Isnin, 19 September 2011

DI MANA SALAHNYA UNGKAPAN ZIZAN DARI HANTU BONCENG ITU?



dalam filem hantu bonceng. Dikatakan ada unsur menghina Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menyuruh aku mendengar dan melihat sendiri. tetapi, pada malam ini baru ada kesempatan untuk melihat..

dari klip video yang dikepilkan, padaku, dialog tersebut adalah seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad.......... Syaitan !!!!"

bukan seperti berikut;

"Wa Asyhadu Anna Muhammad Syaitan.".

Kalau kita perhatikan, ia sebenarnya mempunyai dua ayat. Ayat pertama adalah, "Wa Asyhadu Anna Muhammad...... " iaitu ayat yang tidak sempurna.. atau dalam pengajian ilmu balaghah, ia disebut kalam naqis, iaitu kalam yang ada kalimah mahzuf. Kalam naqis ini, perlu ditaqdirkan kalam sahaja. iaitu, jika dilihat pada ayat ini, hanya perlu ditambah "Rasulullah".

Kalam Naqis ini, ia boleh berlaku dalam penulisan dan perkataan. tetapi, dalam perkataan adalah yang kerap berlaku. Ini kerana, dalam perkataan ini sering kali berlaku keguguran kalimah, dengan berfaktorkan banyak faktor; seperti terlalu cepat bercakap.

adapun ayat kedua adalah "Syaitan !!!".. Dalam pengajian balaghah, ia boleh diistilahkan sebagai kalam Iijaz hazf (ringkasan yang dibuang. dalam ilmu Balaghah, Kalam Iijaz ini ada dua, iaitu Iijaz Hazf dan Iijaz Qasr). Ia seperti seseorang yang melihat harimau dalam keadaan takut, lalu dia hanya menyebut "harimau!!!", walhal yang dikehendaki oleh orang yang takut itu adalah, "seekor harimau telah datang kepadaku".

kesimpulannya, jeritan Zizan dari filem Hantu Bonceng itu sebenarnya mengandungi dua ayat, atau dalam istilah pengajian nahu disebut sebagaia dua jumlah, iaitu 1- "asyhadu Anna Muhammad....." dan 2- "Syaitan...!!!!".

jadi, ia tidak sepatutnya menjadi isu. namun begitu, sepatutnya bagi pihak pengarah filem, perlu juga berhati-hati dalam perkara ini, agar tidak terjadi seperti yang sedang dibisingkan pada hari ini..

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....itu mengikut awak...tapi saya percaya bagi krew filem yang terlibat tak tau pun benda tu.......yang bahaya sesiapa saja yang tonton dan lihat bunyinya satu ayat saja.....kalau oarng mengikut atau mengajuknya.......membawa maksud yang sangat bertentangan dengan kalimah asal.....ini sangat bahaya....hal seperti ini sepatutnya tak boleh berlaku....

kekura berkata...

assalamualaikum,
terima kasih ustaz atas penyampaian ilmu ini.

saya bersetuju dgn ustaz. pembuat filem perlu lebih berhati2.

dulu masa kecik suka tengok cerita spektra. cerita dia banyak pengajaran dan pembakar semangat. yg buatnya cina. yg melayunya buat tak cerita mati, anak derhaka, hantu, cerita mengarut yg ntah apa2, cerita org gemuk nak pakai seksi, orang lurus hendak dibengkokkan utk menceburi bidang seni dll.

Taliban berkata...

kalau membaca quran kita kena belajar tajwid.kalau tak ikut tajwid takut2 apa yg kita baca tersalah makna tanpa kita sedari yakni kita tak berniat pun nak maksudkan dengan makna yg salah.ok itu asasnya.

pelakon ini telah menyebut muhammadarr syaitan.jadi dari segi tajwid pun dah salah apalagi dari segi makna.dengan sebutan yg salah yakni muhammadarr syaitan itu adakah boleh membawa maksud 'muhammad itu adalah syaitan'?itu pandangan gua

Tanpa Nama berkata...

"Mak janda gilakan bapak", sama tak maksudnya dengan "Mak Janda (tu) gila kan ? bapak !". So, memang ler ada 2 perkataan disitu, tapi kalu disambung, lain ler jadinya....

Khairi berkata...

Banyak benda lain lagi yg boleh dibuat joke, usahlah gunakan nama Nabi dlm cerita komedi seperti ini, nanti generasi akan datang ingat biasa saja buat joke dgn gunakan nama Rasul mulia ini. Inilah sebabnya semua anak orang Islam (termasuk mak & bapak)kena belajar ilmu agama, kemudian mesti berpesan-pesan melalui majlis ilmu, sebab itu tazkirah atau ceramah agama di masjid dan surau itu penting,Islam ni kan agama kehidupan dunia akhirat, jadi nak buat filem pun kena tahu hukum hakam agama, supaya yg haram tu kita jauhi,berubahlah.

Tanpa Nama berkata...

Wan ji terus dgn kepeningannya.. Semata2 krn pemuda pas bantah dia pun nak bercanggah dan tegakkan benang basah. Saya cadangkan wan ji terus buat komen begini utk org nampak buruknya perangainya serta suka tegak benang basah.. Tosah spin la wei.. Kalau salah tetap salah.. Yg kita bantah pasal dia buat keliru n finas patutnya potong.. Bukan orang kata dia kafir pun..

Tanpa Nama berkata...

1.dah tak suka puak pemuda pas!!hangpa pun carilah isu untuk menidakkan segala kenyataan dari pemuda pas tu!!
2.itu je masej yang budak ni nak habaq!!kalau tak sealiran dengan dia!!semua dia bantai la!!
3.boleh pakai ka "ustaz" burung tiong ni!!
4.berbalik pada isu diatas senang je!!memangla pelakon tersebut tiada niat nak lafazkan ungkapan macam tu!!tetapi bila diucapkan dengan cepat terjadilah ayat tersebut!!
5.cuma pada puak-puak yang kaki tenguk wayang!!bahayalah sikit!!depa tu jahil sikit bab-bab agama ni!!takut depa terikut-ikut pulak!!kalau depa pandai bab-bab agama!!depa tak akan jadi kaki wayang!!

Tanpa Nama berkata...

Itu pasal lah melayu BODOH...buat cerita hantu..kan org dah kabo jangan byk sangat buat cerita hantu..kan dah kena,,

azmie berkata...

kan mencegah tu lebih baik dr mengubat yg dah rosak. lepas ni kalau ada budak2 bodo yg main2 dgn kalimah tu jgn komplein ya, sbb tak salah

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun tak yah ler nak bela tak tentu pasal .... bagi nasihat kat pengarah jgn buat bende2 ni lagi ...lepaih ni orang boleh buat main2 dgn apa2 saja dgn kaitan agama...

Tanpa Nama berkata...

1. Algkah indah jika semua penggemar filem di malaysia berilmu mcm us, dapat memahami ayat tersebut.. Malahan dapat memahami maksud tersirat dari filem tersebut...

Tapi... Benarkah demibkian keadaannya di malaysia ini?

2. Bagaimana pula dgn adegan2 laaaaaa en us? Kenapa us tak ulas? Contohnya berkenaan keselarian konsep amar ma"ruf nahi munkar

3. Us.. Pernah tak us terfikir yang ulasan "ilmiah" us ni akan menggalakkan pengusaha Pengusaha filem untuk makin tak berhati2 dlm m en ghasilkan filem?

4. Mana konsep menghindari mudharat untuk maslahat?

#terkilan dgn ulasan us.. Seolah2 mrnyindir seseorang yg berbicara pasal penghinaan agama dlm filem ini shj

Tanpa Nama berkata...

Dalam membahaskan ayat tersebut dari segi kalam naqis atau tam,atau ijaz, perlulah dilihat kepada pengguna dan skripnya.seseorang yg tidak tahu menahu ttg bhs arab,tidak boleh dan sama sekali langsung dikatakan menggunakan balaghah dalam ungkapan katanya.Oleh kerana bahasa Melayu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh bahasa2 lain, jadi tidak timbul persoalan balaghah.Soal yang melibatkan syahadah juga merupakan soal yang paling besar.Tidak dibenarkan sesiapa pun untuk melawak,bahkan bergurau senda dengan kalimah tersebut.Agamawan sepatutnya melihat kesan kepada penonton filem tersebut, terutamanya kanak2. soal muhammadur itu, disebabkan org melayu selalu menyebur bersama dengan perkataan rasulullah.lagipun zizan mana tahu ttg sintaksis apatah lagi morfologi dalam bhs arab. intonasi juga memainkan peranan untuk menghukum zizan menceraikan antara dua perkataan; muhammad dan syaitan..tiada intonasi, tiadalah hukum seperti yg saudara sebutkan.. sila rujuk kepada ilmu balaghah beserta ilmu2 lain sebelum membuat ulasan..

Tanpa Nama berkata...

pada aku wan ji ni sakit hati sangat dengan puak pemuda la terutamanya ketuanya .... jadi apa yg boleh dia sindir dia akan gunakan dlm penulisannya walaupun kesan penulisannya itu nanti boleh membawa banyak keburukannya ....bukan dia tak tau ... saja2 buat tak tau ....

sama juga dengan segala tindakan khalid samad ni ... akan dibelanya dan diwar2kan baik melalui penulisan blognya ...

lepas ni kes husam musa dengan kickdefella pulak ataupun tulisan2 membodek dan mengagung2kan nik aziz akan menjadi pilihannya ...

Tanpa Nama berkata...

Saya anon 20 sept 6.18 pm setuju dgn anon 20 sept 9.48..

Us, muvi ni dlm bhs melayu, maka perlu ditimbang dr sudut gaya bahasa dan tatabahasa melayu, wlupun ungkapan syahadah tu dlm bhs arab.. Ini kerana, pelakonnya melayu dan yg paling penting, penontonnya melayu yg berkemungkinan hanya beberapa kerat shj yg mampu menimbang permasalahan ini dgn kaedah bahasa arab yng us cadangkan tersebut..

Tapi mungkin pendapat saya ini bukan mcm us yang MENGKAJI latar duduk semua pelakon, pengarah malahan penonton muvi in.. Maafkan saya us, sbb saya tidak terlebih duli mengkaji y entiti tersebut sebagaimana us.. Haha

Ok us, kalau lah us tetap pertahankan hujah us tu, saya nk tanya us... dengan mengenepikan hujah pemuda pas, apakah pendapat us setelah menonton keseluruhan muvi ini? Apa kategori yang us nk berikan untuk filem ini?

Saya kira us paling layak mengkategorikan filem ini kerana us tak sama mcm pemuda pas, hanya menonton babak syahadah tu shj, berbanding us yg MACAM dah tonton n KAJI muvi ini secara keseluruhannya...

Mungkinkah muvi ini akan dapat anugerah "mendidik pemuda pemudi menggunakan ayat Quran dgn baik".. Haha

muhammad berkata...

wanji sentiasa cuba bersikap liberal kerana terlalu bersangka baik dgn isu ini sedangkan ia jelas menghina Islam atau sekurang2nya mengundang fitnah terhadap Islam.... tetap hukumnya haram.... x kan la enta ni senaif itu dlm menginstinbat isu ini... @ terlalu teruja utk mengkritik pemuda PAS...

Tanpa Nama berkata...

senang ceritanya saya suka dgn posting ini, kerana memaparkan kejahilan dan busuknya hati wan ji.. terima kasih wan ji..

John labu berkata...

aku tengok PUAK 2 pemuda PAS dan ustaz wan ji ada sesuatu yang tak kena ...

Apa yang penting sekarang runtuhkan UMNO APCO tuu bukan nya nok baloh sama sendiri .. tak dok benda lain kee ustaz ustaz ini...lahaulawalakuwaataillabilaah...
JANGAN JAGI BODOH DAN BANGAN ..MUSUH KITA ADALAH UMNOAPCO..Ke ke Ada puak-puak uztaz dalam PAS nok baik dgn UMNO APCO?? Kalau ada lah uztaz tuuu memang BODOOOH / BANGAN .. KOMINIS MEMANG JAHAT SEBAB BUNUH ORANG MELAYU ISLAM ,ORANG YANG BUNUH ORANG MELAYU ISLAM DIMEMALI PUN JAHAT....

JGN ADA LAGI PERTEMUAAN DALAM GELAP LAGI...NOK KO ISLAM TAPI MAIN DALAM GELAP ....

aku tok ser ke umno/..