Khamis, 10 Mac 2011

KUALITI DAN PERCUMA

Dalam kehidupan ini, kualiti adalah perkara penting. Orang yang berkualiti, akan dinilai mulia di mata-mata manusia, juga dari pandangan tuhan. Orang yang berkualiti adalah orang yang berinovasi, orang yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Dalam al-Quran, Allah memperkenalkan orang yang berkualiti ini dengan pelbagai nama. Antaranya, muhisinin, muttaqin, mukminin dan banyak lagi. Yang pastinya, kualiti adalah perkara yang cukup ditekankan oleh Islam.

pendidikan percuma atau tidak, ia bukan soal penting. Yang paling penting adalah, apakah pendidikan yang dapat diberikan kepada rakyat malaysia itu berkualiti atau tidak.

Secara fitrah, sesuatu yang berkualiti tidak akan tercapai kecuali melaksanakan beberapa tindakan. Antara yang paling asas adalah saingan. Apabila wujud saingan, maka wujud inovasi. Ini kerana, orang yang bersaing, pasti akan melakukan penciptaan atau tindakan yang dapat melebihi orang yang dia bersaing.

Seorang pengeluar handphone Nokia, pasti akan sentiasa mengeluarkan produk2 yang terkini dan unik, disamping dapat memberikan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Keadaan ini berlaku kerana, ia terpaksa bersaing dengan beberapa syarikat handphone yang lain seperti soni aricson, toshiba, blackberry dan sebagainya.

Secara umumnya, Islam memandang saingan ini satu perkara yang dilihat secara positif. "berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan", kata Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 148

masakan Allah menolak, jika sesuatu itu boleh melahirkan keuntungan kepada umat itu sendiri. ekoran itu, ia amat dipentingkan dalam Islam.

kualiti pula, ia boleh tercapai sama ada secara percuma atau tidak. Tetapi, sekiranya dengan percuma, maka ia melahirkan kualiti, maka itu adalah yang terbaik. tidak ada faedahnya kita mendapat pendidikan percuma, jika ia tidak mendatangkan kualiti.

Mengikut kebiasaannya, manusia amat terikat kepada nilai kebendaan. Dengan asas kebendaan itu, menyebabkan mereka akan memberikan produk yang terbaik bagi memastikan nilai kebendaan itu sentiasa mereka tercapai.

kehendak kebendaan ini diasuh oleh islam dengan nilai kebajikan. Ekoran itu, Islam mewajibkan zakat dan sedekah. Orang yang bersedekah bermakna orang itu mempunyai nilai-nilai kebajikan pada dirinya. Orang yang kedekut, sudah kelihatan nilai kebendaan telah menguasai dirinya.

Nilai ini tidak salah dari sudut hukum, tetapi salah dari sudut etika. Tetapi, jika nilai kebendaan itu sudah sampai tahap menafikan hak manusia lain, maka ia bukan isu etika lagi, tetapi ia sudah jadi perbincangan hukum, malahan ia wajib ditentang dan di lawan.

Dalam Islam, diklasifikasikan sebagai melanggar hukum bagi mereka yang tidak melakukan sedekah yang wajib [disebut sebagai zakat]. Keberadaan mereka ini, bukan sekadar salah, malahan ia boleh ditentang.

Jadi, nilai-nilai kebajikan ini wajar dipupuk, malahan ia dituntut oleh Islam akan dipupuk. Sekiranya nilai kebajikan ini berjaya dipupuk, tidak mustahil percuma dan kualiti akan tercapai. Tetapi jika sebaliknya, kemungkinan kualiti boleh tercapai, tetapi bukan dengan percuma, sebaliknya berbayar.

Sekian..

Wallahu 'Alam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.malaysiakini.com/news/158332

tulisan ttg politik kepartian. mungkin ustaz boleh baca, dan beri komen...
kalau perlu, kirim komen ustaz ke malaysiakini juga.

Tanpa Nama berkata...

Salam, harap Ustaz dapat berikan komen terhadap tulisan dilink berikut : http://www.malaysiakini.com/news/158332
TKasih