah perintah' ini, bukan sekadar dilakukan oleh orang-orang UMNO sahaja, malahan digunakan juga golongan-golongan agamawan.

Antara yang dilakukan adalah, menarik pengaruh orang melayu dengan meng'isu'kan golongan ulama terlibat dengan UMNO. Malahan, dimaklumkan bahawa Mufti harussani juga terlibat dalam usaha 'pecah perintah' antara parti-parti pakatan rakyat ini.

Mufti harussani, dilihat agak serius dalam berusaha memecah belahkan kesepakatan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat. Antara tindakan beliau adalah, melakukan fitnah terhadap PAS, agar PAS diragui rakan-rakan dalam PR.

Baru-baru ini, seorang kawan [bekas pimpinan PAS di peringkat kawasan] yang bekerja di Australia telefon. Dia maklumkan, di awal bulan jun lepas, Mufti harussani telah datang ke sana dalam salah satu sessi lawatan beliau.

Di sana, berlaku satu pertemuan antara beliau dengan orang Malaysia yang tinggal di sana dalam satu majlis dialog. Kawan terbabit pun turut hadir.

Dalam sessi majlis dialog itu, dimaklumkan bahawa Mufti Harussani ada menyebut bahawa kononnya beliau didatangi oleh seorang pimpinan PAS bersama seorang peguam di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk berbincang isu perpaduan melayu.

Kelihatan benar sikap jahat Mufti harussani, kerana Kawan itu menyatakan juga bahawa Mufti harussani tidak menyebut nama pimpinan PAS terbabit.

Ada menyatakan, pertemuan itu tidak berlaku langsung, tetapi ia sengaja dicipta oleh Mufti Harussani untuk melakukan "pecah perintah" antara PAS, PKR dan DAP dengan cara melahirkan perasaan ragu antara PKR dan DAP terhadap PAS.

Apabila PAS, PKR dan DAP berpecah, ini memberi ruang besar bagi UMNO/BN untuk menang balik dalam PRU yang tidak lama lagi berkunjung tiba, terutama merampas kerajaan yang diperintah oleh PR, khususnya kedah dan Selangor, dan berusaha mempertahankan kekuasaan kudeta BN di Perak.

Atas alasan itu, tidak hairan Mufti Harussani sengaja melontar isu ini di bulan jun yang baru sahaja lepas, yang ia amat rapat dengan lahirnya beberapa tanda-tanda besar akan berlakunya PRU.

Nampaknya, Mufti Harussani sekarang bukan sekadar seorang yang bergelar mufti, sebaliknya beliau seorang tokoh propagandis UMNO yang cukup hebat, dalam melahirkan pandangan buruk PKR dan DAP terhadap PAS.

Ini tidak hairan, kerana sebelum ini pun, Mufti harussani pernah bekerja sebagai cawangan Khas kementerian dalam negeri [SB : special branch] dari tahun 1964 hingga 1967. [Sila klik]

Kalau ini kerja Mufti harussani, dicadangkan agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Mufti, dan terlibat terus dalam politik sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Jika menang di Dun Perak, beliau ada harapan dilantik sultan, bukan sebagai Mufti lagi, tetapi menteri besar.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
6 julai 2010 * 1:48 pagi

Ahad, 4 Julai 2010

KATA ISLAM, KENAPA UMNO TAK LAKSANA ISLAM?

[1]

UMNO marah kat PAS. Katanya, PAS tak laksana Islam.

Sebenarnya, melaksanakan islam ini bukan tanggungjawab PAS sahaja. Ia tanggungjawab semua orang islam.

UMNO dakwa beragama Islam, bermakna mereka juga wajib laksanakan Islam. tetapi, sejak merdeka, apa yang UMNO lakukan untuk perlaksanaan islam di Malaysia?

Apakah UMNO ini bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA?

[2]

Islam wajib dilaksanakan di Malaysia. Tetapi, reality Malaysia mengamalkan system demokrasi. Justeru, usaha PAS melaksanakan Islam di Malaysia, masih berada dalam kerangka demokrasi.

Demokrasi menekankan suara rakyat. Kalau rakyat mahukan Islam, maka sebagai kerajaan, wajib melaksanakan kehendak rakyat itu.

Makanya, memahamkan rakyat tentang islam adalah perlu. supaya, rakyat mendesak kita supaya melaksanakan islam.

Soalnya, apa yang UMNO buat untuk memahamkan rakyat tentang Islam?

[3]

UMNO desak PAS laksana Islam, walhal dalam parlimen, MP PAS tidak majority. Adapun MP UMNO, lebih majority.

Di Malaysia yang mengamalkan demokrasi, gubal sesuatu undang-undang tertakluk persetujuan majority MP-MP dalam parlimen.

UMNO pula kata, semua MP mereka beragama Islam. kalau betul beragama islam, kenapa MP-MP UMNO tidak gubal undang-undang untuk perlaksanaan islam?

[4]

Islam ini mengajar manusia bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tetapi, di sana wujud beberapa perkara yang ditekankan oleh islam, seperti jauhi rasuah, kezaliman (seperti ISA), penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi.

PAS berusaha perlaksanaan islam yang dilihat ada kesamaan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, seperti menolak rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi.

Soalnya, kenapa UMNO yang mendakwa beragama Islam tidak menghapuskan budaya tidak islam ini? yang adanya, mereka sendiri yang mengamalkan rasuah, kezaliman dan kezaliman ini.

Apakah benar, UMNO itu Islam?

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (b) Sg buloh
5 Julai 2010 * 1:47 Petang

Sabtu, 3 Julai 2010

MASIHKAH KAU INGAT?

(Klik gambar untuk besarkan)


(klik gambar untuk besarkan)

Jumaat, 2 Julai 2010

PRU KE-13 : BERHATI-HATI 'PECAH PERINTAH' BN

[1]

Khalifah osmaniyyah jatuh pada tahun 1924. factor kejatuhan itu, bukan dari sudut serangan musuh sahaja, malahan kesilapan dari sudut khalifah juga tidak boleh dinafikan.

Lihat sahaja apa yang ada di muzium topkapi. Melihat kemewahan golongan atasan, mungkin kita akur punca rakyat memilih Mustafa Kamal Art-tarturk berbanding Khalifah Islam.

Pun begitu, adalah satu perkara yang cukup salah, tanpa kita melihat factor luaran; perancangan menjatuhkan kerajaan osmaniyyah.

[2]

Dalam buku Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah islamiyyah, setebal 1179. Dalam buku itu ada menyatakan, antara factor penting kejatuhan kerajaan osmaniyyah adalah, apabila wujud penyerapan semangat nasionalis.

Semangat nasionalis itu, bukan sekadar nasionalis arab, malahan diserap juga semangat kenegerian, seperti semangat kenegerian mesir, kenegerian Syria, kenegerian Palestine, dan sebagainya.

Apabila semangat kenegerian ini berjaya diserap, maka berlakulah perpecahan, seterusnya hilang kekuatan. Ketika itulah, 'serangan' merampas khalifah osmaniyyah berlaku. Rakyat pula, tidak bersama dengan Khalifah islamiyyah, disebabkan meluat dengan kemewahan pihak atasan.

[3]

keadaan seperti ini tidak mustahil boleh menimpa PR dalam PRU akan datang. Usah bicara soal perebutan kuasa, malahan tidak mustahil dalam PRU akan datang, unsur berebut mahu menjadi calon juga mungkin berlaku.

Jika perkara ini tidak dapat diatasi dengan bijak, memungkinkan wujud 'meluat' dari rakyat. Lebih-lebih lagi, banyak janji PRU lepas, berjaya dilaksanakan tetapi tidak sesempurna yang diharapkan.

[4]

Rata-rata rakyat menyebut, mereka mengundi PR, bukan mengundi PAS, PKR atau DAP. Waima mengundi PAS, mereka menyebut bahawa mengundi PR. Inilah hakikat pandangan umum dikalangan rakyat 'atas pagar' yang tidak mengundi BN.

Ini memberi satu gambaran, kekuatan sesuatu parti itu bukan terletak kepada parti tertentu, tetapi kekuatan itu wujud dengan kebersamaan. Dengan maksud, jika PAS, PKR dan DAP bersatu, maka kekuatan untuk menjatuhkan BN itu wujud.

Dilihat bahawa PAS, PKR dan DAP ini berjaya disatukan atas nama PR. Anwar Ibrahim dilihat sebagai tokoh yang dapat menyejukkan perbedaan fikrah dan idealogi perjuangan antara PAS dan DAP yang diwar-warkan sebagai bercanggah.

Perkara ini, disedari oleh UMNO/BN. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah perlu.

[5]

Bagaimana hendak bunuh anwar?

Sebelum ini dilibatkan isu liwat. Perbicaraannya sehingga hari ini tidak diketahui keputusannya. Susah untuk menjangka, apakah ia berterusan sehingga PRU atau tidak.

Mengikut jangkaan sebilangan pihak, jika kes tuduhan liwat terhadap Anwar ini dilihat kemenangannya kepada Saiful, sudah pasti kes ini akan selesai sebelum PRU, kerana ketika itu Anwar akan merengkok dalam penjara.

Tetapi, jika terbukti bahawa Anwar tidak bersalah, kes ini akan sengaja ditangguhkan sehingga selepas PRU. Ini kerana, kes yang tertangguh ini akan menjadi modal penting dalam PRU akan datang.

Dan terbaru, dikaitkan dengan isu zionis. Anwar Ibrahim ke luar Negara, mengkritik pengistilahan "Zion" yang didakwa yahudi sebagai "tanah air yahudi", sedangkan Anwar menyebut bahawa "zion' bukan bermakna "tanah air", tetapi maksudnya adalah "penjajahan".

Ternyata, kritikan itu mengundang kemurkaan Yahudi di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi sebelum ini, Anwar ada membuat pendedahan tentang keterlibatan kerajaan UMNO/BN dengan sebuah syarikat yahudi (APCO). Ia semakin parah, apabila isu 'bantuan misi kemanusiaan' yang dikhinati Israel, mendapat tentangan dari PR, sedangkan PR dikepalai oleh Anwar.

Jadi, yahudi mula bertindak dengan sentiment kebencian umat Islam terhadap Israel, dengan menggambarkan kononnya wujud hubungan intim antara yahudi dan Anwar Ibrahim. Dan ini, telah disambut hebat oleh UMNO yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel melalui APCO.

Strategi ini, seiras-iras dengan apa yang dilakukan oleh yahudi dalam usaha menjatuhkan kerajaan osmaniyyah, yang disebut sebagai teori "pecah perintah".

Dengan maksud, kekuatan PR akan menjatuhkan BN. Kekuatan PR terletak kepada kebersamaan antara parti-parti dalam PR. Dilihat, Anwar Ibrahim adalah tokoh yang boleh menyejukkan antara kepelbagaian idealogi dalam PR. Justeru, 'membunuh' Anwar adalah penting demi perpecahan PR.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
3 Julai 2010 * 1:13 petang

Khamis, 1 Julai 2010

HATI-HATI MAINAN ORANG POLITIK YANG JAHAT

Semasa Aku belajar di Pakistan. Ada satu tahun itu, Kes rasuah Nawaz Syarif, PM Pakistan sudah terlalu teruk. Semua rakyat Pakistan sedang fokus kepada isu Rasuah yang melibatkan Nawaz Syarif itu.

Tidak semena-mena, terdengar berita 9 orang lelaki Syiah [aliran Ismailiyyah] telah ditembak di salah sebuah masjid syiah, ketika mereka menunaikan solat subuh. Apabila berita itu tersebar, pihak Syiah menuduh yang menembak itu adalah puak-puak Sunni - deobandi. Maka berlakulah perbalahan dua aliran - Syiah dan Sunni - di Pakistan, sehingga kes nawaz syarif tenggelam.

Perbalahan itu membawa beberapa ulama deobandi dibunuh. Antaranya adalah Maulana Ataillah dari Jamiah Farooqiyyah [jamiah tempat aku belajar], kerana ditembak oleh puak-puak Syiah.Dimaklumkan, Maulana Ataillah dibunuh kerana balas dendam puak-puak Syiah terhadap pembunuhan 9 orang dari aliran mereka yang ditembak. Aku juga sempat melihat jenazah Maulana Ataillah yang ditembak itu. Mayatnya hancur dibahagian muka, sehingga sukar mengenalinya lagi.

Namun, siasatan dilakukan. Rupa-rupanya, tindakan menembak orang yang sedang solat di masjid syiah itu, bukan datang dari puak sunni, tetapi dari orang-orang bayaran Nawaz Syarif. akhirnya, Nawaz Syarif dihukum oleh rakyatnya sehinga dikenakan hukuman buang daerah. Dikhabarkan, selepas itu Nawaz Syarif tinggal di arab Saudi.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri indah [b] sg buloh
1 Julai 2010 * 10:09 malam