Khamis, 19 Mei 2011

Gabungan Pas Dan Umno - Fauwaz [anak Ustaz Fadzil Noor]


Ini satu artikle dari Anak Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Aku mengenali beliau dari jauh sahaja, tetapi mengenali abangnya dengan agak rapat juga. 

Aku pernah bersalaman dengan Fauwaz walau tidak pernah bersembang dan berbual dengan beliau. Kami bersua muka semasa pergi ke Iskandariyyah, Mesir untuk mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ulama sufi yang mahir dalam ilmu hadis, iaitu Syaikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani. Dalam pertemuan dengan Syaikh itu, Fauwaz kelihatan bercakap dan bertanya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Sufi.

Beliau ada tulis satu artikle yang agak mengejutkan juga. Ini kerana, beliau amat jarang berbicara tentang politik, tetapi artikle ini beliau amat berkaitan rapat dengan politik.

artiklenya boleh diklik di sini, tetapi di sini dipaparkan artikle beliau seperti berikut;

Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu.

Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam.

Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain.
Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah. 

Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita.

Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam.

Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita. Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno.

Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama.
Fauwaz Fadzil Noor.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak bersatu ngan bn/umno/apco pii!!lah mabok.demi islam dan bangsa kami tak kebuloq.

Tanpa Nama berkata...

Satu contoh akhlak mulia yg diwarisi...

tok ayah berkata...

tang ni aku sangat tak setuju ngan anak fadil nor nie.....
dia kena pi berguru dulu kat Tgna......
pasai apa Tgna sangat sangat meluat ngan grombolan terutama umphorno???....
fauwaz nie kena matang sikit.....
budak baru belajaq.......hijau lagi

puakPas berkata...

aku hairan masih ada lagi manusia yang nak bercakap mengenai tajuk paling tolol "kerajaan campuran.
namun si al-bakistani kata orang yang tulis mengenai ijtihad itu, ijtihad ini, atau maqasid itu dan maqasid ini adalah anak fadzil nor, aku terus terang kata, ada apa pada anak fadzil nor, apa hebatnya anak fadzil nor, yang dilantik sebagai presiden PAS (matan) adalah fadzil nor bukan bini atau cucu fadzil nor.
poraaaah

Tanpa Nama berkata...

tulisan budak mentah lagi tu

cikmatgelap berkata...

apakah org pas nak redha dgn kekejaman dan kefasikan yg di lakukan oleh umno....redha ke hj hadi dgn kezaliman yg di lakukan oleh umno pada anuar....ust wan ji pun redha ke

Cikli berkata...

betul, kita perlu melupakan kisah-kisah lama. kita perlu tengok apa yang ada pada hari ini. dan hari ini mereka masih kuat bergelumang dengan segala bentuk rasuah.

cikmatgelap berkata...

anak ustaz fadhil tu bukan org politik......klu minat sangat kat UG tu....masuk umno je le....mcm anak mantan mufti perlis tu....ulamak muda

Tanpa Nama berkata...

salam..
aku kenai la u.fawwaz ni,aku dan dengan dia kat mesir lama gak,dan bagi aku,dia tak layak untuk ulas tentang politik PAS sebab dia memang tak mau orang kenai dia sebagai anak president PAS.
Dia nak jadi macam Aziz Bari..
Aku sokong idea gabung nih waktu zaman paklah jah,tapi kalu lepaih tu,aku cukup2 tak setuju...
Pak lah bukan macam Najib antatuya..
Jadi buat Fawwaz..jadilah taasub dengan Dr Al-Qardawi..tapi jangan dok sembang tentang Pas ..ok..

Tanpa Nama berkata...

Fawwaz, tulisan kamu menyerlahkan kedangkalan... bodoh pun ada. Kesian Ust Fadhil Noor

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan isu redha ke ta redha ya akhi cikmagelap dan yang sefikrah dengan ny tapi kita mesti melihat di dalam kontek sejarah dan shiyasah...telah terbukti setakat yang ana maklum UMNO tidak pernah ikhlas dan bergerak kearah perpaduan ummah dan PAS sebagai sebuag parti yang konsisten di dalam manhaj dan maqassid islamnya tidak seharusnya tertipu lebih dari 2 kali di lubang yang sama -lubang perpaduan kununya...justeru seruan dan wawasan - PAS ganti UMNO adalah lebih relevan untuk kita berkerja kearah menrealisasikannya bersama-sama dengan PR dan jangan buang masa usaha kearah na PAS UMNO perlu duduk semeja...wallahu`alam

Tanpa Nama berkata...

Hang pa kutuk dia mcm hang pa matang. Ingat DAP nak bagi hang pa buat daulah Islamiah ke? Porahhh. Belum menang masing2 kontrol nafsu lah. Dah menang, hang pa ingat puak2 PKR yang kaki perempuan redho ke nak kena hukum rejam? Angan2 DAP n PKR nak buat Islam? Kesian

Tanpa Nama berkata...

Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (Islam). Dan janganlah kamu bercerai-berai.

tungkaran hati.blogspot berkata...

Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
1.Lepas PRU 11.PAS dilanyak oleh UMNO,SEK agama rakyat ditarik bantuan,mati kebulur,PAS nak diharamkan ,Pas buat ceramah FRU kepung,dijirus dgn air gatal,= Bom asp,pedih mata dan gatal bagi org yang pergi dengar ceramah PAS,ADA AHLI pas DISUMBAT DLM Kemunting kem dituduh terlibat dlm KMM,dituduh pemecah belah masyarakat,Amanah Hj Hadi dimainkan dlm radio &TV ,banyak lagi klau nak sebut......sedih tersangat sedih apa yang UMNO buat dekat PAS dan pengikut-pengikutny
2.Lepas PRU,UMNO hampir tersungkur,TAJA IDE KERAJAAN PERPADUAN.UTK LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN pas,BERLAKU KEADAAN TIDAK HARMONI DLM pas,PULA TU DIBESAR-BESARKAN GOLONGAN ULAMA DAN TIDAK ULAMA
3.Lepas PRU 13,kita tengok kalau UMNO menang besar seperti Zaman PAKLAH 2004,saya yakin UMNO tidak akan pandang sebelah matapun pada pas,pada waktu itu UMNO akan panggil pas SBG pis spt panggilan yang dibuat oleh MAHATHIR Dulu
4.Tak LAMA LAGI KITA BOLEH LIHAT,KALAU PANJANG UMUR,insyaalah.

Tanpa Nama berkata...

tu pandangan dia.. yg dok kutuk dia btpa... hubungan dia dgn Allah hampa tau ka mcm mana..