Selasa, 4 Januari 2011

PERSEPSI DALAM POLITIK

Dalam kamus dewan, persepsi ditafsirkan sebagai, “gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan” [Kamus dewan : 1025]. Ada pula dari kalangan ilmuan, mereka menafsirkan persepsi ini sebagai, “tanggapan awal”.

Dalam politik, persepsi dan peluang adalah dua perkara yang tidak boleh dilalaikan. Ia adalah perkara penting. Malahan, jika diperhatikan bahawa Nabi SAW amat mementingkan persepsi dan peluang itu. Ekoran itu, Nabi SAW berjaya dalam dakwahnya.

Pernah nabi SAW dikunjungi Umar bin Al-Khattab, meminta izin untuk memancung Abdullah bin Ubai bin Salul, kerana kejahatan bapa munafiq itu terhadap nabi SAW. Permintaan Umar itu tidak diizinkan oleh Nabi SAW dengan sabda baginda;

لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّهُ كَانَ يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

Maksudnya;
“Tidak, [bimbang] orang bercakap bahawa [Muhammad] membunuh sahabat-sahabatnya”

[Al-bukhari : 3257]

Dari hadis ini, kita dapat melihat bahawa kebimbangan melahirkan persepsi buruk terhadap diri nabi SAW, baginda SAW tidak menginzinkan Umar memancung Abdullah bin Ubai.

Dari sudut peluang pula, Nabi SAW melakukan perjanjian Hudaibiyyah. Mendapat peluang itu, digunakan nabi SAW sebaik mungkin untuk menyampaikan islam, seterusnya Islam terus berkuasa di atas muka bumi Allah SWT.

Di malaysia, bagaimana PAS bermain dengan persepsi? Bagaimana PAS mencari peluang?

Sekian

Wallahu ‘Alam


p/s : Apakah Suhaimi Embong akan mengatakan bodoh pada artikle ini?


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
5 Januari 2010 * 2:21 pagi

5 ulasan:

Dol berkata...

Salam Ustaz,
Bila nak masuk Umno Ustaz, mcm Zul Nordin... kan bagus ustaz. Eeh bukan Ustaz dulu Umno ke di Mesir? Tak perlu masuk le. Sbb cara hujah Ustaz mcm Ustaz Umno, nak menegakkan benang basah. Kalau masuk Umno fulus pun banyak, boleh tiap2 hari minum barbican

Tanpa Nama berkata...

Ehhh... Tinggal Suhaimi Embong je? mane plak Batuapinya? Tulislah sekali batuapi@Suhaimi Embong. Macam dah tak yakin je Suhaimi Embong tu Batuapi atau Batuapi tu Suhaimi Embong? ke camne? Apa la, Ustaz pun main agak2 je tuduh orang..!!

Tanpa Nama berkata...

Ehhh... tinggal Suhaimi Embong je? mana Batuapinya? Sepatutnya Suhaimi Embong@Batuapi atau Batuapi@Suhaimi Embong. Tentu Batuapi@firestone kecil namanya tidak diratib di blog ni. Macam dah tak yakin yang Batuapi tu Suhaimi Embong je!! Apa laa, ustaz pun boleh agak2 dalam membuat tuduhan..!!

hussin berkata...

ustaz wanji,

kita ni orang muda, masih mentah dalam politik ni. biaqlah orang2 lama je terberak terkangkang dengan politik ni. kita hanya layak memerhati je.

kalau parti jatuh gaung, dengan kita2 sekali jatuh gaung. persepsi maa.

satu lagi saya perhatikan, suka sangat usik suhaimi embong. nape? btw, siapa suhaimi embong ni? ada kena mengena dengan batuapi ke? kalau itulah suhaimi embong, tak payah lah ustaz layan dia. dia bercakap mesti berlayer2 punya. maklumlah orang lama maa. kita kena respek orang lama maa.

waksabar berkata...

Tertarik tentang istilah "orang lama" yang disebut oleh hussin(diatas).Diarina politik terdapat 4 jenis "orang lama":
(1) Orang Lama yang walau pun usia sudah lama tapi punya fikiran yang tajam,bisa menerima perubahan,bijak membuat penyesuaian ikut keadaan dan situasi.Jenis ini kita respect.
(2) Orang lama yang duduk pegang jawatan dalam parti tapi sekadar memanaskan kerusi aje.Jenis ini tak semestinya disimpan.
(3) Orang Lama yang gila-gila nak jawatan dalam parti tapi tak punya idea,masih guna cara dan kaedah lama,tak mau pulak dengar nasihat orang dan perangai bodoh sombong.Jenis ini wajar ditolak.
(4) Orang Lama yang suka membimbing pemimpin-pemimpin muda untuk menyediakan mereka mengambil tempat yang wajar dipersada politik masa depan.Mereka bijak mengadunkan pengalaman lama mereka dengan keadaan semasa untuk diterapkan kepada yang muda.Gulungan ini hampir pupus dan jika ada wajar dipelihara.