Dekat-dekat PRU ni, banyak perkara kena berhati-hati. UMNO dan BN akan buat sebarang tindakan untuk memastikan mereka boleh pertahankan kuasa. Sama ada secara baik, mahupun secara jahat.
Tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar Ibrahim merupakan strategi yang dianggap ampuh. Ia strategi warisan dari Tun Dr Mahathir dalam dunia politik beliau.
Perkembangan beberapa pimpinan dan ahli PKR yang kononnya hampa dengan Anwar Ibrahim digunakan sepenuhnya oleh UMNO dan BN. Bermula mereka keluar PKR, sehingga mula menyerang ketika berada di luar PKR. menyerang individu Anwar Ibrahim menjadi rutin mereka, tidak ketinggalan Isteri Anwar, iaitu Wan Azizah.
Baru-baru ini, tersebar satu surat terbuka tulisan dari seorang penulis yang bernama Wan Nasuha wan Hassan. Tulisan yang mengandungi bahasa dan pendedahan yang kelihatan positif, tetapi maksud yang tersirat cukup negatif.
Ramai yang tidak tahu siapa penulis tersebut. Sebenarnya tulisan itu tersembunyi seribu satu strategi halus untuk memecah belahkan kebersamaan antara PKR dan PAS. Yang paling penting untuk diambil perhatian adalah dikhabarkan bahawa penulis Wan Nasuha Wan Hasan itu adalah Dato Salehuddin Hashim, iaitu bekas Setiausaha Agong PKR yang keluar PKR kerana tak dapat jadi CEO dalam salah satu GLC Negeri Selangor.
Berhati-hati dengan nama itu...
baca sama:
Pembaca Harakahdaily.net mahu Azizah sumpah laknat [Utusan]
2 ulasan:
Brother tu kata dah lama berenti. Betul ke ni beb? Ke fitnah aja? Kalau tak betul jangan sembang, nanti org tak percaya kita lagi..
Saya tak mengenali Wan Nasuha dan juga tak mengenali Salehuddin Hashim. Tujuan saya menulis adalah untuk merakamkan rasa hairan dan pelik saya atas sikap kolot dan kuno tuanpunya blog. Apalah perlunya untuk kita takut siapa penyampai mesej? Yang lebih mustahak adalah mesej itu sendiri yang perlu dinilai. Kalau setuju dengan apa yang disampaikan dalam sesuatu mesej itu, terangkan kenapa. Kalau tak setuju, berikan hujjah-hujjah kenapa tak setuju. Dengan sedemikian pemikiran kita akan berkembang. Identiti orang yg menyampaikan sesuatu mesej bukanlah satu faktor yang teramat mustahak hingga membenam keperluan untuk melihat mesej itu sendiri. Di sini jelas mentaliti orang yg menyokong pembangkang dua kali lima dgn puak penyokong kerajaan. Kolot dan tak progresif! Reformasi dan pembaharuan apa yang hendak dibawa jika sikap tak ubah seperti orang Umno yang kononnya hendak diganti?
Catat Ulasan