Isnin, 16 Mei 2011

[MUKTAMAR PAS] MAT SABU TOLAK DATO DAN DATO SERI


Mat Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan abang Mat. Antara tokoh politik yang menyebabkan aku mengenali PAS adalah berfaktornya lidah tajam abang Mat [istilah Tok Guru Nik Abdul Aziz].

Di Kelantan, antara penceramah yang mudah untuk menghimpunkan hadirin adalah mat sabu. Selain beberapa tokoh lain seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Husam Musa, Allahyarham Bunyamin Yaaqub, Ustaz Nasaruddin Daud dan sebagainya.

Aku mengenali Mat Sabu lebih rapat selepas era 8 mac 2008. Di awal pertemuan, kami berbeda pendapat sehingga berlaku sedikit "jawab menjawab" sesama kami. Perbedaan kami itu menyebabkan kami semakin berkawan rapat dan sering bertukar-tukar maklumat antara satu dengan lain.

MUDAH BERBINCANG

Beliau tidak marah jika kita menyinis kepada beliau dalam beberapa tindakan beliau. Begitujuga, akan mengalah dengan teguran, jika teguran itu berjaya kita hadirkan hujjah-hujjah yang memuaskan hatinya.

Pernah aku menegur beliau secara sinis dalam sesuatu perkara, ternyata dia mudah menerima teguran sinis itu dengan hati yang terbuka. 

Mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa abang mat susah untuk menerima teguran. Jika kita mengenali abang mat, pasti kita akan faham bahawa abang mat sabu memang sukar menerima teguran yang tidak mempunyai hujjah yang memuaskan hati. Tetapi, jika mempunyai hujjah yang memuaskan hatinya, dia akan menerima teguran itu.

BUDAYA POLITIK ZUHUD

Abang Mat seorang yang terlalu respek dengan budaya politik zuhud. Beliau amat respek dengan ulama-ulama Islam yang zuhud pada sudut pengamalan peribadi, tetapi berjaya memberi kesenangan kepada rakyat. inilah yang sering beliau ungkapkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dan perbincangan sesama kami.

Keteladan ini, bukan menjadi halwa telinga yang terbit dari mulut beliau sahaja, malahan diamalkan beliau sendiri.

Beliau sudah dua kali ditawarkan dengan gelaran dato, dan sekali lagi dengan gelaran dato seri, tetapi ditolak mentah oleh beliau. Pada beliau, tugas politik untuk menunaikan amanah rakyat, bukan untuk mencapai darjat dunia seperti mendapat gelaran tersebut.

Sekian

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.dia tolak atau tak dak sapa yang nak bagi kat dia!!
2.pakat-pakat dah lama kenai mat sabu dari dulu lagi la oii!!
3.sejak zaman satu kampit untuk aku!satu kampit untuk parti!!

Tanpa Nama berkata...

mat sabu barangkali sesuatu yang menarik buat pas masa ini , tepat pada masanya , tetapi barangkali akan di'cut' oleh tuan ibrahim , walaupun mat sabu favourite marhaen malah marhean umno juga tapi dia selalu tidak dibagi can oleh perwakilan ( you tau la sendri wanji majoriti @ byk perwakilan camne kan) , mat sabu sering juga kurang difavour oleh ajk tertinggi kerana konon ajk tu lebih elitis educatis huhhuh walau mat sabu marhaen popular , tapi aku harap mat sabu make his way to the top , somethin good for pas dari gaya konvensionalnya ye tak ? aku harap ada kesatuan yang paling mantap dan smart antara mat sabu - guan eng - nurul izzah nanti ....

Tanpa Nama berkata...

mat sabu adalah antara org siah kt msia ni..pemikiran die pn ada yg cendrung kpd imam2 syiah..bahaya!! wajib tolak mat sabu sbg naib presiden pas demi menyelamatkan aqdah umat islam dpd tercemar dgn fahamn syiah!