Selasa, 4 Januari 2011

Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

sumber : malaysiakini

MEMBUKA KESALAHAN YANG DITAUBATI

Semua manusia pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan. Kesilapan tersebut, sama ada melibatkan kepada dosa, atau tidak. Kesilapan dalam meninggalkan amalan sunat, ia tidak melibatkan kepada dosa. Kesilapan sehingga melakukan perkara haram, ia adalah dosa.

Seseorang yang berdosa, diwajibkan oleh Allah SWT supaya bertaubat. Apabila dia sudah bertaubat, dia dikira sebagai orang terbaik disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya;
“Setiap anak ada adalah melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka bertaubat”

[At-Tarmizi : 2423]

Orang yang bertaubat juga, dia dikira bersih dari dosa disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

التَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ

Maksudnya;
“Orang yang bertaubat dari dosa, seperti mereka yang tiada dosa”

[Ibnu majah : 4240]

Orang yang sudah bertaubat, sering dianggap sebagai orang yang berdosa disisi manusia. Malahan, digembar-gemburkan tentang kesalahannya, walhal ia sudah bertaubat, dan kembali kepada Allah SWT.

Membangkitkan balik kesalahan yang telah ditaubatkannya itu adalah satu perkara yang menyebabkan tertimpa azab yang pedih. Ini kerana, kesediaannya dia bertaubat merupakan tanpa dia adalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, seperti mana firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آَمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang suka terhebah perkara buruk pada orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).


[An-Nur : 19]

Sabda Nabi SAW;

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya;
“setiap umatku adalah dimaafkan kecuali orang yang mujahirin. Sesungguhnya dari kalangan orang yang mujahirin adalah, seseorang lelaki yang mengamalkan sesuatu amalan pada waktu malam, kemudian paginya, Allah SWT telah menutup amalannya itu, lalu dia berkata, Wahai fulan, aku telah amalkan satu amalan semalam begian dan begian”

[Al-Bukhari : 5608]

Walau hadis ini mempunyai banyak tafsirannya. Tetapi, tafsiran yang paling masyhur adalah, orang yang melakukan sesuatu amalan jahat, lalu disembunyikan oleh Allah, tetapi dia telah membuka amalan jahatnya itu kepada orang lain, maka ia ini adalah orang yang tidak dimaafkan oleh Allah SWT.

Jika seseorang itu, membuka kesalahan dirinya pun telah dimurkai oleh Allah, bagaimana pula jika seseorang yang telah bertaubat, lalu kesalahannya yang telah ditaubatinya itu sengaja dibukakan balik oleh orang lain.

Nabi SAW ada bersabda;

يا معشر من آمن بلسانه ولم يدخل الإِيمان قلبه، لا تغتابوا المسلمين، ولا تتبعوا عوراتهم، فإِنه من اتبع عوراتهم يتبع الله عورته، ومن يتبع اللّه عورته يفضحه في بيته

Maksudnya;
““Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun belum masuk iman itu ke dalam hatinya ! Janganlah kalian mengghibah kaum muslimin. Jangan pula kalian mencari-cari aib/kesalahan mereka. Karena, sesungguhnya orang yang mencari-cari aib mereka, niscaya Allah akan cari-cari aib yang ada pada dirinya. Dan barangsiapa yang Allah cari-cari aibnya, maka Allah akan ungkap aibnya tersebut meskipun ada di dalam rumahnya” [Abu Daud : 4880; Albani kata : ‘Hasan shahih’].

Juga sabda Nabi SAW;

ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi kesalahannya kelak di hari kiamat” [Al-Bukhari : 2442, Muslim : 2580]

Disebabkan itu, dosa orang yang sudah bertaubat tidak seharusnya dibangkitkan balik. Jika dibangkitkan balik, ia sama seperti tidak suka seseorang itu kembali kepada Allah, malahan amat redha dengan orang itu kekal dengan dosa yang dilakukan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
5 Januari 2010 * 2:34 petang


PERSEPSI DALAM POLITIK

Dalam kamus dewan, persepsi ditafsirkan sebagai, “gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan” [Kamus dewan : 1025]. Ada pula dari kalangan ilmuan, mereka menafsirkan persepsi ini sebagai, “tanggapan awal”.

Dalam politik, persepsi dan peluang adalah dua perkara yang tidak boleh dilalaikan. Ia adalah perkara penting. Malahan, jika diperhatikan bahawa Nabi SAW amat mementingkan persepsi dan peluang itu. Ekoran itu, Nabi SAW berjaya dalam dakwahnya.

Pernah nabi SAW dikunjungi Umar bin Al-Khattab, meminta izin untuk memancung Abdullah bin Ubai bin Salul, kerana kejahatan bapa munafiq itu terhadap nabi SAW. Permintaan Umar itu tidak diizinkan oleh Nabi SAW dengan sabda baginda;

لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّهُ كَانَ يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

Maksudnya;
“Tidak, [bimbang] orang bercakap bahawa [Muhammad] membunuh sahabat-sahabatnya”

[Al-bukhari : 3257]

Dari hadis ini, kita dapat melihat bahawa kebimbangan melahirkan persepsi buruk terhadap diri nabi SAW, baginda SAW tidak menginzinkan Umar memancung Abdullah bin Ubai.

Dari sudut peluang pula, Nabi SAW melakukan perjanjian Hudaibiyyah. Mendapat peluang itu, digunakan nabi SAW sebaik mungkin untuk menyampaikan islam, seterusnya Islam terus berkuasa di atas muka bumi Allah SWT.

Di malaysia, bagaimana PAS bermain dengan persepsi? Bagaimana PAS mencari peluang?

Sekian

Wallahu ‘Alam


p/s : Apakah Suhaimi Embong akan mengatakan bodoh pada artikle ini?


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
5 Januari 2010 * 2:21 pagi

KELUHAN PENGUNDI PAS YANG PATUT PIMPINAN PAS LIHAT

ini ada dua keluhan pengundi PAS dalam PRU lepas melalui FB. Kepada pimpinan PAS, agar ia dianggap penting.

keluhan tersebut adalah seperti berikut;

SATU;

utk pengetahuan ustaz ana dah kluar dari parti pas,apakah tindakan ana ini btol ,skarang ni ana dah masok pkr

KEDUA:

Salam Ustaz, nampaknya Pemimpin Pas sekali lagi bertemu dengan UMNO di belakang rakyat, rupanya terdapat pemimpin yang berimejkan ULAMA tidak boleh dipercaya (kecuali Tuan Guru Nik Aziz dan seangkatan), mereka lebih pentingkan politik dari perjuangan. Saya rasa PAS dah tak perlu undi dari saya.

sila klik





UMNO/BN SEMAKIN GILA : MINYAK NAIK LAGI

Harga minyak RON97 akan naik lagi RM 0.10 seliter mulai 12.00 tengah malam ini dari RM 2.30 kepada RM 2.40 seliter. Kenaikkan ini dilihat dari jangkaan kenaikan yang akan berterusan kepada RON97 yang akan mencecah harga kepada lebih RM 3.00 seliterpada penghujung tahun ini mengikut satu maklumat yang saya perolehi.

Selain itu minyak RON95 juga akan mengalami beberapa kali kenaikan pada tahun ini pada kadar yang belum dipastikan lagi menurut sumber yang kami perolehi juga.

sumber : Idhamlim

AKHIRNYA TOK GURU JUGA YANG SEJUKKAN


Isu pertemuan antara pemimpin Umno dan pemimpin PAS pada akhir Disember lepas memang hangat di alam maya. Memang ramai yang suka/marah bila dibagitau ada pertemuan lagi antara pemimpin Umno dan pemimpin PAS.

Macam yang aku tulis sebelum ni, memang langsung tak ada salahnya kalau ada pertemuan antara pemimpin PAS dan Umno. Memang langsung tak salah kalau sekadar ada pertemuan dan perbincangan.

Kecualilah kalau dibincangkan perkata Kerajaan Perpaduan. Kalau bincang bab Kerajaan Perpaduan memang salah besar kepada pemimpin PAS terbabit, pasainya memang ada larangan yang terang dari pimpinan tertinggi PAS sendiri supaya isu Kerajaan perpaduan ni tutup buku.

Alhamdulillah, akhirnya TG Nik Aziz bersuara. Walaupun dia tak bagitau apa sebenarnya yang dibincangkan tapi aku yakin kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat menarik nafas lega.

Pasainya, tahap thiqah depa dengan TG Nik Aziz sangat tinggi. Depa percaya, kalau TG Nik Aziz sendiri terlibat dalam pertemuan tu, takdak apa yang perlu dirisaukan. Pasainya depa yakin yang TG Nik Aziz takkan menghampakan harapan depa selama ni. Tak kira la apa pun harapan depa, tapi depa percaya TG Nik Aziz memang boleh digantung harap.

Tambah-tambah lagi bila dah TG Nik Aziz sendiri guna perkataan MENGARUT, takkan TG Nik Aziz nak buat benda yang dia sendiri kata mengarut.

sumber : Cenangau

PENJELASAN TENTANG DEBAT ULAMA MUDA UMNO - PAS


Dari harakah cetak bertarikh 21 - 24 Muharam 1432 dalam ruangan Fikrah, muka surat 7.

Pukul 3, kami ada mesyuarat Post mortem PRK Galas buat kali ke-3 di pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut bersama dengan Abang Mat Sabu, Ahli jawatankuasa PAS Pusat. Selepas mesyuarat, aku berjumpa dengan seorang aktivis veteran parti yang bekerja di Pejabat PAS sejak sekian lama.

Kami bersalaman dan bertanya Khabar. Lalu, ditanyakan tentang satu berita dalam akhbar cetak, iaitu berkenaan dengan debat antara aku dengan ustaz Fathul Bari, Ulama Muda UMNO baru-baru ini.

Dari apa yang dibualkan, kelihatan berita yang dilaporkan secara umum itu, persepsi ramai menyatakan bahawa kehadiranku berdebat dengan Ustaz Fathul bari pada lama itu sebagai mewakili PAS, walhal penulis [wartawan] tidak bermaksud begitu.

Seperti yang aku diberitahu bahawa, jika ikut jadual asalnya, perdebatan itu bukan antara aku dengan ustaz Fathul bari, tetapi antara ustaz Nasaruddin tantawi dan ustaz Fathul bari. tetapi memandangkan tidak ada respon balas dari ustaz Nasaruddin atas persetujuan itu, menyebabkan pihak penganjur telah meminta aku hadir untuk mengambil tanggungjawab itu.

Bagi menanggungjawab itu, maka aku hadir. Tetapi, Ingin ditegaskan disini, bahawa kehadiranku pada Malam itu, bukan sebagai mewakili PAS atau sebagai pimpinan PAS. Ini kerana, aku tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti. Juga, tidak hadir sebagai mewakili parti.

Aku hadir pada malam itu sebagai seorang yang keahlian PAS, yang mahu mempertahankan ijtihad PAS yang membenarkan menegur pimpinan negara secara terbuka sepertimana yang sedang PAS lakukan kini.
Malahan, sudah ternyata isi kandungan debat pada malam itu, apabila Aku telah kemukakan hujjah berdasarkan ulasan Al-Quran, Hadis dan perkataan Ulama Salaf Soleh, seperti yang telah disyaratkan oleh ustaz Fathul bari.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani