Isnin, 16 Mei 2011

BENTUK TUDUHAN QAZAF

seorang komentar "tanpa nama" menyatakan;

qazaf tuduh orang berzina.. eskay tak tuduh anwar berzina.. cuba perhati baik2.. dia kata anwar ada dalam video tu. itu sahaja.. mana ada kena qazaf gitu.. ingat kot cerdik.. rupanya tak reti hukum. emosi je lebih.. balik pakistan belajar lagilah weii 

JAWAPAN;

Dalam kitab "qanun jinayah syariyyah" tulisan bekas mufti sabah, Tuan Haji Said Ibrahim menyatakan bahawa, bentuk tuduhan yang boleh dikenakan hudud qazaf terbahagi kepada tiga cara, iaitu;

[1] tuduhan itu dibuat secara nyata dan terang. Ia sama ada dengan lontaran tuduhan secara terus seperti berkata, "Wahai penzina", atau menerusi penafian keturunan, seperti berkata, "wahai anak zina".

[2] tuduhan dibuat berbentuk kinayah [qiasan]. Iaitu menggunakaan perkataan yang tidak jelas, tetapi boleh membawa erti zina. keadaan ini, tertakluk kepada tafsiran kalimah berdasarkan uruf setempat dan masa. Seperti berkata, "wahai orang yang melakukan perbuatan terkeji"

[3] Tuduhan itu berbentuk "Ta'ridh" [sindiran]. Iaitu menggunakan perkataan yang tidak jelas, yang ia boleh diertikan selain zina. Seperti seseorang itu berkata, "isterimu sudah dikacau orang". [Qanun Jinayah Syariyyah : 60 - 61]

6 ulasan:

baginda® berkata...

yang peliknye kenapa anon tu pertahankan eskay? ada pape ker? haha

mat berkata...

tanpa nama tu memang bangag.

Abu Nafis berkata...

kadang pelik manusia, cakap macam akal letak kat kepala lutut. Video tu tentang apa? tentang perlakuan seks. dalam bahasa lainnya video zina la....

Tanpa Nama berkata...

Then, siapakah pelaku sex tersebut? Tuduhan telah dilemparkan, tiadakah usaha tertuduh dalam menafikannya? Damage has been done..with or without saksi, video tersebut yg mendedahkan perlakuan tersebut. Ketulenan telah disahkan. Apa ikhtiar yg telah diambil oleh yg tertuduh?

sokongpr berkata...

memang pelaku sex itu paling bangang dalam dunia kerana tak ambil pot akan alat rakaman yang ada dalam bilek itu.

Adakah Anwar sebangang itu?

Tanpa Nama berkata...

usaha dan tanggungjawab utk membawa saksi dan bukti terletak pada yg menuduh bukan yg tertuduh. Salurannya mestilah mahkamah syariah, apa la bangang sgt "tanpa nama" di atas ni...oh ye, pemerintah belum buat lagi undang-undang ni di mahkamah syariah, tu lah pasal... lain kali lantik yg cerdik agama yg mengikut al quran dan sunnah sbg pemerintah...