Selasa, 4 Januari 2011

AKHIRNYA TOK GURU JUGA YANG SEJUKKAN


Isu pertemuan antara pemimpin Umno dan pemimpin PAS pada akhir Disember lepas memang hangat di alam maya. Memang ramai yang suka/marah bila dibagitau ada pertemuan lagi antara pemimpin Umno dan pemimpin PAS.

Macam yang aku tulis sebelum ni, memang langsung tak ada salahnya kalau ada pertemuan antara pemimpin PAS dan Umno. Memang langsung tak salah kalau sekadar ada pertemuan dan perbincangan.

Kecualilah kalau dibincangkan perkata Kerajaan Perpaduan. Kalau bincang bab Kerajaan Perpaduan memang salah besar kepada pemimpin PAS terbabit, pasainya memang ada larangan yang terang dari pimpinan tertinggi PAS sendiri supaya isu Kerajaan perpaduan ni tutup buku.

Alhamdulillah, akhirnya TG Nik Aziz bersuara. Walaupun dia tak bagitau apa sebenarnya yang dibincangkan tapi aku yakin kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat menarik nafas lega.

Pasainya, tahap thiqah depa dengan TG Nik Aziz sangat tinggi. Depa percaya, kalau TG Nik Aziz sendiri terlibat dalam pertemuan tu, takdak apa yang perlu dirisaukan. Pasainya depa yakin yang TG Nik Aziz takkan menghampakan harapan depa selama ni. Tak kira la apa pun harapan depa, tapi depa percaya TG Nik Aziz memang boleh digantung harap.

Tambah-tambah lagi bila dah TG Nik Aziz sendiri guna perkataan MENGARUT, takkan TG Nik Aziz nak buat benda yang dia sendiri kata mengarut.

sumber : Cenangau

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudahlah 1G al-barbikani. nak cover plak..dh tipu, tipu jer laa!! kau patut dibuang dari PAS..jenis anai2 serangga perosak!!

BatuApi @ FireStone berkata...

Kenapa nick aku dan suhaimi tak diletakkan di bawah artikel?

Tegok TV3 Berita jam 8 malam berkata...

Tengok TV3 tak??????? Apa hal TGNA tersangkut sangkut baca statement tuuuu. Sapa yang bagi kat TGNA ni hah....Tu la hangpa nak pembohong pun biarlah nampak macam sungguh. Ini tidak TGNA baca dok tertanya tanya dan Hj Hadi tersengeh sengeh macam nak tolong perbetulkan. Tengok sendiri dan faham lah siapa pengkhianat dalam percaturan ini. Moleklah Pres dan seangkatan nya angkat kaki dari PAS bersara secara baik dan jangan biarkan jemaah keji dikemudian hari... ada faham!!!