Selasa, 2 Februari 2010

PERGANTUNGAN HATI DENGAN ALLAH

PERGANTUNGAN HATI DENGAN ALLAH

Semasa belajar di Pondok, aku memakai sebuah motosikal. Ketika itu, aku tidak mempunyai lesen memandu. Pun begitu, tidak pernah sekalipun aku ditahan, mahupun disaman.

Topi keledarku adalah serban berekor tepi (ala pelajar pondok). Lesenku hanya doa dan satu ayat daripada surah yasin. “dan kami jadikan dihadapan kami dinding, dan dibelakang kami dinding. Kami menutup mereka sehingga mereka tidak melihatnya”, itulah maksud doa kami.

Pernah sekali, aku ditahan ketika pulang dari mendengar ceramah politik di Kota Bharu. Sesampai di Bandar Pasir Mas, kami pelajar pondok yang sedang menunggang motor ditahan polis. Semua kawan-kawan memerhatikan kepadaku, kerana aku sudah dikenali semua pelajar pondok bahawa tidak mempunyai lesen memandu.

Berkat doa dan ayat yang dibaca, aku terlepas dari ditahan polis, malahan tidak disaman pun. Sesampai di pondok, semua kawan-kawan pondok terkejut.

”macam mana mu boleh lepas ni?” seorang kawan bertanya.

Aku tersenyum bila mendengar soalan itu. ini semua berkat pergantungan hati kepada Allah dalam semua urusan kehidupan.

KENA SAMAN

Sebelum melanjutkan pelajaran ke Pakistan, aku berjaya mendapat lesen memandu. Bermula dari hari itu, aku tidak perlu bimbang lagi jika mahu berjalan jauh dengan motosikal.

Setahun di Pakistan, aku pulang bercuti. Dalam bercuti itu, aku telah pergi menziarahi seorang kawan yang sama belajar di pakistan di Ampang. Dalam perjalanan pulang, aku ditahan polis.

Memandangkan aku sudah mempunyai lesen, aku tidak langsung membaca sebarang doa pun. Aku berkeyakinan bahawa aku akan terlepas dari ditahan, mahupun di saman oleh polis.

”nak baca doa apanya, sekarangkan dah ada lesen” bisik hatiku nakal.

Ketika pemeriksaan polis, belum sempat polis meminta lesen, aku sudah menghulur lesenku itu.

Polis itu tersenyum apabila aku menghulur lesen memanduku. Tetapi, kemudian dia bertanya tentang roadtax motor. Aku mula gelabah. Tidak dipastikan, apakah roadtax motorku masih hidup, atau sudah mati.

Aku terus menunjukkan roadtaxku kepada polis, ternyata roadtax itu sudah mati 3 hari yang lepas. Lalu, aku disaman disebabkan roadtax, bukan kerana lesen.

Dalam perjalanan pulang, di tol Jalan Duta, sekali lagi aku ditahan polis. Tidak sempat polis hendak menulis surat saman, aku menghulur surat saman yang telah aku terima di ampang.

Polis itu melihat surat saman tersebut, dan melepaskanku pulang.

Dalam perjalanan pulang, hatiku tidak habis-habis berkata, ”inilah puncanya, apabila hati tidak lagi bergantung dengan Allah”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Febuari 2010 * 7:28 malam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..
tenangnya baca tulisan ustaz yang ni..
harap ustaz dapat mengawal emosi ustaz semasa menulis..
::sahabat sejemaah yang sayangkan ustaz...

Da'iman al-Kifah berkata...

maaf ustaz, bhg awal artikel ini adalah salah.

pergantungan kepada Allah tidak menghalalkan kita melanggar undang-undang wad'ie yang bertujuan untuk menjaga maslahat kita. ustaz pun tau maslahat ada 3, ie syar'iyyah, mursalah dan mulghoh.

kerana sikap inilah ramai ustaz yang main hentam sahaja undang2 dunia, atas alasan kononnya bergantung kepada Allah. akhirnya, yang haram pun dihalalkan. contohnya, beli kereta 'limbo'/kastam-konon yang tak bertuan, tak pernah mengira harta untuk membayar zakat etc.

bergantung dengan Allah ialah bertawakkal, setelah kita berusaha dengan cara yang halal.

allahua'lam.

sudirumusibarat berkata...

Salam ustaz

Kebergantungan kepada Allah ialah mengesampingkan keinginan diri /kumpulan dengan menerima ketetapan/keputusan Allah .

Tanpa Nama berkata...

1.Puak macam hang!memangla selalu guna Al-Quran dan hadis untuk halaikan cara!Bodo matematik!add math!fizik!Kimia!Macam hangla!!!
2.Dok tunggu puak sains yang hafiz al-Quran jadi pendakwah!!baru boleh pakai!!!
3.Barula menepati syarat menjadi Imam!
3.1.Berilmu!lebih dari makmum!!
4.Puak macam hang!!ada ilmu ka!!!!Ada ilmu guna Al-Quran untuk kepentingan diri adala!!!
5.Lani ramai golongan pro.hantaq anak mereka kekelas hafiz sebelum buat medic atau kejuruteraan!!Tu yang dikatakan puak berilmu!!!Hang!!!hang pikiaqla sendiri!!!