Selasa, 2 Februari 2010

MINDA BERWACANA, BUKAN BERHUKUM


MINDA BERWACANA, BUKAN BERHUKUM

Jika membaca Al-Quran, kita akan dapati bahawa manusia menolak islam disebabkan beberapa factor, iaitu (1) mereka jahil tentang Islam, (2) mereka mempunyai kepentingan diri, dan (3) degil atau bangang.

Apabila mereka tidak faham Islam, tidak mustahil mereka akan menghina Islam. justeru, tindakan yang paling baik adalah, memberi penerangan dengan segala kebijaksanaan yang ada untuk memahamkan mereka dengan islam.

Kaedah berhadapan dengan orang yang menolak islam kerana degil, tidak boleh disamakan ketika berhadapan dengan orang yang menolak Islam kerana jahil. Ini kerana, orang yang degil, diberitahu bagaimana sekalipun tentang islam, pasti mereka akan menolak. Jika tidak, masakan mereka digelar sebagai orang yang degil.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya;
"sesungguhnya orang yang kafir itu, sama ada diberitahu khabar ketakutan atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman"

(Surah Al-Baqarah : 6)

JAHIL

Orang yang jahil dengan Islam, sewajarnya diberikan kefahaman kepada mereka tentang Islam dalam bentuk yang sebijaksana yang mungkin. Bahkan, tidak boleh dinafikan bahawa wujud manusia yang menolak islam apabila para pendakwah tidak berjaya memberi penerangan yang bernas terhadap islam; yang memuaskan hati.

Apabila keadaan ini berlaku, apakah wajar disalahkan kepada mereka yang jahil tentang Islam?

Lebih parah, apabila para pendakwah bukan sekadar tidak berjaya menerangan islam dalam bentuk yang meyakinkan, malahan mereka bertindak sebagai penghukum. Apabila keadaan ini berlaku, sampai bila-bila pun Islam tidak akan berjaya dipasarkan ke dalam jiwa-jiwa manusia.

Dalam al-Quran, Allah SWT amat menekankan konsep hikmat dalam menyeru manusia kepada Islam. firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Maksudnya;
"serulah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmat dan peringatan yang baik. Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik"

(Surah An-Nahl : 125)

Apa maksud hikmah?

Dalam bahasa arab, Al-hikmah diterjemah sebagai bijaksana. Bermakna, dalam menyeru manusia kepada Islam itu, kebijaksanaan dalam mengemukakan hujjah merupakan perkara yang amat penting.

Tindakan berhukum, dan menolak terus kepada golongan yang menolak islam tanpa dilakukan seruan dakwah yang bijaksana merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada Al-Quran, waima tindakan itu datang dari mereka yang duduk dalam gerakan islam sekalipun.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Jertih
3 febuari 2010 * 3:34 pagi


1 ulasan:

Amin berkata...

Salam,
Bagus, alangkah baik jika kita mengambil sikap yang sama pada sesama Islam. Kita beradab kepada bukan islam... dan bersikap lemah lembut pada orang beriman. Ambillah sikap menerangkan bukan menyerang... & menegur secara berhikmah


Amin, BTHO