[1]
Dalam nas (al-Quran atau Hadis),
ia hendaklah diperhatikan kepada dua perkara;
1-
Wasail
2-
Maqasid.
Maksud maqasid adalah capaian bagi kemuncak bagi syariat, yang
dengannya disyariatkan segala hukum.
Maqasid syarik (melayu :
tujuan pensyariatan oleh pembuat syariat) ialah memberi kemaslahatan kepada
hamba pada dunia mereka dan akhirat mereka, sama ada dengan cara menarik
manfaat atau dengan cara menolak mudharat[1].
Sekiranya mendatangkan kemaslahatan, maka ia adalah perkara yang perlu
diperakui. Adapun mendatangkan mafsadah, maka ia hendaklah ditolak.
Adapun wasail, ia adalah penghubung kepada capaian terhadap
maqasid[2].
Tanpanya, maqasid tidak akan tercapai. Dengan erti kata yang lain, wasail
sebagai “orang tengah” dalam menentukan capaian terhadap keputusan akhir,
apakah ia mencapai maslahah atau mafsadah. Perkara ini diakui oleh ulama-ulama
maqasid sendiri. antara yang mengakui perkara ini adalah al-Izz bin Abd
al-Salam[3].
[2]
Antara contoh untuk memahami tentang wasail dan maqasid ini adalah
seperti berikut;
Pertama;
Hadis daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW ada bersabda;
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ
“Berpuasalah kamu
dengan melihat anak bulan, dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan.
Sekiranya kabur, maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyak tiga
puluh (hari)”( Al-Bukhari, bab perkataan Nabi SAW
“apabila kamu nampak anak bulan, maka berpuasalah. Apabila kamu nampak anak
bulan, berhari rayalah”, hadis no : 1776.
Muslim, bab kewajipan berpuasa dan berhari raya dengan tengok anak
bulan, hadis no : 1810.)
Dalam hadis ini, dipaparkan wasail untuk mencapai maqasid
(berpuasa dan berhari raya), iaitu dengan melihat anak bulan. Namun begitu,
dalam hadis ini juga, Nabi Muhammad SAW menyebut “sekiranya kabur (tidak
nampak anak bulan), maka hitunglah/hisablah bilangan dalam syaaban sebanyak
tiga puluh (hari)”.
Maka dengan itu, ada sebilangan ulama seperti al-Imam Taqi al-Din
al-Subki membenarkan penggunaan Hisab Falaki atau kiraan falak sebagai
wasail untuk mencapai maqasid (berpuasa di bulan Ramadhan dan penentuan hari
raya)[4].
Kedua;
Firman Allah SWT;
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ
“Dan
perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi”(Surah al-Baqarah, ayat 193)
Berperang itu merupakan wasail, sedangkan maqasid
dalam ayat ini adalah mengelak dari berlaku fitnah. Dengan maksud, dalam
beberapa keadaan, tempat dan masa, (seperti di Malaysia) berperang itu sendiri
boleh mendatangkan fitnah.
[3]
Mengugurkan pemerintah dari hadis-hadis yang melarang itu bersifat
wasail. Jika perang bertujuan untuk mengelak fitnah, tetapi situasi di Malaysia
pula berperang itu sendiri boleh mendatangkan fitnah, maka begitujuga hadis-hadis yang digunakan oleh pihak yang
haramkan gugur pemerintah yang zalim.
Hadis-hadis itu bersifat wasail, bukan maqasid. Apabila ia
bersifat wasail, bermakna ia bukan satu perkara yang haram secara mutlak,
tetapi tertakluk kepada kondusif tertentu.
Dengan maksud, ia haram dalam kerangka Negara monarki, tetapi
tidak haram dalam kerangka Negara demokrasi. Juga, ia haram jika mendatangkan
mudharat yang lebih besar, tetapi jika mendatangkan kemaslahatan yang lebih
besar, maka ia adalah satu perkara yang dibenarkan.
Wallahu Alam.
[1]
Dr Yusuf al-Alim, Al-maqasid al-‘ammah li-al-syariiyyah al-islamiyyah :79.
[2]
Ibid.
[3]
Al-Izz bin Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam : 1/53
[4]
al-Qaradhawi, Al-Siyasah al-Syariiyyah fi Dau’ Nusus al-Syariah wa
maqasiduha, hlmn 123.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan