Sabtu, 3 September 2011

KESALAHAN SEJARAH DR RAMLAH ADAM?

Dr Ramlah Adam ada mengatakan bahawa Mokhtaruddin Lasso dan Tan Malaka adalah orang yang sama.

Dakwaan Dr Ramlah itu didakwa meleset oleh sebilangan orang yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajah. Antaranya adalah Abdullah CD dan Ahmad Boastamam yang menafikan bahawa Mokhtaruddin Lasso dan Tan Malaka adalah orang yang sama. 

Mokhtaruddin Lasso adalah orang yang terlibat dalam penubuhan PKMM. Sebagai orang yang bersama menubuhkan PKMM, Ahmad Boastamam berjumpa sendiri, malahan beliau adalah teman rapat kepada Mokhtaruddin lasso sudah pasti terlalu mengenali dua individu yang didakwa sama oleh Dr Ramlah Adam yang sekadar berteori dalam mengemukakan sejarah.

Disamping itu, dalam buku " Pergulatan Menuju Republik: Tan Malaka 1925-1945", iaitu satu-satunya buku biografi Tan Malaka yang terpenting dan berwibawa.

Dalam buku tersebut menyatakan bahawa, sepanjang pendudukan Jepun, tahun 1942-1945, Tan Malaka berada di Jawa; tidak terbayang langsung dia pernah ke luar negeri, khasnya ke Malaysia.

Dengan itu, implikasinya ialah Mokhtaruddin Laso yang dikatakan menubuhkan PKMM di Ipoh pada bulan Oktober 1945 bukanlah Tan Malaka. (rujuk)

Dengan ini, Dr Ramlah Adam tidak perlu nak berlagak sangat dengan mendakwa bahawa Mat Sabu itu dan ini, sedangkan dia sendiri mempunyai banyak kesalahan fakta dalam sejarah.

3 ulasan:

Pak Mat berkata...

Bakistani, hang jangan la dok marah sangat dekat Kak lah kita tu... kalau dia salah maklumat hang kena faham,Bukan ka dia tu Profesor Kangkung....

Tanpa Nama berkata...

Siapa anda nk menafikan fakta dari seorang Prof??? adakah anda mempunyai pengetahuan sejarah setaraf dengan beliau???

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 11:55 -
duludulu sblum ni lu boleh cakap itu macam siapa anda dgn prof itu ini , sekarang prof nampak mcm budak sekolah je , dulu dulu ada prof serba tau , sekarang prof serba tau adalah internet yang lu dan gua dok main hari hari ni ...
tapi wan ji , prof ramlah adam dari dulu aku tak berkenan , dari dulu dia tu tak pandai mana ,
satu lagi , historian berbeza dgn pakar undang2/syariah , mereka boleh didebat dgn kaedah yang mereka hujahkan , tapi historian , sumber2 mereka boleh dipertikaikan dan kerana mereka prof maka mereka senang2 cakap - oh sumber kau tak leh dipercayai , sumber kau lisan bukan bertulis walaupun yang tulis tu penjajah british yang keparat penipu yang tidak bersumber malah rekaan , lawak jenaka betui ... tapi khoo kay kim dan ramlah adam mmg bengong - mereka membiarkan diri mereka nampak prof kangkung