Zaman Umar jadi Khalifah, Beliau pernah melantik Abu Hurairah sebagai gabenor Islam di Bahrain. Abu Hurairah adalah sahabat Nabi yang banyak meriwayatkan hadis. Nama betulnya Abd al-rahman bin Sakhar. Sebelum masuk islam, namanya Abd al-Syams (hamba matahari), kemudian ditukar kepada Abd al-rahman.
Seperti yang diketahui umum, gaya pemerintahan Umar terlalu teliti dalam pemerintahan. Sehinggakan dia meletakkan syarat, sesiapa sahaja yang dilantik menjadi gabenor dalam keadaan mempunyai dua pakaian sahaja, maka dia hendaklah tinggal dua pakaian juga apabila meninggalkan jawatannya. Malahan, Umar bin al-Khattab akan mengambil tindakan siasatan terhadap pemimpin lantikan beliau yang asalnya mempunyai satu pakaian, tiba-tiba didapati mencapai kekayaan, walaupun kekayaan itu terhasil dari cara yang halal.

Semasa Abu Hurairah menjadi gabenor di Bahrain, Umar dapati bahawa Abu Hurairah semakin kaya, menyebabkan Umar telah memanggil Abu Hurairah ke Madinah untuk mengadap.
“Wahai Musuh Allah, dan musuh Kitab Allah! Apakah kamu sedang mencuri harta Allah?” Sergah Umar.
Dengan nada perlahan, Abu Hurairah berkata, “Aku bukan musuh Allah, juga bukan musuh kitab Allah. Sebaliknya aku adalah musuh kepada mereka yang memusuhi Allah dan Kitab-Nya. Sebenarnya,aku tidak mencuri harta Allah”.
“dari pada mana kamu dapat kekayaan sebegitu hebat?” soal Umar.
“Aku mempunyai kuda yang beranak-pinak selepas aku menjadi gabenor”. Jawab Abu Hurairah.
“serahkan kesemua harta kamu itu ke Bait al-Mal”, arah Umar bin al-Khattab tegas.
“serahkan kesemua harta kamu itu ke Bait al-Mal”, arah Umar bin al-Khattab tegas.
Lalu Abu Hurairah menyerahkan kesemua harta-hartanya yang ada kepada bail al-Mal. Kemudiannya, beliau menadah tangannya ke langit sambil berdoa, “Ya Allah, ampunilah Amir al-Mukminin”.
Selang beberapa ketika, Abu Hurairah dipanggil pula oleh Umar dan untuk melantik beliau menjadi gabenor Islam di tempat yang lain pula. Tetapi, tawaran Umar itu ditolak oleh Abu Hurairah sambil berkata, “agar kehormatanku tidak tercela, hartaku tidak dirampas, punggungku tidak dipukul…”
Wallahu ‘alam
4 ulasan:
1.Sepatutnya ko pergi tarbiah kat nik aziz tentang perkara ni!ko tenguk ada berani nik aziz istiharkan harta anak beranak dia!
2.Kalau najib salahguna harta kerajaan!ikut islam mungkin kena penampaq je!!tapi kalau nik aziz melakukannya!sepatutnya kena terajang!ko faham lebaiii!!
3.ko beranila cakap tentang benda ni!!sebab ko tu cai je!entah-entah kalau ko di beri peluang pegang tampuk pemerintahan!perangai ko tu mungkin mengalahkan perangai firaun!!sebab tu Allah pekenan ko jadi cai-cai je!!
thanks kongsi cerita kat atas.. sedikit sebanyak tambah ilmu pengetahuan ttg tokoh2 islam ni hah..nice entry..
do follow my blog ye =)
Ust,
Dari cerita lain saya yg saya dengar. Abu Hurairah di pukul oleh Saidina Umar sbb dia memeliki bekas air selepas bergelar Gabenor. Bila di beri jawatan lagi dia tidak mahu ambil kerana takut Saidina Umar memukul lagi. Mohon per jelas...
dua pakaian saja? ooh ooh ooh
Catat Ulasan