Dari harakah cetak bertarikh 21 - 24 Muharam 1432 dalam ruangan Fikrah, muka surat 7.
Pukul 3, kami ada mesyuarat Post mortem PRK Galas buat kali ke-3 di pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut bersama dengan Abang Mat Sabu, Ahli jawatankuasa PAS Pusat. Selepas mesyuarat, aku berjumpa dengan seorang aktivis veteran parti yang bekerja di Pejabat PAS sejak sekian lama.
Kami bersalaman dan bertanya Khabar. Lalu, ditanyakan tentang satu berita dalam akhbar cetak, iaitu berkenaan dengan debat antara aku dengan ustaz Fathul Bari, Ulama Muda UMNO baru-baru ini.
Dari apa yang dibualkan, kelihatan berita yang dilaporkan secara umum itu, persepsi ramai menyatakan bahawa kehadiranku berdebat dengan Ustaz Fathul bari pada lama itu sebagai mewakili PAS, walhal penulis [wartawan] tidak bermaksud begitu.
Seperti yang aku diberitahu bahawa, jika ikut jadual asalnya, perdebatan itu bukan antara aku dengan ustaz Fathul bari, tetapi antara ustaz Nasaruddin tantawi dan ustaz Fathul bari. tetapi memandangkan tidak ada respon balas dari ustaz Nasaruddin atas persetujuan itu, menyebabkan pihak penganjur telah meminta aku hadir untuk mengambil tanggungjawab itu.
Bagi menanggungjawab itu, maka aku hadir. Tetapi, Ingin ditegaskan disini, bahawa kehadiranku pada Malam itu, bukan sebagai mewakili PAS atau sebagai pimpinan PAS. Ini kerana, aku tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti. Juga, tidak hadir sebagai mewakili parti.
Aku hadir pada malam itu sebagai seorang yang keahlian PAS, yang mahu mempertahankan ijtihad PAS yang membenarkan menegur pimpinan negara secara terbuka sepertimana yang sedang PAS lakukan kini. Malahan, sudah ternyata isi kandungan debat pada malam itu, apabila Aku telah kemukakan hujjah berdasarkan ulasan Al-Quran, Hadis dan perkataan Ulama Salaf Soleh, seperti yang telah disyaratkan oleh ustaz Fathul bari.
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan