Rabu, 21 September 2011

ISU HANTU BONCENG : JANGAN CEMBURU BUTA, JANGAN SENSITIF BUTA


[1]

Kita amat marah dengan ISA. Dakwa kita, ISA zalim. Apabila Najib mansuhkan ISA, lalu mahu digantikan dengan dua lagi undang-undang yang mempunyai unsur tahanan tanpa bicara, kita turut marah.

Orang yang ditahan ISA ini banyak bentuk. Ada yang ditahan tanpa dibicarakan. Tanpa dinafikan juga, di sana terdapat individu yang ditahan tanpa diselidiki terlebih dahulu.

Tanpa kita sedari bahawa kita juga mengamalkan ISA, iaitu Islamic Security Act. Lebel orang itu kafir, munafiq, murtad, tidak wala’, tidak siqah dan sebagainya, merupakan ISA yang kita amalkan.

Tuduhan terhadap filem Hantu Bonceng sebagai menghina agama merupakan satu tuduhan yang berat. Ia adalah ISA dalam bentuk Islamic. Sewajarnya, kalimah “menghina Islam” tidak digunakan, kerana ia memberi implikasi yang cukup berat.

Alangkah baiknya, jika dikatakan “diminta pihak yang berwajib mengkaji kandungan filem terbabit terlebih dahulu, kerana ia dianggap sebagai mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia”.

Apabila lahir tuduhan “menghina Islam”, sudah pasti pihak yang dituduh mahu mempertahankan diri. Ekoran itu, keluarlah kenyataan yang tidak berapa sedap didengari dari pihak pengarah filem, Ahmad Idham dan seangkatan dengannya.

Kemudiannya, orang ramai pula mula marah dengan Ahmad Idham, apabila beliau tetap mempertahankan bahawa filem yang diarahkan oleh beliau tidak ada unsure menghina Islam. Malahan, tidak kurang juga kutukan dan makian terhambur untuk ditujukan kepada beliau. Di samping itu juga, Ahmad Idham dikhabarkan menggunakan perkataan yang agak kurang enak terhadap mereka yang menganggap filem itu sebagai menghina agama.

Padaku, pemuda PAS yang menuduh filem itu sebagai menghina Islam juga sepatutnya dipersalahkan. Lebih-lebih lagi, ia dianggap sedemikian rupa tanpa dibuat penyelidikan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi juga, sampai hari ini kita tidak kedengaran lagi dimanakah hujjah dan bukti bahawa filem itu menghina Islam. Yang diketahui hanya dengan dakwaan bahawa ia mengganggu sentisitiviti umat Islam.

Tindakan itu, seiras-iras sama dengan tindakan Kerajaan BN yang menangkap sebilangan tahanan untuk diletakkan dalam ISA.

[2]

Dalam Islam, sebarang tindakan perlu diperhatikan implikasinya. Al-Quran sendiri melarang kita mencela sembahan selain dari Allah, kerana bimbang implikasi yang buruk berlaku.

Firman Allah;

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Maksudnya;
“Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka akan cela Allah dengan permusuhan, tanpa ilmu” (Al-an’Am: 108)

Tindakan mendakwa bahawa filem terbabit sebagai menghina Islam tanpa penyelidikan terlebih dahulu, merupakan satu tindakan yang salah. Sudah pasti, ia melahirkan kesan sampingan yang buruk, iaitu kritikan dari pihak Ahmad Idham dalam suasana yang cukup buruk, kemudian berlaku pula kritikan mereka yang “sekepala” dengan pemuda PAS terhadap Ahmad Idham.

[3]

Dari sudut kandungan babak yang didakwa oleh Ketua Pemuda PAS itu, telah aku kupas dalam article yang lepas (sila klik). Malahan, ia telah dijawab juga oleh pihak penapisan filem. (sila Klik). Aku juga tidak tolak kemungkinan bahawa Pemuda PAS akan memohon maaf atas tuduhan sebagai “menghina Islam” apabila membaca atau mendapat penjelasan dari pihak lembaga penapisan filem terbabit.

Namun begitu, timbul beberapa perkara yang dijadikan sebagai hujjah sampingan bagi mengukuhkan pendapat Ketua Pemuda PAS itu. Ia adalah seperti berikut;

MELAWAK DALAM AGAMA

Melawak dalam agama ini, aku kira bukan pada filem itu sahaja. Malahan, banyak ceramah-ceramah yang disampaikan oleh sebilangan agamawan di Malaysia ini mengandungi unsure lawak.

Kita mesti kenal dengan Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai pengaruh yang begitu besar di Malaysia pada kala ini. Ramai mendakwa bahawa factor lawak beliau menyebabkan ramai yang menjadikan beliau sebagai ikutan. Malahan, Pemuda PAS sendiri pernah memberi anugerah kepada beliau ekoran pengaruh yang ada pada beliau.

Jika kita perhatikan kuliah-kuliah beliau, kita akan dapati banyak kandungan kuliah beliau yang mempunyai unsure lawak. Seperti beliau pernah menyebut “siratal labi” yang merujuk kepada membaca “siratal Lazi”, juga lawak “takbir ultraman” yang merujuk kepada amalan dalam solat.

Begitujuga dahulu, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaaqub pernah menjawab pendapat Mahathir yang mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak ada PAS, tetapi ada UMNO dengan merujuk kepada ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا

Ayat ini bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman”, tetapi diterjemah oleh Mahathir dalam satu ceramah beliau sebagai “Wahai orang-orang UMNO”.

Bagi menjawab ulasan Mahathir itu, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaaqub mengatakan bahawa dalam al-Quran juga ada sebut PAS. Iaitu, dengan membaca ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Maksudnya;
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu secara menyeluruh” (Al-baqarah : 208)

Tetapi, diterjemah oleh Allahyarham Ustaz Bunyamin sebagai “Wahai orang-orang UMNO, pakat-pakatlah masuk PAS”.

Tidak kedengaran seorang pun marah dengan tindakan itu. Tidak ada pula memorandum dan kritikan terhadap tindakan itu. Jika melawak dalam perkara agama dianggap sebagai sensitive secara mutlak, mengapa perkara ini tidak dibangkitkan langsung?

Padaku, jika yang sana salah, maka yang sini juga salah. Jangan disebabkan geng kita buat maka ia adalah tidak salah, tetapi ia dikira salah apabila dilakukan oleh orang lain.

PERSEPSI

Aku mengatakan bahawa kandungan dialog dalam babak yang dikritik itu tidak salah dari sudut balaghah. Jadi, seharusnya ia tidak menjadi isu. Namun begitu, ada pihak yang mengatakan bahawa ia hendaklah dilihat dari persepsi.

Kalau itu pendapat mereka, seakan-akan mereka lupa dengan beberapa isu yang melibatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam banyak kenyataan-kenyataan beliau.

Antaranya adalah seperti isu “tuhan samseng”. Ia menjadi satu persepsi yang cukup buruk, tetapi diselesaikan dengan perbahasan balaghah, iaitu satu bab dalam perbincangan Balaghah yang dinamakan sebagai “musyakalah”.

Begitujuga dengan isu yang dibangkitkan oleh “geng-geng beraliran ahbash” dengan ulasan Tuan Guru yang menyebut, “Tuhan (Allah) bersila lendik atas arash”, sehingga Tuan Guru mendapat lebel Wahabi oleh mereka.

Dikala hangat berbincang, lalu dijawab oleh Tuan Guru dengan kupasan balaghah, iaitu ucapan Tuan Guru itu seperti kita berkata “muka tangga” yang bukan bermaksud tangga itu ada muka, tetapi balaghah dalam perkataan.

Mungkin persepsi ini tidak salah di sisi kita kerana ia dilakukan oleh Tuan Guru, tetapi salah jika dilakukan oleh orang lain.

[4]

Padaku, dalam isu ini, sewajarnya tidak menggunakan ayat “menghina agama” terhadap filem terbabit. Lagi pula, ia sememangnya tidak salah jika dirujuk dari sudut ilmu Balaghah.

Sekiranya kekal juga dengan ayat “menghina agama”, sudah pasti ia melahirkan tuduhan lain yang tidak berasas. Seterusnya tidak mustahil (tidak bermakna mesti berlaku, tetapi dibimbangi) akan keluar pula tuduhan bahawa Ahmad Idham itu seperti musuh Islam dan seterusnya tidak hairan, akan keluar tuduhan yang mengatakan Ahmad Idham sebagai terkeluar dari islam. Keadaan ini sudah pasti, memberi keburukan yang lebih besar.

Dengan itu, aku mencadangkan agar digunakan ayat yang lain, seperti berkata, “filem itu tidak sesuai untuk tontonan orang Islam” atau sebagainya (terpulang atas kebijaksanaan).

Padaku, jika kita mahu menjaga sensitivity umat Islam, tetapi jangan sampai satu tahap kita menjaga itu sehingga melahirkan sensitivity yang lain. Lagi pula, kita memang perlu dilihat menjaga sensitive, tetapi jangan pula kita lakukan tindakan sehingga ramai melihat kita sedang sensitive buta, sepertimana melihat kepada orang yang cemburu buta.

Kalau dalam kitab Ihya ulum Ad-Din ada istilah “Al-Iqtisad fi Al-Ghirah”, iaitu “pertengahan dalam cemburu”. Maka, mungkin kitab kini kena buat satu tajuk, iaitu “pertengahan dalam sensitive”.

Sekian

Wallahu ‘Alam



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.senang cakap budak oii!!melawak bagi mereka mendalami bab-bab agama ni!mungkin boleh diterima!mungkin ada maksud yang tersurat!
2.tapi melawak tentang agama bagi puak-puak yang meloncat sana sini!!terutama bagai puak-puak artis!bahaya!!
3.hilangkan perasaan phd yang ada pada diri hangpa dulu!boleh!!atau hangpa boleh menulis tentang isu-isu merokok!minum araq!hukum mlm!atau yang senang babab-bab aurat!terutama dikalangan artis!pelakon!!itu lebih afdal lagi!!dari hangpa dok tegakkan benang yang basah!!
4.tau tak sebab apa masyarakat memandang sepi pada puak lulusan agama!!sebab ada puak yang macam hang la!!

kekura berkata...

assalamualaikum,
tuan, tidak ada salahnya pemuda pas berpendapat demikian, bukankah dlm sesetengah hal, dibolehkan berbeza pendapat?
cuma lihat dari sudut ini. bagi orang yg well-informed, dia tahu dari sudut bahasa tiada salahnya. yg boleh dipersoalkan adalah akhlak pengarah dan pelakon itu lah.
bagi yg tidak well-informed, mereka rasa benda itu ok dan ayat2 lain yg berkaitan dgn al-quran, akidah, solat etc, boleh dibuat main, dengan kerap. anda tak percaya? saya pernah melihatnya dan saya pernah membuatnya. itu sebelum isu ini bangkit.
jadi, bila saya fikir balik dan terdengar pendapat yg lain, saya rasa lebih baik censored je, lagi mudah. bukankah kemaslahatan umum itu penting?
cuba anda fikirkan ini. dulu cerita KL Menjerit, kata pengarahnya adalah utk menyedarkan geng2 mat rempit ini. tp sebaliknya yg terjadi. semakin ramai pula merempit. baik budak2 rosak akhlak yg kronik, mahupun budak2 belum kronik.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

salam ust, secara peribadi ana mnyokong pndgn ust trsebut..kerana ana sndiri brsma2 shbt2 ana smpat mnontonnya di pggung wyang ktika ia mula2 dlncrkan..

LAWAK : ana mmg akui byk unsur2 lwak d dlm flem ini trutme kpd Islam, nmun hkktnya stiap lwak tu ana dpt lhat mksd yg hndk dsmpaikan..cumanya ia brgntg kpd prsepsi, ana mmbuat survey kpd shbt2 ana yg mnonton, stiap drpd mreka punya prsepsi mreka msg2 ssuai dgn ilmu yg ada..keywordnya adlh PERSEPSI..

SYAHADAH : isu syahadah yg disebut oleh zizan ana spendapat dgn pndpt ust, ia dlihat dri sdut balaghah, dan zizan sndri hkktnya mngakui die sndri tiada niat utk mghina atau mrncang utk mghina, Islam scara jls ada hkumnya yg jlas,nmun ia trserah kpd PERSEPSI org yg mnilai, krana PERSEPSI ini slalunya 'lebih dari lajak' shgga mghukum lbih dri hkumn Allah..

ksmpulnnya, lhtlah srta hkumlh ssuatu pkre atau isu ssuai dgn keadaannya, jgn trlalu keras atau trlalu lmbut, brsederhanalah..igtlah proses dkwh itu sgt pnjg..

renungan brsama..(^_^)

Anda Sendiri Fikir berkata...

Salam Bro... Lawak alim ulama dalam mengajar seperti yang dilakukan oleh Ustaz Azhar, TGNA dan agamawan adalah bersifat mendidik kerana apa yang mereka ajarkan adalah berdasarkan keilmuan yang mereka miliki. Seumpama kekilafan sesuatu perkara yang besar diantara ulama pun atas dasar ilmu mereka juga.

Sepertimana yang lu kata Mahathir tafsir seperti ayat "Wahai orang-orang beriman" kepada "Wahai orang-orang Umno" adalah satu perkara yang melibat Rukun Iman adalah lejahilan melampau beliau yang tidak mempunyai asas agama langsung.

Berbeda dengan Ustaz Bunyamin Yaaqud (seorang yang gua amat menghormatinya) menterjemahkan "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh" (Al-Baqarah:208)kepada, "Wahai orang-orang Umno, pakat-pakatlah masuk PAS" adalah satu perkara yang tepat buat Umno yang hampir total menolak Islam kerana tika itu isu besarnya ialah Islam (PAS) Umno (Sekular).

Lu merujuk kepada 'Musyakalah ' dan 'Balaghah' dalam hujah lu tentang ini, tetapi bolehkah lu Balaqhahkan isu ucapan Zizan itu sebab gua pun nak tahu keputusan lu.

Tidakkah Islam itu memudahkan bukan membebankan umatnya. Apa yang menjadi tanda tanda gua ialah, jika tidak menggunakan perkataan 'menghina Islam' apa pula gelaran yang patut diberi selain 'filem itu tidak sesuai untuk tontonan orang Islam' selepas mengaut pendapatan sampai RM 8 juta.

Memang kita tahu ianya cerita lawak dan gua pun ada bagi komen kat blog Aduka Taruna, sebagai pelakon atau pun pengarah mereka patut mengambil kira kata-kata yang yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang bergelar muslim. Gua pun puji aatas tindakan cepat memohon maaf kepada umat Islam.

Lu pun kena faham walau setinggi mana kita belajar tentang agama berbanding dengan gua, dalam keadaan yang semakin parah Islam dihentam oleh kuasa besar dunia, barat dan pemimpin kita sendiri, perkara ini patut diberi perhatian agar ia tidak akan berulang lagi. Gua tulis pun bukan nak bantai sape-sape kerana apalah kita disisi Allah s.w.t. Tuhan.Tanpa apa-apa pransangka buruk dari gua buat lu.... Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Sedara kena minta maaf pada pemuda pas nampaknya.. Takkan tak nampak ayat "berbaur" tu.. Lain maknanya dgn hina islam terus. Sedara cakap pasal balaghah, tapi tak adil dalam mengkritik.. Janganlah kritik ikut emosi dan nafsu. Kami pemuda Islam tetap bersama dgn pemuda PAS dan berdoa moga wan ji diberi hidayah oleh Allah

John labu berkata...

ramai juga yg komen tanpa nama ...nakut pahit mereka ini ...

Loh lah demo ,,puak ustaz lawe dgn puak ustaz ....patutnya demo kena lawe puak umno tuu

Aku tidak ustaz tapi nok ke islam ...aku tok ser ke pAS UG...

wakji berkata...

ye la..ko la hebat dalam mengulas.konon melawan arus nak tunjuk hebat.sory la..bosan dengan org macam ko ni.filem ni memamng sampah.xda kesan kepada meningkatkan daya pemikiran budak2 yang ramai tengok cerita ni..kalau ko sokong sangat..ko bagi la anak ko jadikan cerita ni santapan harian.tengok mcmana.cakap diluar kotak la tu konon.hebat..