Khamis, 4 Februari 2010

ALLAH FOR ALL DI KELANTAN

DiPaparkan rakaman video pembentangan kertas kerja tentang isu kalimah Allah di Putik, Kelantan pada 4 Febuari 2010, anjuran Tabung Amanah Tok Kenali, Kerajaan Negeri Kelantan.

satu:



dua:



tiga:



empat :



lima:



enam:


RAKYAT KELANTAN BERSATU MENUNTUT DIKEMBALIKAN ROYALTI DAN MENOLAK WANG IHSAN


Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) adalah badan NGO yang menggabungkan lebih 50 NGO yang berdaftar, ditubuhkan dengan matlamat untuk menuntut Kerajaan Persekutuan membayar royalti petroleum kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi negeri yang daripada buminya telah dikeluarkan petroleum seperti mana perjanjian royalti antara PETRONAS dengan Kerajaan-kerajaan negeri.

Oleh kerana usaha ini adalah untuk kepentingan semua rakyat, GEGAR menghargai setiap sokongan daripada setiap individu dan kumpulan tanpa mengira kaum, agama, negeri, kedudukan dan parti politik. Malahan, GEGAR akan terus menggemblengkan usaha dan sokongan padu seluruh rakyat terhadap hak rakyat yang tidak boleh dinafikan lagi. Gerakan ini adalah untuk kebajikan, kemakmuran dan kemajuan rakyat.

Berhubung dengan Ceramah Perdana Royalti dan Himpunan Raksasa rakyat menuntut royalti petroleum di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu pada minggu lalu, pihak GEGAR ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat yang hadir termasuk yang sanggup pulang ke Kelantan dari jauh. Ternyata, rakyat Kelantan bersatu untuk menuntut royalti ini.

Secara khusus, GEGAR ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah di atas kehadiran beliau memberi penjelasan sebenar kepada rakyat selaku orang yang terlibat secara langsung dalam perjanjian royalti tahun 1975.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu istimewa pada majlis tersebut iaitu YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan, ahli-ahli Yang Berhormat serta pimpinan-pimpinan parti politik dan NGO.

GEGAR juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, anggota-anggota keselamatan, badan-badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang membantu melicinkan perjalanan majlis ceramah perdana dan himpunan raksasa rakyat tersebut.

Hasil daripada penjelasan YBM Tengku Razaleigh yang autentik dan tepat, jelas sekali kerajaan dan rakyat Kelantan adalah berhak kepada royalti. Rakyat telah dapat melihat semula perkara yang telah dirundingkan lebih 30 tahun yang lalu ini. GEGAR ingin mengingatkan semua pihak agar bersikap terbuka dalam menerima fakta yang jelas. GEGAR juga mengharapkan agar setiap pihak berlaku jujur dan amanah serta tidak menyelewengkan fakta dan maklumat kerana amanah adalah tuntutan iman dan diin.

GEGAR menyeru semua pihak agar menghormati penjelasan Pengerusi PETRONAS yang pertama yang terbabit secara langsung dalam perjanjian tahun 1975. GEGAR menganggap kecaman dan sindiran pihak tertentu terhadap YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah adalah amat tidak wajar kerana majlis tersebut adalah majlis penjelasan sebenar kepada rakyat.

GEGAR juga ingin menyatakan kekesalan dengan kenyataan berterusan YB Dato’ Mustapha Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Hussein selaku anak kelantan yang menidakkan pemberian wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Bagi GEGAR, kedua-dua pemimpin ini seharusnya bersama-sama YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan royalti untuk Kelantan berdasarkan fakta demi untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Justeru itu, bagi menunjukkan keprihatinan dan komitmen seluruh rakyat kepada tuntutan royalti ini, GEGAR merayu dan memohon seluruh rakyat dan anak Kelantan di mana sekalipun mereka berada untuk;

1) MENGIBARKAN BENDERA NEGERI KELANTAN di kereta, premis kediaman dan tempat yang sesuai sebagai tanda sokongan kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia di mana Kelantan adalah salah sebuah negeri yang mendokong Persekutuan. Juga, sebagai tanda sokongan terhadap hak negeri Kelantan – kerajaan dan rakyatnya dalam hal menuntut royalti petroleum yang telah dijanjikan menurut lunas-lunas undang-undang dan semangat Persekutuan tersebut.

2) Terus memberi sokongan terhadap sebarang usaha yang baik untuk memberi kesedaran rakyat dan meningkatkan perasaan bertanggungjawab untuk menyumbang dan membantu bagi memajukan rakyat negeri Kelantan sebagai negeri yang aman, sejahtera dan maju dalam ekonomi, sosial dan politik agar duniawi kita wibawa, dan akhirat kita selamat.

GEGAR mengajak semua pemimpin dan penggerak politik tanpa mengira parti, pemimpin masyarakat, ulama dan cendekiawan, sasterawan, budayawan, pentadbir, petani, peniaga, peraih serta seluruh warga masyarakat untuk menuntut dan mempertahankan hak royalti minyak dan masa depan seluruh rakyat dan negeri Kelantan demi kebaikan rakyat dan generasi. Kepada rakyat, sokongan seumpama ini amat besar maknanya.

Akhirnya GEGAR menuntut agar pihak yang bertanggungjawab iaitu PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan menghormati semangat Persekutuan dan setiap perjanjian yang telah termeterai antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan semangat Persekutuan yang memberi hak dan keadilan kepada semua rakyat. Kepada Allah kita berserah dan kepada-Nya kita memohon pertolongan dan petunjuk dalam setiap urusan.


Yang benar,

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah

Pengerusi Bersama
Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat

Kota Bharu
4 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010

AYUH BANGKIT MENYERANG KEZALIMAN


AYUH BANGKIT MENYERANG KEZALIMAN

Firman Allah dalam hadis Qudsi;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
"Wahai hambaku, Aku telah mengharamkan zalim pada diriku, dan aku jadikannya haram. Justeru, jangan melakukan kezaliman
[1]"

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
"jangan kamu cenderung terhadap mereka yang melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar oleh api neraka"

(Surah Hud : 113)

Dari kedua-dua firman Allah ini, memperlihatkan kepada kita bahawa kezaliman adalah perkara yang amat sangat wajib dielakkan. Masakan melakukannya, bertindak yang boleh membawa kepada kecenderungan kepada kezaliman juga adalah perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Kezaliman ini, tidak sekadar dilakukan secara individu, malahan ia juga boleh dilakukan secara berpasukan. Rompakan yang dilakukan oleh sepasukan perompak, maka ia juga dikira sebagai kezaliman, waima sebelum mereka merancang serangan tersebut, diadakan perbincangan dan mesyuarat.

Keputusan yang dilakukan dalam mesyuarat ahli-ahli perompak, tidak termasuk dibawah firman Allah SWT;

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya;
"Bermesyuaratkan kamu dalam sesuatu urusan. Apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah SWT"

(Surah 159)

Lagi bahana, apabila rompakan yang dilakukan itu dengan mengunakan nama dan wajah islam. Seperti, seorang perompak yang merompak, memakai pakaian agama; berkopiah, berjubah, berfurdah, banyak menyebut ayat-ayat agama seperti kalimah "Subhanallah", "Alhamdulillah", "la Haula wala Quwata Illa billah" dan sebagainya, semata-mata untuk memperdaya manusia agar segala rompakan yang dilakukan berjalan lancar.

Apabila seseorang itu mengetahui bahawa sesuatu rompakan dilakukan, tugas baginya adalah, berusaha agar rompakan tersebut tidak berjaya dilakukan. Ini disandarkan kepada sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
"barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman
[2]"

Sekiranya rompakan sudah berlaku, bagi mereka yang mengetahui, hendaklah dilakukan tindakan agar rompakan sebegitu tidak berulang kembali, disamping perompak tersebut perlu dikenakan hukuman, agar kefasadan dalam masyarakat dapat dibendung.

Sekiranya tetap mengambil sikap diam, dan tidak bangkit untuk menghapuskan segala kezaliman tersebut, bermakna dia telah redha kefasadan berlaku dalam masyarakat, dan sekiranya berlaku kefasadan, perompak dan orang yang mengambil sikap diam, wajib dipersalahkan.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Bharu
3 febuari 2010 * 4:50 Petang


[1] Muslim : 4674.
[2] Muslim : 70.

Selasa, 2 Februari 2010

MINDA BERWACANA, BUKAN BERHUKUM


MINDA BERWACANA, BUKAN BERHUKUM

Jika membaca Al-Quran, kita akan dapati bahawa manusia menolak islam disebabkan beberapa factor, iaitu (1) mereka jahil tentang Islam, (2) mereka mempunyai kepentingan diri, dan (3) degil atau bangang.

Apabila mereka tidak faham Islam, tidak mustahil mereka akan menghina Islam. justeru, tindakan yang paling baik adalah, memberi penerangan dengan segala kebijaksanaan yang ada untuk memahamkan mereka dengan islam.

Kaedah berhadapan dengan orang yang menolak islam kerana degil, tidak boleh disamakan ketika berhadapan dengan orang yang menolak Islam kerana jahil. Ini kerana, orang yang degil, diberitahu bagaimana sekalipun tentang islam, pasti mereka akan menolak. Jika tidak, masakan mereka digelar sebagai orang yang degil.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya;
"sesungguhnya orang yang kafir itu, sama ada diberitahu khabar ketakutan atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman"

(Surah Al-Baqarah : 6)

JAHIL

Orang yang jahil dengan Islam, sewajarnya diberikan kefahaman kepada mereka tentang Islam dalam bentuk yang sebijaksana yang mungkin. Bahkan, tidak boleh dinafikan bahawa wujud manusia yang menolak islam apabila para pendakwah tidak berjaya memberi penerangan yang bernas terhadap islam; yang memuaskan hati.

Apabila keadaan ini berlaku, apakah wajar disalahkan kepada mereka yang jahil tentang Islam?

Lebih parah, apabila para pendakwah bukan sekadar tidak berjaya menerangan islam dalam bentuk yang meyakinkan, malahan mereka bertindak sebagai penghukum. Apabila keadaan ini berlaku, sampai bila-bila pun Islam tidak akan berjaya dipasarkan ke dalam jiwa-jiwa manusia.

Dalam al-Quran, Allah SWT amat menekankan konsep hikmat dalam menyeru manusia kepada Islam. firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya;
"serulah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmat dan peringatan yang baik. Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik"

(Surah An-Nahl : 125)

Apa maksud hikmah?

Dalam bahasa arab, Al-hikmah diterjemah sebagai bijaksana. Bermakna, dalam menyeru manusia kepada Islam itu, kebijaksanaan dalam mengemukakan hujjah merupakan perkara yang amat penting.

Tindakan berhukum, dan menolak terus kepada golongan yang menolak islam tanpa dilakukan seruan dakwah yang bijaksana merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada Al-Quran, waima tindakan itu datang dari mereka yang duduk dalam gerakan islam sekalipun.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Jertih
3 febuari 2010 * 3:34 pagi


PERGANTUNGAN HATI DENGAN ALLAH

PERGANTUNGAN HATI DENGAN ALLAH

Semasa belajar di Pondok, aku memakai sebuah motosikal. Ketika itu, aku tidak mempunyai lesen memandu. Pun begitu, tidak pernah sekalipun aku ditahan, mahupun disaman.

Topi keledarku adalah serban berekor tepi (ala pelajar pondok). Lesenku hanya doa dan satu ayat daripada surah yasin. “dan kami jadikan dihadapan kami dinding, dan dibelakang kami dinding. Kami menutup mereka sehingga mereka tidak melihatnya”, itulah maksud doa kami.

Pernah sekali, aku ditahan ketika pulang dari mendengar ceramah politik di Kota Bharu. Sesampai di Bandar Pasir Mas, kami pelajar pondok yang sedang menunggang motor ditahan polis. Semua kawan-kawan memerhatikan kepadaku, kerana aku sudah dikenali semua pelajar pondok bahawa tidak mempunyai lesen memandu.

Berkat doa dan ayat yang dibaca, aku terlepas dari ditahan polis, malahan tidak disaman pun. Sesampai di pondok, semua kawan-kawan pondok terkejut.

”macam mana mu boleh lepas ni?” seorang kawan bertanya.

Aku tersenyum bila mendengar soalan itu. ini semua berkat pergantungan hati kepada Allah dalam semua urusan kehidupan.

KENA SAMAN

Sebelum melanjutkan pelajaran ke Pakistan, aku berjaya mendapat lesen memandu. Bermula dari hari itu, aku tidak perlu bimbang lagi jika mahu berjalan jauh dengan motosikal.

Setahun di Pakistan, aku pulang bercuti. Dalam bercuti itu, aku telah pergi menziarahi seorang kawan yang sama belajar di pakistan di Ampang. Dalam perjalanan pulang, aku ditahan polis.

Memandangkan aku sudah mempunyai lesen, aku tidak langsung membaca sebarang doa pun. Aku berkeyakinan bahawa aku akan terlepas dari ditahan, mahupun di saman oleh polis.

”nak baca doa apanya, sekarangkan dah ada lesen” bisik hatiku nakal.

Ketika pemeriksaan polis, belum sempat polis meminta lesen, aku sudah menghulur lesenku itu.

Polis itu tersenyum apabila aku menghulur lesen memanduku. Tetapi, kemudian dia bertanya tentang roadtax motor. Aku mula gelabah. Tidak dipastikan, apakah roadtax motorku masih hidup, atau sudah mati.

Aku terus menunjukkan roadtaxku kepada polis, ternyata roadtax itu sudah mati 3 hari yang lepas. Lalu, aku disaman disebabkan roadtax, bukan kerana lesen.

Dalam perjalanan pulang, di tol Jalan Duta, sekali lagi aku ditahan polis. Tidak sempat polis hendak menulis surat saman, aku menghulur surat saman yang telah aku terima di ampang.

Polis itu melihat surat saman tersebut, dan melepaskanku pulang.

Dalam perjalanan pulang, hatiku tidak habis-habis berkata, ”inilah puncanya, apabila hati tidak lagi bergantung dengan Allah”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Febuari 2010 * 7:28 malam.

Isnin, 1 Februari 2010

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ : TOKOH SEMANGAT KAWAN

Tok Guru Nik Abdul Aziz di Mahkamah, mengikuti perkembangan kes liwat yang difitnah terhadap Anwar Ibrahim

PAS MEMBUNUH DIRI - PENULIS JEMPUTAN


PAS MEMBUNUH DIRI


Oleh: Pak Ngah


INILAH CONTOH JAWAPAN KOMEN DI KALANGAN PENYOKONG JAWATANKUASA DISIPLIN. ANDA BOLEH LIHAT DAN NILAI SENDIRI MEREKA MEREKA YANG AMAT ARIF PADA PANDANGAN MEREKA SENDIRI (sss) TENTANG KEMEGAHAN HADIR MESYUARAT, USRAH YANG TELAH MENDIDIK JIWA MEREKA MENJADI KAMBING YANG SENTIASA TINGGAL SEKANDANG (Dari persepsi kami dari ungkapan mereka sendiri).

Berikut saya memilih petikan berikut:

Mengulas tulisan PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger..
Posted on Sunday, January 31 @ 19:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad
Oleh: batu-api2

"Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Ibnu Hasyim dalam blognya bertajuk PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger.. Ibnu Hasyim dalam hujah pendapatnya telah mengemukan beberapa pandangan daripada blogger iaituedyesdotcom yang telah berhenti daripada berblog kerana tidak puas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin PAS yang diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ibnu Hasyim juga mengemukan pandangan Ustadz Zorkharnain Abidin, Exco Dewan Ulama PAS Pusat antara lain mengatakan;

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.

Saya tak pasti adakah ini ajaran Dewan Ulama PAS yang harus saya ambil teladani dalam bab amal jamaie Harakah Ismiyyah. Jika benar pengangan ini, saya akan menjawab di hadapan Allah apa yang ditulis kerana berpandukan pendapat ini.

Padangan daripada misaimerah;

Kadang-kadang benda yang kita lawan, kita benci jadi kawan dan jadi sahabat. Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka. Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum. Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang, dah pandai nak guna akta rahsia rasmi, akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.

Pandangan Greenboc yang mencabar juga dimasukkan oleh Ibnu Hasyim dalam blognya antara lain;

PAS hari ini dicabar mengambil tindakan ke atas majoriti ahli-ahli PAS termasuk blogger-blogger yang membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin parti Khalid Samad semalam.

Akhirnya Ibnu Hasyim telah memberikan komennya sendiri yang berbunyi;

Sila lihat lagi blog-blog lain, seperti Penarik Beca, Perisik Rakyat, Malaysia Waves, Topeng Perak, Al-banjari dan lain-lain. PAS perlu berpandangan terbuka, lihat kritik-kritik Islah, dan perlu ingat antara faktor-faktor kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12, ialah kerana peranan blogger-bloger seperti ini.

Mereka tidak dibayar gaji oleh PAS. Jangan mulai mengunci mulut ahli, pemimpin atau blogger yang menyokongnya. Jangan bersikap angkuh dan sombong sehingga tidak boleh dikritik. Sekian, wallahu 'aklam.

Ada lagi sebenarnya beberapa orang blogger yang tak puas hati dengan keputusan ini mungkin tidak larat untuk disalin oleh Ibnu Hasyim untuk dijadikan hujah antara yang paling glomour ialah Abdullah Abdul KarimExco Pemuda Pusat dan Ustaz Wan Ji.

Memang sepintas lalu, terasa betul benar perlu diambil kira pendapat mereka ini, tapi jika termenung dan merenunginya dengan akal yang waras, bertawaduk kepada Ilahi maka saya terfikir pula berapa orangkah blogger yang benar-benar PAS selain nama-mana tokoh yang saya sertakan ini?

Banyakkan nisbah mereka ini jika di nisbahkan dengan ahli-ahli PAS lain? Apakah mereka ini lebih arif daripada Jawatankuasa Lembaga Dispilin Parti? Jika begitu, baik benar Ibnu Hasyim mencadangkan mereka ini disertakan sekali dalam lembaga disiplin parti nescaya keputusannya akan mendekati keputusan para-para nabi dan auliya.

Memang kita bercakap soal rasional, tetapi dalam masa yang sama kita menafikan mereka yang bersama jamaah yang membuat keputusan jamaah. Saya taklah kata blogger semuanya tidak ikut parti dan program parti tapi mereka ini sebahagian besar adalah kambing yang berada diluar kumpulan.

Saya sendiri pernah bermesyuarat dengan parti, jika dihitung banyak kali saya hadir mesyuarat PAS dan setiap mesyuarat itu membuat keputusan saya rasa saya hadir lebih daripada 800 kali mesyuarat kecil dan besar. Rasanya lebih 500 mesyuarat tidak saya persetujui keputusannya. Apakah kerana saya adalah blogger saya akan menulis, membantah pada umum saya tak setuju kerana parti membuat keputusan tidak mengikut pendapat saya?

Ibnu Hasyim telah membuat hukuman bahawa pendapat blogger adalah betul dan pendapat ahli Lembaga disiplin parti adalah tidak benar sama sekali. Atas nas apakah Ibnu Hasyim menghukum ini? Inikah yang dikehendaki oleh Ibnu Hasyim dalam mentarbiyyah tata tertib berjamaah?

Ibnu Hasyim menulis JANGAN MENGUNCI MULUT AHLI dan jangan BERSIKAP SOMBONG DAN ANGKUH SEHINGGA TIDAK BOLEH DIKRITIK.

Dua kenyataan ini yang dirumuskan oleh Ibnu Hasyim diambil daripada sebab mana. Tolong tunjukkan kepada saya dimana dua kenyataan ini disandarkan.

Apa pula komen Ibnu Hasyim dengan proses rayuan yang boleh dibuat dalam tempoh 30 hari. Saya yang kurang arif ini memahami proses rayuan adalah proses bersuara ahli dan proses mempertingkaikan jika rasa tidak bersalah atau merayu atas dasar insaf dan bersalah.

Ibnu Hasyim banyak memainkan sentimen untuk memburuk keadaan daripada membetulkan perjalanan jamaah. Tulisan-tulisan saudara tentang Sejarah PAS yang bersiri-siri dilaman saudara tidak sedikit pun menjadikan pengajaran untuk dimanfaatkan bersama sekadar menjadi cerita penglipulara sahaja.

---------------------o0o----------------------

Saya sertakan senarai ahli Dewan Ulama PAS Pusat. Kenapa? Nanti orang kata Ustaz Zorkharnain Abidin al Hafiz membantah keputusan lembaga Disiplin PAS. Diakan Exco Ulama Oooi. Habis yang lain tak membantah. Nak ikut siapa? Nak ikut anak itik yang dah jatuh longkang ke? Nak masuk longkong sama ke?

Ramai blogger berlumba-lumba menyiarkan kenyataan BERANI Abdullah Abdul Karim Exco Pemuda PAS Pusat. Saya malas nak copy senarai AJK EXCO PAS Pusat. Nanti kesian nampak sangat Abdullah itu tersisih seperti kambing diluar kandang aje!!!

Blogger? Nak saya senaraikan juga ke? Akal yang waras berada dalam Jamaah dan walaq. WALAQ, saya ulangi WalaQ!!



Perempuan Cina ini juga banyak membantu PAS, dia juga tak minta upah satu sen pun. Jika dia membantah keputusan Lembaga Disiplin, kita harus ikut pendapat dia!! Betulkan?






PANDANGAN KAMI

KEADAAN INI BERBEZA DENGAN KALANGAN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG DI UMPAMAKAN BELIAU SEBAGAI KAMBING DI LUAR KAWANAN SEPERTI KAMBING KAMBING SEKANDANG ITU. MAKSUDNYA TENTU TAKUT KAMBING YANG SEKOR ITU AKAN DI MAKAN SERIGALA LAH NAMUN ADA JUGA KELEBIHAN TERSENDIRI SEPERTI BERIKUT:

KAMBING DI KANDANG

1. MAKAN IKUT APA YANG TUAN NYA BERI.
2. MINUM APA APALAH YANG TUAN NYA BERI.
3. KELUAR MERAGUT MENGIKUT KAWASAN DI TETAPKAN TUAN PUNYA.
4. KENA PERAH SUSU BAGI YANG BETINA.
5. PASTI AKAN KENA SEMBELIH ATAU DI JUAL.
6. MUSUH TUAN NYA MUSUH DIA JUGA.
7. OTAK JUGA TERKANDANG DALAM KANDANG

KAMBING LUAR KANDANG

1. MAKAN APA YANG DI GEMARI TIDAK ADA YANG MELARANG
2. MINUM APA JUA YANG ALLAH TAALA SEDIAKAN
3. SELURUH ALAM BUANA INI TEMPAT MERAGUT, LUAS PANDANGAN DAN KENAL BANYAK MUSUH DAN SAHABAT.
4. BAGI BETINA SUSU UNTUK ANAK TERSAYANG SAHAJA
5. AKHIR HIDUPNYA BELUM TAHU SAMADA DI JUAL, DISEMBELIH, DI TEMBAK ATAU TERBUNUH. PERJUANGAN YANG PANJANG
6. MUSUH HANYA DI PUTUSKAN OLEH NYA SENDIRI
7. BEBAS BERJIHAD

Perhatikan petikan komen berikut:


3 Komen:

psd berkata...
ustaz i salute u.itula pendirian kami ahli pas bawahan di selangor.

tetapi malangnya hampir semua pimpinan kawasan termasuk 2 atau 3 YB PAS di selangor termasuk YB parlimen saya bertaraf dr(bukan yb zul)sudah di kunci fikiran mereka.malah mereka dengan terang mempeekecilkan yb khalis dan yb saari.

musuh mereka adalh PKR bukan umno.
2010 Januari 31 14:49

allenhash berkata...
Sheikh, ana nak tanya sikit (kalau anta tau la..) : berapa orang ahli panel JK Disiplin yang mengadili kes kedua-dua di atas? Ana tanya sebab dalam PC dinyatakan bahawa JK Disiplin telah sebulat suara telah mendapati apa yang didapati...Jadi ana nak tanya tak kan dalam ramai-ramai tu tak ada ka yang nak terfikir macam apa yang rata-rata difikirkan oleh orangramai hari ini? Yakni keputusan ini adalah sesuatu yang lebih banyak membawa gambaran buruk kepada PAS....
2010 Januari 31 15:24

ABH berkata...
ust i suka baca tulisan yang bertuan(ada nama lagi bagus ada gambar).org akan tahu siapa yg bertanggungjwb ke atas tulisan itu dan sudah pasti si penulis bersedia menghadapi feedback samada setuju atau tidak dr pembaca.kalau baling batu sembunyi tangan itu 'anak betina',anak 'khunsa' dan yang pastinya bukan 'anak jantan' yang mungkin mau main sorok2.mmm cak!
2010 Januari 31 21:59



Akhirnya timbul persoalan mengapa “PAS membunuh diri” secara memalukan penduduk sekampong. Mengapa tidak memilih “HARAKIRI” yang nampak lebih kepahlawanan. Kita mula yakin kini PAS bukan bunuh diri tetapi di bunuh dari dalam. Siapakah pembunuhnya? Akan terserlah selepas PRU13 dimana PAS hanya tinggal Kelantan dan Kedah sahaja. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna nya.