Rabu, 3 Februari 2010

AYUH BANGKIT MENYERANG KEZALIMAN


AYUH BANGKIT MENYERANG KEZALIMAN

Firman Allah dalam hadis Qudsi;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
"Wahai hambaku, Aku telah mengharamkan zalim pada diriku, dan aku jadikannya haram. Justeru, jangan melakukan kezaliman
[1]"

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
"jangan kamu cenderung terhadap mereka yang melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar oleh api neraka"

(Surah Hud : 113)

Dari kedua-dua firman Allah ini, memperlihatkan kepada kita bahawa kezaliman adalah perkara yang amat sangat wajib dielakkan. Masakan melakukannya, bertindak yang boleh membawa kepada kecenderungan kepada kezaliman juga adalah perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Kezaliman ini, tidak sekadar dilakukan secara individu, malahan ia juga boleh dilakukan secara berpasukan. Rompakan yang dilakukan oleh sepasukan perompak, maka ia juga dikira sebagai kezaliman, waima sebelum mereka merancang serangan tersebut, diadakan perbincangan dan mesyuarat.

Keputusan yang dilakukan dalam mesyuarat ahli-ahli perompak, tidak termasuk dibawah firman Allah SWT;

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya;
"Bermesyuaratkan kamu dalam sesuatu urusan. Apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah SWT"

(Surah 159)

Lagi bahana, apabila rompakan yang dilakukan itu dengan mengunakan nama dan wajah islam. Seperti, seorang perompak yang merompak, memakai pakaian agama; berkopiah, berjubah, berfurdah, banyak menyebut ayat-ayat agama seperti kalimah "Subhanallah", "Alhamdulillah", "la Haula wala Quwata Illa billah" dan sebagainya, semata-mata untuk memperdaya manusia agar segala rompakan yang dilakukan berjalan lancar.

Apabila seseorang itu mengetahui bahawa sesuatu rompakan dilakukan, tugas baginya adalah, berusaha agar rompakan tersebut tidak berjaya dilakukan. Ini disandarkan kepada sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
"barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman
[2]"

Sekiranya rompakan sudah berlaku, bagi mereka yang mengetahui, hendaklah dilakukan tindakan agar rompakan sebegitu tidak berulang kembali, disamping perompak tersebut perlu dikenakan hukuman, agar kefasadan dalam masyarakat dapat dibendung.

Sekiranya tetap mengambil sikap diam, dan tidak bangkit untuk menghapuskan segala kezaliman tersebut, bermakna dia telah redha kefasadan berlaku dalam masyarakat, dan sekiranya berlaku kefasadan, perompak dan orang yang mengambil sikap diam, wajib dipersalahkan.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Bharu
3 febuari 2010 * 4:50 Petang


[1] Muslim : 4674.
[2] Muslim : 70.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bab keluaq ayat Al-Quran!hangla paling pandai!pandai cakap!pandai teori!Praktikalnya hancuq!!!buat kerja!!melopong!!tolong keluaq sat hadis atau ayat Al-Quran yang bermaksud diakhir zaman,Al-Quran akan digunakan untuk kepentingan diri!diniagakan!!!Dijual beli!!!Dah beli produk Tok Guru!!

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi !kalau hang tak mau orang islam menzalimi sesama islam!hang bagi hukum sat perbuatan dibawah:
1.HUkum merokok.
2.Hukum MLM(sistem jualan langsung).
ada berani!!!

sudirumusibarat berkata...

Salam Us.1j

Kebergantungan kpd Allah ialah kita mencegah kezaliman/rompakan dengan kemampuan (spt yang ustaz nyatakan).Kerana yang di hadapan kita tidak pasti .Gerakan2 dari a ke z pencegahan pun adalah takdir Allah .Sama ada kita yang berjaya dan mereka yang kalah atau sebaliknya adalah gerakan takdir-Nya.Tiada sebesar zarah pun berlaku melainkan dgn keizinan-Nya.Setiap yang berlaku ada hikmah. Insan harus pasrah . Adilnya Allah ialah menghukum/membalas /memulangkan dengan setimpal setiap perbuatan yang disandarkan kepada makhluk sama ada di dunia @ akhirat supaya keadilan benar2 dirasakan/disaksikan.

Tanpa Nama berkata...

satu lagi.
1.Dari hang dok buat persepsi sapa yang lebih bertakwa,lebih tinggi tahap keimana!baik hang ulas perkara yang berfakta!!Kalau boleh hang ulas bab diatas dalam entry hang yang akan datang!!
2.Teringin jugak dak berdebat dengan hang mengenai perkara yang melibatkan fakta!hukum merokok dan MLM sahaja!Bagila dalil dan hadis yang boleh menyokong fakta hang nanti!
3.Nak tenguk hang ni pakar persepsi atau pakar fakta!
4.Bejuta umat islam dok merokok lani!berjuta umat islam terlibat dalam MLM terutama diKelantan!!Boleh guna fakta hang nanti!!Demi kebaikan orang islam dan melayu!Itu lebih baik dan afdal dari hang dok kafirkan!sesatkan sesama islam!!
5.Pandangan hang nanti boleh digunapakai oleh semua umat islam tak mengira mana-mana ahli parti politik.
6.jangan lupa setiap fakta mesti bersandarkan al-Quran dan hadis.
7.Atau hang akan kata hang tak dak tauliahhhh!!!!!
8.Kalau hang tak berani!hang tutup la saja blog ni!!

ali langat berkata...

saya faham dan setuju dengan ustaz.

Tanpa Nama berkata...

Uih garangnye Tak dak nama...jangan le emosional sangat, emosi yang berlebihan menjadikan hang pulak yang nampak kelam-kabut...relax, nak teguq orang merokok...kaki MLM...teguqlah...tapi hang mesti nampak steady...

sudirumusibarat berkata...

Kepada
Tanpa Nama
2010 Februari 3 03:53/2010 Februari 3 05:44
dr sya selak daun lalang sehelai,
datang tak berjemput pulang tak dihalang kenapa nak suruh tuan rumah tutup pintu/blog hanya kerana tidak menyahut cabaran sdara.Kalau tak suka pergi saja ke rumah/blog lain!

Kalau sdera berani/cabar nak berdebat.Rasa pandai sangat sbb berfakta, Sya cadangkan pertanyaan2 itu halakan saja kpd YB Zul no.1 http://zul4kulim.blogspot.com
@ klau sdara buka blog sendiri tulislah sendiri jawapan dari soalan2 sdara boleh jugak kami orang dusun jenguk sekali sekala atau hari-harimau garang!Jangan lupa bagi kami alamatnya .Kami tunggu jgn selindung di balik tanpa nama lalang sehelai!
Setuju tak us,biar dia sendiri yg jawab soalannya!

sekian

Tanpa Nama berkata...

1.Gitula puak lulusan sekolah pondok!!!
2.Jahil segalanya!Cakap bedegaq-deqag!!
3.Mentaliti low class!!!Akademik!!kalau dalam sistem persekolahan kebangsaan!!dok kelas belakang!!Kalau dok U!layak ambik pengajian islam je!
4.kalau belajaq Al-Azhar,bidang agama jee!sebab apa freee!tak dak yuran pengajian!!!
4.Gunala agama untuk hangpa cari makan noo!!!!
5.Zaman para sahabat!kerja kuat untuk Islam!hangpa!guna agama untuk cari makan!Terbalikla pulak!!!
6.Kata pandai bidang agama!nak cari nas atau dalil dalam persoalan dibagipun tak boleh!!Apa sebab!kena atas batang idung sendiri!!!Itu nak debat tajuk tadika jeee!!Kalau nak debat tarag master atau PHD!!!Bukan taraf hangpa la agaknya!!!!

sekadarnasihat berkata...

ambo paham apa yang Tanpa Nama maksudkan...

ambo duk perati lama dah...jenis pilih bulu..pahtu kato kot ore lain pilih bulu..

wan ji anta duk kato jangan buat zalim..tapi bila sahabat anta sendiri zalim, anta wat keluar hadis atau dalil untuk sokong..(contohnya kes aduka )

gano kiro ni? zalim boleh pilih2 ko?

Tanpa Nama berkata...

sudirumusibarat!
1.Buat apa hang suruh pi tanya Zul Kulim!Dia lulusan sekular!dia peguam!dia bukan cari makan guna agama!Tak kan bab agama nak rujuk pada dia!!
2.Kalau bab agama pun nak rujuk pada puak sekular!puak agama macam hang nak buat apa!!Hang yang pilih sendiri nak jadi puak agama!!!!!Atau hang dan seangkatan puak agama selalu pikiaq:
2.1.Upah ajaq mengaji Quran berapa!!seratus!dua ratus sekepala!!
2.2.Upah jadi imam tarawikh!berapa !seratus!dua ratus!semalam!
2.3.Upah baca talkin berapa!!
2.4.Upah bagi ceramah agama!berapa!!

3.Agaknya:
3.1.Tangkap orang khalwat ditaman-lima ratus!
3.2.Dakwah kat anak muda merempit-lima ratus!
3.3.Nasihat anak muda minum arak-seribu!
3.4.dan lain-lain,dakwah yang ada upah!!
Ramailah puak macam hang akan pergi berdakwah!!!Sebab apa!!ada ganjaran duit! Tak payah rujuk pada zul kulim lagi!!hang dulu yang mula-mula berada ditaman!dijalanraya!dikelab malam!!!
Kalau para sahabat,ditakdir Allah berpeluang melihat perangai puak hang dan seangkatan,menangis Abu Bakar!menangis Umar!menangis Ali!

Tanpa Nama berkata...

1.satu lagi pada al-bakistani..
respectla kat hang!!!tak macam nik abduh!!!komen sikit langsung tak publish!!!Ini tabikla jugak kat hang!!!
2.Bukan saja menghentam,sekadaq renungan bersama!!!

Tanpa Nama berkata...

Wan Ji,manusia pembaca tak tahu aib anta... tapi Allah tahu,dan ada juga manusia yg Allah telah dedahkan aib anta padanya tapi masih simpan... ana nasihatkan anta,cukuplah membuat kebatilan menggunakan baju haq,sebelum anta terlambat,kembalilah ke pangkal jalan... Manusia yg jahat,tidak selamanya dia jahat,buktinya Saidina Umar R.A.janganlah kebencian anta terhadap seseorang menyebabkan anta tak berlaku adil,kita tak tahu mana pengakhiran kita...lagi satu,rezki Allah ni luas,jangan la sebab terhutang budi menyebabkan anta bersikap bias... takut sungguh anta nak berjumpa dgn manusia yg anta benci,tak takut nak jumpa Allah nanti dalam keadaan anta mcm ni??? manusia nampak anta melalui blog/tulisan anta yg nampak ilmiah,tp Allah taala tahu segala-galanya... nasihat terakhir ana,cukuplah anta rosakkan jemaah,semoga Allah pelihara ana,anta dan gerakan Islam ini dari musuh Allah....tetapkanlah hati-hati kami dalam agama mu ya Allah...

Tanpa Nama berkata...

Aku baru perasan sejak bila si wan ji ni berubah... mula2 dapat projek dulu,sungguh senang hatinya,lepas tu diberi maklumat sensasi yg org lain xdapat,lagi best,lalu ditulislah ke dalam blog sebagai tanda sayang pada jemaah... sungguh mudah wan ji beriman dgn berita-berita itu... diajaknya pula org lain berjihad utk menjayakan misinya... patah balik bab projek,bkn senang nak dpt projek tu,tp kenapa senang wan ji dapat ye??? oo ye,sbb wan ji ni ada kelebihan,lalu diumpanlah projek itu,jika tidak,masakan dapat projek itu mudah2,ramai lagi manusia yg berkelayakan,kenapa dapat pada wan ji??? sebab nak pergunakan wan ji kot... sape la yg buat kerja bodoh ni,tp org tu dah terima balasan,tp x byk la,baru beberapa persen dari kerja2 bodoh yg dia buat,org tahu dia buat kerja tu,tp saja xnak bagi dia aib,semoga dia sempat bertaubat sblm meninggal.berbalik pada wan ji,nasihat saya jangan mudah tertipu ye,"sbb saya sayang jemaah,saya dedahkan rahsia ni supaya anta dedahkan dlm blog,tulislah dlm bentuk ilmiah" kata seorang pemecah rahsia jemaah,lalu dgn penuh keimanan,wan ji menulis dan terus menulis... itulah al-kisah perubahan wan ji al-bakistani...