Rabu, 31 Ogos 2011

[ARKIB] UMNO BARUA BRITISH

Waktu Jepun jajah Tanah Melayu, British lari tinggalkan tanah air kita. Yang tertubuh ketika itu antaranya KMM, AWAS, API, Askar Rakyat Anti Jepun & dll. Time itu Tunku pun masih jadi Pegawai Daerah di Kulim, iaitu di bawah pemerintahan British.

Mereka berjuang menentang penjajah melalui tiga cara. Pertama, melalui pentas politik. Inilah yang diambil oleh Dr Burhan dan seangkatan dengannya sehingga tertubuh PKMM dll.

Kedua, mereka yang mengambil jalan peperangan (gerila) menentang British. Inilah yang diambil oleh pejuang-pejuang Melayu seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Mat Indera dll dengan menubuhkan Rejimen 10.

Ketiga, mereka yang mengambil jalan penulisan dengan menjadi wartawan (dengan tidak menyertai pergerakan politik atau gerila). Inilah yang diambil oleh Said Zahari dan seangkatan dengannya.

Selepas Jepun mengaku kalah dan meninggalkan Malaya, British cuba kembali ke Malaya dengan mencipta pelbagai konspirasi. Antaranya adalah menggalakkan penubuhan pertubuhan-pertubuhan yang pro kepada mereka. UMNO ditubuhkan dan pegawai daerah bernama Onn Jaafar tiba-tiba menjadi hero.

Malayan Union disamboyankan untuk menggamit perhatian rakyat khususnya orang-orang Melayu supaya bersama dengan Umno. Walhal tujuan Malayan Union sebenarnya adalah untuk mengetepikan PKMM dll

Oooohhh, apabila pertubuhan-pertubuhan sebenar menentang British secara lantang, maka Dr Burhan dan seangkatan dengannya dipenjara. Rejimen 10 yang menentang British secara gerila di hutan pun dianggap pengganas. Waktu British tinggalkan negara, di mana Onn Jaafar, Tunku dll walaupun Umno ditubuhkan agak lewat (1946). Mereka tak lagir lagi kah atau jadi BARUA BRITISH yang berpeluk tubuh?

sumber : wacana FB Zainulfaqar

9 ulasan:

rakab berkata...

Apabila British memperkenalkan Malayan Union, orang melayu menjadi cemas kerana bimbang hak istimewa mereka akan terhakis, institusi raja-raja melayu tergugat dan agama Islam terancam.

Datuk Onn Jaafar telah menganjurkan satu kongres perhimpunan melayu.

Seramai 200 orang perwakilan yang mewakili persatuan-persatuan melayu seluruh Malaya telah turut serta.

Hasil dari kongres itu, para perwakilan telah sepakat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang menyatukan orang-orang melayu di bawah satu payung perjuangan.

Maka lahirlah PERKEMBAR atau nama singkatan inggerisnya UMNO.

UMNO telah menentang Malayan Union dengan sekeras-kerasnya.

British yang bimbang dengan perpaduan orang melayu akhirnya terpaksa akur.

Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Kejayaan besar UMNO ini semakin membakar semangat orang melayu lantas meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan.

rakab berkata...

Umno menolak pendekatan kekerasan secara mengangkat senjata.

Orang-orang melayu ketika itu adalah sangat lemah dari segala segi.

Jika umno memilih untuk mengangkat senjata menentang British, maka sudah tentu akan menerima nasib yang sama dengan persatuan melayu yang lain.

Umno akan dilabelkan berhaluan kiri , pemimpinnya akan ditangkap.

Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak akan tercapai.

Oleh sebab itu , pemimpin Umno telah mengambil pendekatan berhemah serta bijaksana demi mencapai matlamat.

Kasturi berkata...

Mahu tak mahu kita kena terima hakikat bantuan tentera kolonial british ketika itu membantu kejayaan kita menentang pengaruh dan kuasa komunis drp. Merampas bumi malaya ketika itu. Kalau komunis berjaya anda bolehlah bayangkan bagaimana keadaannya kita sekarang ini. Semua org tidak suka dijajah, namun begitu penjajah juga ada meninggalkan kebaikkannya kepada kita.

Tanpa Nama berkata...

1.puak-puak pemimpin dap merupakan puak yang educated!!depa tau setakat mana dep akan "bersuara"!!terutama dalam bab sejarah tanah melayu!!sebab tula kalpal singh awal-awal lagi dah sanggah kenyataan mat sabu!!mereka memang smart dalam segala segi!!
2.puak pas pulak terdiri dari puak low class!!puak-puak yang tercicir dalam akademik dulu!!sambung ngaji dalam bidang agama!!ditambah lagi dengan puak-puak macam mat sabu!mahfuz!!puak-puak yang tidak tahu bidang apa yang mereka dapat jadi idola pada pelajar dan masyarakat!!mereka merupakan puak-puak yang setaraf dengan penjual-jual ubat dikaki-kaki lima kedai!!malah taraf depa mungkin lebih teruk lagi!!
3.sekarang dap akan rasa selesa sebab ada puak-puak pas macam mat sabu yang boleh dijadikan barua!!ditarik hidung!!mereka tidak perlu bersuara atau berada di "barisan hadapan"!!kerana puak-puak pas yang terdiri daripada puak-puak low class ni akan bersuara untuk depa!!
4.berkokoklah puak-puak macam bakistani ni!!hangpa tetap merupakan puak kelas tiga dalam hiraki akademik dimalaysia!!sebab tu segala perbuatan dan tingkahlaku hangpa!!nampak benar bodohnya!!

Tanpa Nama berkata...

Bersih dah tak laku tetiba nak putarbelit sejarah pulak yer

macam haramjadah.

Islam adil untuk semua.adil tu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.bukannya sama rata dan keterbukaan seperti yang diperjuangkan PR.tak gitu ustat?

Tanpa Nama berkata...

Jika dikaji apakah tujuan PAS menggunakan faktor Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan negara sebenar mungkin disebabkan kerana terdesak;

1. Untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa penjuangan Pas sekarang yang terpaksa bersengkongkol dengan DAP adalah seperti Mat Indera dengan komunis.

2. Untuk menarik pengundi-pengundi Cina menyokong mereka.

3. Untuk mengalih atau mengubah fakta sebenar sejarah dan memadamkan semangant nasionalisma di kalangan generasi baru.

Untuk mencapai matlamat ini Pas telah berusaha secara aggresif memanipulasi segala fakta menerusi;

1. Ahli-ahli Pas di kalangan guru dan pensyarah-pensyarah IPTA (rata2kelantanis) mempengaruhi minda pelajar-pelajar supaya menolak semua yang telah diperjuangkan oleh UMNO seperti yang tercatat dalam lipatan sejarah negara.

2. Mengalihkan tumpuan rakyat supaya tidak meraikan Hari Kemerdekaan Negara dengan memburukkan para pejuang kemerdekaan yang tidak sealiran dengan mereka. Menggunakan semua saluran media mereka dan ceramah ke seluruh pelusuk negara.

3. Kelembapan serta kurang perihatinnya pihak kerajaan dalam menyedarkan rakyat tentang erti kemerdekaan. Kurang program-program sambutan kemerdekaan secara menyeluruh ke segenap lapisan masyarakat. Tiada sukatan khusus kenegaraan yang sepatutnya diwajibkan kepada semua pelajar sekolah dan universiti melalui program-program khusus.

4. Kurangnya kesedaran tentang semangat nasionalisme di kalangan generasi baru. Kekejaman komunis kepada bangsa melayu dan cina patut ditonjolkan seperti yang berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan, faktor penyebab perjuangan Kiai Salleh menentang komunis di Muar dan Batu Pahat dan banyak lagi peristiwa yang perlu dipaparkan bagi menyedarkan rakyat jelata.

Tanpa Nama berkata...

1. Isu nya; adakah hanya Umno yang menentang penjajahan British (hanya berlaku dengan tukar slogan dari Hidup Melayu ke Merdeka bila dekat dengan pilihan raya). Apabila datang bulan Ogos. Hanya nama seperti Dato Onn dan Tunku Abd Rahman yang terpampang dan keluar di media2. Nama2 seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestaman, Pak Sako, termasuk Mat Indera, Tok Janggut, Tok Gajah dll di pinggirkan... Ramai yang mati dan meringkuk dalam penjara kerana melawan penjajah khusus nya selepas darurat di isytiharkan pada 1948. Yang kekal tak haram hanya Umno. Tujuan Darurat untuk mengagalkan PKMM yang berslogan 'Merdeka' dalam perjuangan kerana ia mendapat sokongan luar biasa dari rakyat. Dan dalam masa yang sama PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang ketuanya Tan Cheng Lock. Bayangkan pertubuhan Melayu kiri dah berani bergabung dengan bukan Melayu. Sapa yang tak rasa terancam (UMNO pun rasa terancam sekarang, mana pernah sebelum nie Pas boleh bergabung dgn Dap), British tau Melayu kiri tak akan membantu atau menjaga kepentingannya sebelum atau selepas merdeka. maka tak ada pilihan, darurat diishtihar. Pemimpin dan parti politik diharam kecuali UMNO, maka gabungan PUTERA dan AMCJA gagal. Lepas tu baru UMNO gabung dengan MCA. Ini semua rancangan British. Apa yang penting kepentingannya terjaga (semua fitnah yang berlaku sekarang untuk jaga perut dan kepentingan UMNO).
2. Saya telah ikuti Pas sejak 1995 ketika belajar di UTM KL, apa yang di ucapkan oleh Mat Sabu bukan baru. Dah banyak kali saya dengar tentang kisah Mat Indera ini. Mungkin untuk ahli Umno ini benda baru dan saya tak pasti kenapa Utusan boleh besarkan isu ini. Untuk orang biasa seperti saya, ini hanya menunjukkan kebodohan mereka. Ia mungkin untung sekejab. Tapi akhirnya orang akan tahu kisah sebenar. kini banyak cerita telah keluar tentang Mat Indera, malah sebenarnya diangkat oleh kerajaan negeri Johor sebagai seorang pejuang bukan pengkianat. Mungkin orang seperti Dato Saifuddin MP Temerloh tersenyum tengok gelagat Utusan dan orang UMNO. Hanya mampu tabur fitnah tapi takut dengan hujah, bersilat sorang2 dalam gelanggang sendiri.
3. Untuk Zain Mahmud (kolum Untung Sabut Timbul di Utusan Malaysia), tolong le nasihat Ketua Pengarang Utusan Malaysia, bergerak le dengan zaman dan rakyat banyak.Tunjuk le kebijaksaan yang pernah ada di sana (sebelum UMNO kuasai Utusan)...

Badrul Kulim Kedah

BIG BOY BIG KID berkata...

adalah menjadi norm, pandangan lumrah, persepsi dan teori yang diterima di negara/nusa yang dijajah oleh penjajah bahawa sesiapa yang bekerja denagn administrasi penjajah/kolonial, samada pegawai, kakitangan kolonial/penjajah dianggap running dogs, barua dan pengkhianat bangsa dan nusa, Norm, persepsi, teori, pandangan umum ini diterima di mana-mana negara yang dijajah, di afrika Selatan, di USA, di australia, NZ, Indonesia. Pegawai, kakitangan kolonial adalah pengkhianat bangsa dan nusa. Ini adalah norm sedunia.

Umgno adalah ditubuhkan oleh pegawai kolonial yang juga running dog of colonial/ barua penjajah, maka jelas umgnok adalah parti mengkhianati bangsa dan nusa!

based on the theory, norm, any colonial officer is traitor, is running dog which has been commonly accepted by nation has been ruled by colonial, the it is fact that umnog is a founded by traitor, the running dog of british cruelty colonial!!!!!!! races

kekura berkata...

dunia nak kiamat.
masing2 bercakap MACAM bijak sejarah, macam masing2 ni dok ikut mat indera, tunku, dato' onn dll ke hulu ke hilir. baik zainulfaqarnya, orang2 yg post komen kat sini, utusan, harakah dll. kita semua belum lahir masa tu. terimalah hakikat itu. org melayu masa tu pun belum ada sistem rekod yg baik.

siapa yg betul siapa yg salah ALLAH tahu. ALLAH sebaik2 penghukum. tidakkah kita meredhai kekuasaan ALLAH?

ingatlah dulu ada seorang lelaki ikut berperang dengan tangkasnya bersama tentera islam, mati di medan perang. para sahabat fikir lelaki itu mati syahid tp rupa2nya tidak. rasulullah (dgn pengetahuan dari ALLAH) memberitahu kepada sahabat bahawa lelaki itu akan masuk neraka kerana ia berperang bukan kerana ALLAH dan dia bunuh diri akibat tidak tahan kesakitan akibat kecederaannya.

macamana rasulullah tahu niat orang itu? ALLAH yg beritahu. siapa itu rasulullah? baginda insan terbaik yg paling dekat dengan ALLAH. siapa pula kita? adakah darjat kita cukup tinggi untuk mendapat pengetahuan terus dari ALLAH? dan jangan lupa ambillah pengajaran drpd kisah ini.

rasulullah juga telah mengingatkan kita supaya jgn mengungkit2 kisah yg lalu yg boleh menyebabkan waris2nya sakit hati.

sama2lah kita membentuk akhlak kita sebagaimana akhlak yg diajar oleh rasulullah.

ya ALLAH, ampunkan dosa kami.