Ahad, 20 Mac 2011

"KEPIMPINAN ULAMA" DALAM BAHAYA

Kita tidak perlu takut dengan sejarah. Di Malaysia, UMNO cukup takut dengan sejarah. Lagipun,Sejarah tidak pernah menipu.

Dalam buku sejarah telah menyatakan bahawa Dato Asri ditolak dalam muktamar oleh ahli-ahlinya sendiri gara-gara PAS kalah teruk PAS dalam PRU 1982.

Kekalahan ketika itu antara lain selepas PAS bersedia untuk bergabungan dengan Umno. Terbukti, bergabung dengan paksi zalim bukan sahaja tidak menguntungkan Islam, bahkan PAS kian lemah dan berpecah.

PAS ketika itu begitu bernasib baik kerana kelemahan dalamannya pada kala berlakunya revolusi Iran dengan Ayatullah Al-Khomaini sebagai simbol pemimpin spiritual dunia umat Islam.

Implisitnya, PAS mula mempamerkan satu slogan baru, iaitu Kepimpinan Ulama, yang ramai beranggapan terkesan dengan revolusi iran itu.

Kesan dari revolusi iran, ditambah dengan semangat baru di dalam PAS - "Bersama Kepimpinan Ulama" telah merentap turun Dato Asri dari gigi kekuasaan parti. Maka bermula era kepimpinan PAS dalam bentuk yang baru.

ERA KERAJAAN PERPADUAN

Idea "Kerajaan Perpaduan" yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang walaupun atas niat yang baik, namun terus dipertikai oleh banyak pihak sehingga kini.

Bagaimanapun idea tersebut kuat didokong ahli-ahli PAS dalam jalur pro-Dewan Ulama.

Namun, ulama utama PAS, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilihat menentang keras terhadap idea dokongan Dewan Ulama PAS tersebut.

Idea itu seakan memberi kekecamukan dalam gerakan PAS. Ia adalah kegoncangan yang bukan sekadar berlaku dalam gelas, bahkan ia sudah menjadi ombak ganas yang melahirkan satu tsunami sepertimana berlaku di jepun baru-baru ini.

Dengan idea itu, secara terang-terangan kedudukan PAS bergelombang ombak. Bermula dari kepimpinan tertinggi sehingga ahli bawahan, PAS sudah dilihat tidak bersatu. Ahli-ahli PAS sudah mula ragu meragui antara satu dengan yang lain, waima sebelum Idea ini dicadangkan, keadaan seperti ini tidak pernah terjadi.

Dalam ribut pemikiran yang bermusim-musim ini, Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa yang dalam nada yang tenang terang-terangan menganggap idea kerajaan perpaduan akan berjaya, waima pada tahap awalan ini mungkin berhadapan dengan kesusahan.

Dengan bertali leher berwarna kuning, juga diapit oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris ahmad dan "penasihat peribadi Nasa" saudara Suwardi, ungkapan sebegini diluahkan oleh Timbalan Presiden PAS itu dalam satu majlis pelancaran buku natrah, yang menampilkan kehadiran Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yasin.

Ungkapan dari kenyataan itu, ternyata menjadikan air tasik PAS yang sedang tenang, sekali lagi bergolak seperti ada buaya darat yang terjun mengejut, mahu mengegarkan ikan-ikan yang sedang tenang mencari makan seperti biasa.

MUKTAMAR PAS

Pada awal kemenangan PAS, PKR dan DAP dalam PRU 8 mac 2008 lalu, berlaku pertemuan sulit atas nama muzakarah. Walau dinafikan diperingkat awal, ternyata ia terbukti wujud, iaitu setelah pengakuan dari Presiden PAS sendiri ekoran kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengakui wujud pertemuan sulit terbabit sebanyak tiga kali.

Lebih menarik sebelum itu, Mahfuz Omar yang ketika itu berjawatan Ketua Penerangan PAS diarahkan pula mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada pertemuan sulit dgn UMNO; walhal terbukti selepas itu wujudnya pertemuan terbabit. [sila rujuk blog Dato Mahfuz Omar]

Bagaimanapun selepas itu, idea UG dilontarkan kepada khalayak awam lalu disambut hanya parti UMNO sahaja, sedang PKR dan DAP tidak tahu menahu tentang hal itu [?]

Keadaan itu, sudah pasti dengan idea kerajaan perpaduan itu melahirkan keraguan. Walau didakwa ia adalah kerajaan tanpa pembangkang, tetapi ia tetap dianggap sebagai agenda gabung PAS - UMNO.

Kondisi ini sekali lagi mengheret PAS ke lembah keributan yang dasyat, lebih dasyat dari pusingan air dalam cangkir politik PAS era 1970an dan 1980an.

Kekecohan tersebut berlanjutan sehingga berlaku muktamar PAS.

Pada tahun pemilihan itu, disaat-saat hampir dengan pemilihan, Presiden PAS telah menarik balik idea terbabit dengan alasan bahawa ahli PAS tidak faham. Namun, setelah keputusan diisytiharkan bahawa Nasaruddin Mat Isa yang merupakan pendokong tegar idea ini menang, menyedihkan ungkapan kerajaan perpaduan bergema dalam majlis ceramah di stadium Shah alam.

Ternyata, ungkapan kerajaan perpaduan itu mengundang murka Mursyidul Am PAS, menyebabkan Tuan Guru Nik abdul aziz telah melebelkan idea kerajaan perpaduan sebagai "mengarut" dan "boneka UMNO" pada malam itu juga, iaitu dalam ucapan terakhir dalam malam ceramah tersebut.

Makanya, pergolakan terus menerus berlaku. Berlaku tutup dan buka, tutup dan buka sehingga ia menjadi luka yang pulih, tapi berdarah kembali. Walaubagaimana pun, syukur pada ilahi, kerana ternyata ia sudah ditutup sehingga dimarahi bagi sesiapa sahaja yang membukanya kembali.

PRK SERING KALAH

Semenjak dua ini, banyak berlaku PRK di DUN-DUN yang melibatkan PAS bertanding. Sedihnya, setiap kali PRK, PAS sukar mengekalkan jumlah undi dalam PRU lepas, disamping UMNO berjaya merampas beberapa kerusi yang PAS menangi dalam PRU lepas.

Keadaan ini, mengundang pelbagai persepsi. Ada pihak mengatakan, ia hanya terkesan pada PAS sahaja. Ada pihak lain pula mengatakan, ia merupakan kesan buruk kepada PR itu sendiri.

Ada pihak lain pula menyatakan, perkembangan politik hari ini, memperlihatkan kelemahan amat berlaku pada PAS dan PKR. PAS dengan kekalahan yang menimpa, dan PKR dengan isu lompat parti, memberikan satu situasi politik yang memustahilkan pada tanggapan umum bahawa UMNO/BN akan gugur dari tampuk takhta putrajaya.

Jika keadaan ini terus berlaku, sudah pasti memberi kesan kepada keputusan PRU akan datang. Dengan itu, ia memberi kesan buruk pada keputusan pemilihan dalam muktamar PAS selepas dari PRU tersebut.

Jadi, nyata bahawa kemenangan beberapa tokoh bergelar ulama dalam muktamar kali ini memberi impak bahaya. Ia adalah kerana, keputusan PRU yang bakal tidak lama lagi akan berkunjung tiba ini, akan menjadi point terbaik dalam menentukan keputusan muktamar selepas dari itu. Iaitu, tidak hairan sejarah seperti kejatuhan Dato Asri akan berulang kembali.

Sekian

Wallahu 'Alam.

13 ulasan:

hussin berkata...

testing

hussin berkata...

pra pru 12, pas mengadakan 'tahaluf siasi' (kerjasama) dengan pkr dan dap. selepas sahaja pru 12, pas menghantar wakil ke pulau pinang, perak dan selangor bagi membincangkan penubuhan kerajaan pr bagi ketiga2 negeri.

wakil pas ke pulau pinang bertemu dap, wakil pas ke perak bertemu pkr dan dap, manakala wakil pas ke selangor bertemu umno! ini penjelasan timbalan presiden, nasharudin mat isa (yang di dahinya tertulis "tok guru (nik aziz) is not pas"), bagi membenarkan "pertemuan dalam gelap" dan "kerajaan perpaduan" yang sangat digemari segelintir pemimpin ulama, termasuk cikgu pa (majoriti dari pas terengganu).

ke pulau pinang dan perak menepati 'tahaluf siasi', ke selangor, songsang 'tahaluf siasi'. inilah barangkali yang menyebabkan ustaz yahya osman berkata dalam pas ada "ulama penipu"? bukan senang bagi beliau untuk meluahkan kepahitan sebegini.

ahli2 pas sedang dan akan mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan, kawasan serta dewan bagi muktamar pada jun nanti. sejauh mana ahli2 pas berbekalkan dengan maklumat tepat dan bukan sekadar memenuhi korum serta menjamu selera akan terbukti dengan keptusan pencalonan saf kepimpinan bagi muktamar nanti.

selain dari "ulama penipu" ini terdapat juga segelintir pemimpin pas yang gemarkan kondom "playsafe". dia lebih selesa menjadi "messenger" di antara jalan raja laut dengan kota bharu selepas tgna mencadangkan muktamar khas. pemimpin sub standard sebegini tidak diperlukan oleh pas!

ahli2 pas perlu "menerajang badai" bagi memastikan pas "move forward" "menuju pas baru". pendokong "menerajang badai" adalah kalangan yang bimbang kehilangan kedudukan dalam parti lebih dari kepentingan parti. salah seorang darinya adalah yang berjumpa dengan ustaz yahya osman supaya tgna haramkan buku nujahid "menuju pas baru" kepada ahli2 pas.

mereka sanggup menjual wala' kepada ahli2 dengan mereka sendiri bertindak sebaliknya. timbalan mursyidul am adalah sebaik contoh.

wallahu'alam.

puakPas berkata...

gapa pula ni? "kepimpinan ulama dalam bahaya"?.
Gapa dia muga "kepimpinan ulama" ni?.
Brother!
aku penyokong kuat TGNA dan menentang keras UG.
Tapi kawe nak tanya demo,
"gapa dia ijtihad siasi".
"adakah kepimpinan tertinggi parti tidak berhak mengemukakan cadangan untuk diperbincangkan / diperdebatkan oleh ahli parti?",
"adakah ahli PAS melantik TGHH sebagai presiden parti merupakan tindakan yang tidak tepat dan salah?".
"adakah TGHH tidak layak bercanggah pendapat dengan TGNA dalam strategi politik"?.
"apakah peranan presiden PAS dan majlis syura PAS".
Persoalan ini menyebabkan aku menghormati TGNA dan TGHH. Bahkan aku akan penyokong kuat TGHH untuk mengantikan TGNA sebagai mursyid am. Kalau aku ada kuasa magik, aku akan jadikan TGHH sebagai Tim. Mursyid am.
Ketika inilah aku belajar mentaati pimpinan, walaupun banyak perkara bertentangan dengan kehendak aku.
Menyerang Ust. Nasa merupakan suatu yang tidak tepat, kerana beliau adalah timbalan Presiden kpd TGHH, setiap tindakannya mesti mendapat restu TGHH.
Menentang Dewan Ulamak PAS, merupakan suatu kerja bodoh, kerana dewan ini mempunyai fungsi tersendiri dalam Parti.
Yang terbaik untuk kau adalah perbanyakkan kajian mengenai teori-teori politik Islam (siasah syarieyah).

hussein berkata...

"Kepimpinan Ulamak" tidak ada masaalah.Yang jadi masaalah besarnya ialah tafsirannya.Semasa Allahyarham Tuan Hj.Yussuf Rawa jadi Presiden PAS,beliau memula dan mempopulerkan konsep "Kepimpinan Ulamak" ini.Yang beliau maksudkan dengan konsep ini,terdapat dalam organisasi PAS sebuah majlis ulamak(yang kemudiannya disebut Majlis Syura Ulamak) yang mengawas dan memantau perjalanan dan keputusan-keputusan parti,sejajar dengan AlQuran dan Hadith.Dalam erti kata lain semua perjalanan dan keputusan parti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.Kaedah ini yang diamalkan diIran.
Malangnya,malang seribu kali malang, ramai ulamak dalam PAS tak faham tafsiran ini.Ramai yang berpendapat,ulamak wajar jadi Presiden,Tim.Presiden,Menteri Besar dan lain-lain jawatan tinggi.Akibatnya,Majlis Syura Ulamak juga sudah dimanupulasi sehingga kreiteria-kreiteria yang tercatit dalam Perlembagaan PAS untuk duduk dalam Majlis Syura Ulamak juga sudah diketepikan diabaikan.Sepatutnta Majlis Syura Ulamak itu wajar bebas,tidak berat sebelah,tidak punya kepentingan peribadi dan punya kelayakan dan kewibawaan yang cemerlang.Bak kata Inggeris "not any Tom,Dick and Harry".
Ulamak yang buta ilmu pentadbiran dan tanpa sebarang ilmu profesional pulak ramai nak jadi pentadbir.Mentang-mentang ada slogan "Kepimpinan Ulamak" ahli-ahli biasa ditarbiah untuk memilih "ulamak" jadi pemimpin.Inilah masaalah besar PAS yang menyalahi petitih Melayu: Yang pekak membakar meriam,yang kurap memikul rebung, yang buta menghembus lesong dan yang tepok menhalau ayam".Tidak dinafikan,ada juga ulamak yang berkebolehan untuk mentadbir dan berjaya seperti TGNA,soalnya berapa orang yang begini?Delima inilah yang wajar diatasi oleh PAS pada Muktamar akan datang.

Tanpa Nama berkata...

colako bonar ekau wanji.tak habis2 laei ekau nak porak porando kan PAS.ekau ni babi ko anjing.?tumpuan bukan pado umno utk tumbangkan rejim yahudi? bilo ekau mengajar ket mutaqim ?den nak ludah muko ekau dgn kahak biru.sial punyo ustak mengaji ket bakistan tak habis tak sampai pun limo tahun...ekau n the geng jo sakang duk sorang kepimpinanan ulama'org duk tumpu sarawak dan dan nak tumbangkan umno ekau sibuk duk hentam...memang celako lah ekau.

wan ji celako berkata...

Alahai hussin si tua bodoh ni,hujah samo jo ekau duk main kan? kenapo lah org macam ekau ni masih duk dalam PAS?kenapo lah ekau ni bernamo manusia?kn lobih bagus ekau jadi babi.sobab babi tk lawan Allah,wan ji.ekau jgn terkejut dalam tordekat ini ado org meludah ket muko ekau.Den lamo bonar bersabar dgn blog ekau.den tak pornah komen,kali ni den tekad den jupo ekau den akn kasi kahak biru ..hakhakhakh putihhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

wanji ,
teruskan wacana ilmiah anda ,perdulikan apa komen orang !! jangan kita wala'menkhinzir buta "

Harus di ingat semua kita samada pemimpin atasan yg bernama ulama atau professional atau ahli biasa PAS,bahawa KITA NI tidak maksum !!
Kita manusia biasa yg ada kelemahan ...

Jgn layan komen -komen bodoh yg doksekolah tuu .

TulaPASal berkata...

Apa point anta sebenarnya dalam artikel ni? Menyindir ke betul tersurat?

Pointnya dlm para terakhir tetapi mengelirukan.

matantiug berkata...

Sokong Tanpa Nama 5.43pm,
Berhujah dalam blog menggunakan fakta dan bahasa,bukan nak guna kahak warna biru.Yang tak reti nak berbahath cuma pandai nak kahakkan orang aje adalah spisis yang baru datang dari Planet of the Apes.Dia tak pandai nak berhujah sebab terlalu lama duduk bawah tempurung,tak tahu apa yang sudah berlaku,tak percaya pulak cakap orang dan wala membabi buta pulak.Inilah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

ALah, org yg komen kat atas ni semuanya org yg sama. saje nk timbulkan pro kon. bijak wanji.

ada nama berkata...

org yg bijak cam ni la patut jd pimpinan kita. Pas Kawasan Subang patut calon nama wan ji ganti Nasrudin Tantawi. Tentu hebat seluruh pemuda Pas Malaysia.Hidup mu wan ji. Karang mu tahu le, puak yg marah mu tu banyak kahak biru dlm tubuh demo...warna kerajaan pepaduang le tu.

hussin berkata...

wan ji celako,

"kenapo lah ekau ni bernamo manusia?kn lobih bagus ekau jadi babi.sobab babi tk lawan Allah."

1. bermula dengan celako, diikuti dengan babi. tak tahu pulak begini cara 'manusia' yang taatkan Allah? begini hebat pejuang islam?

2. aku ulang untuk manusia faham, ia bukan untuk babi. jauh sekali aku spesis babi.

3. tolong hujah balik ketidak persetujuan ko dengan hujah yang aku ulang2 tu, boleh. hanya manusia yang dianugerah Allah dengan akal mampu membenar atau menidak hujah aku. dan babi sudah tentu tidak mampu berbuat demikian.

3. ko orang yang taat pada Allah, apakah membelakangi 'tahaluf siasi' itu amalan islami?

4. mencelakokan orang, membabikan orang itu islamikah? jangan semudah itu melabel orang nanti label itu pulang kepada diri sendiri.

5. aku tidak menghina ulama. aku juga akur bahawa ulama itu pewaris nabi. yang aku tegur adalah kepimpinan yang ditunjukkan. jika rasa diri itu ulama bertindaklah sewajarnya bagi menjaga status ulama.

6. membabikaqn aku kerana bertindak tanpa maklumat. membabikan aku kerana wala' yang keterlaluan sehingga tidak boleh berasional lagi. minda sudah kematu.
puakPas kata:

"Menyerang Ust. Nasa merupakan suatu yang tidak tepat, kerana beliau adalah timbalan Presiden kpd TGHH, setiap tindakannya mesti mendapat restu TGHH."

1. mengguna analogi sdra, menyokong bahawa apa yang nasha buat adalah mendapat restu presiden, bererti, presiden bersetuju dengan tindak tanduk nasha, hatta membelakangi 'tahaluf siasi' kononnya strategi.

2. ini bererti membelakangi 'tahaluf siasi' itu direstui presiden! jika ini benar, maka ia dilakukan kerana menggunapakai nasihat pihak luar. orang yang tidak ada kena mengena dengan pas, tetapi sangat sayang pada umno. justeru berlaku "pertemuan dalam gelap" kerana nak selamatkan paklah. dengan kata lain kepimpinan pas telah terperangkap dengan kelicikan perangsaraf pihak ketiga. justeru yang terlibat dalam "pertemuan dalam gelap" itu adalah presiden, nasha dan mustafa ali. perlantikan mustafa ali sebagai setiausaha agung ada kaitan dengan "pertemuan dalam gelap".

3. tindakan2 ini telah mencalar pas. sekali gus kepimpinan ulama kerana tidak hati2 dalam bertindak dan mudah termakan nasihat pihak ketiga tanpa memahami bahawa pihak ketiga mempunyai agenda sendiri. pihak ketiga tidak peduli apa jadi pada pas. malah kehancuran pas itulah agenda utama, bukan menyelamatkan paklah kerana perjuangan pas jelas menentang umno. yang penting umno selamat. ingat, "pertemuan dalam gelap" berlaku selepas tsunami 308.

wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

terlalu banyak kesalahan fakta dan pembawaan isu dgn cara yg salah. terlalu tidak ilmiah tulisan tuan kali ni.. nampak sangat ada agendanya.. maaf.. tulisan ini layak diletakkan di bakul sampah dari menjadi penulisan sejarah yg diselewengkan.