Isnin, 1 Februari 2010

PAS MEMBUNUH DIRI - PENULIS JEMPUTAN


PAS MEMBUNUH DIRI


Oleh: Pak Ngah


INILAH CONTOH JAWAPAN KOMEN DI KALANGAN PENYOKONG JAWATANKUASA DISIPLIN. ANDA BOLEH LIHAT DAN NILAI SENDIRI MEREKA MEREKA YANG AMAT ARIF PADA PANDANGAN MEREKA SENDIRI (sss) TENTANG KEMEGAHAN HADIR MESYUARAT, USRAH YANG TELAH MENDIDIK JIWA MEREKA MENJADI KAMBING YANG SENTIASA TINGGAL SEKANDANG (Dari persepsi kami dari ungkapan mereka sendiri).

Berikut saya memilih petikan berikut:

Mengulas tulisan PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger..
Posted on Sunday, January 31 @ 19:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad
Oleh: batu-api2

"Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Ibnu Hasyim dalam blognya bertajuk PAS Dicabar, Tanganilah Pandangan Blogger-Blogger.. Ibnu Hasyim dalam hujah pendapatnya telah mengemukan beberapa pandangan daripada blogger iaituedyesdotcom yang telah berhenti daripada berblog kerana tidak puas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin PAS yang diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ibnu Hasyim juga mengemukan pandangan Ustadz Zorkharnain Abidin, Exco Dewan Ulama PAS Pusat antara lain mengatakan;

Tidak wala’ bermaksud tidak patuh, tidak taat, tidak dengar, tidak akur dengan keputusan dan tindakan pimpinan.

Kalau wala’ itu maknanya dengar, akur, patuh dan taat secara melulu, itu sama sahaja dengan akur dan taat sekumpulan anak itik kepada ibunya. Ibunya terjun sungai, mereka ikut terjun sungai. Ibunya melintas jalan, dia turut melintas jalan.

Saya tak pasti adakah ini ajaran Dewan Ulama PAS yang harus saya ambil teladani dalam bab amal jamaie Harakah Ismiyyah. Jika benar pengangan ini, saya akan menjawab di hadapan Allah apa yang ditulis kerana berpandukan pendapat ini.

Padangan daripada misaimerah;

Kadang-kadang benda yang kita lawan, kita benci jadi kawan dan jadi sahabat. Ini kerja Tuhan sapa tak boleh teka. Tuhan saja yang tahu. Kedua-dua pemimpin Pas Selangor dilarang keluar kenyataan setelah dijatuh hukum. Itu kata JK Disiplin Pas Pusat. Sekarang ni kita dah pandai nak kunci-kunci mulut orang, dah pandai nak guna akta rahsia rasmi, akta yang kita lawan sampai punggung berasap, bila boleh jejaskan periuk nasi kita.

Pandangan Greenboc yang mencabar juga dimasukkan oleh Ibnu Hasyim dalam blognya antara lain;

PAS hari ini dicabar mengambil tindakan ke atas majoriti ahli-ahli PAS termasuk blogger-blogger yang membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin parti Khalid Samad semalam.

Akhirnya Ibnu Hasyim telah memberikan komennya sendiri yang berbunyi;

Sila lihat lagi blog-blog lain, seperti Penarik Beca, Perisik Rakyat, Malaysia Waves, Topeng Perak, Al-banjari dan lain-lain. PAS perlu berpandangan terbuka, lihat kritik-kritik Islah, dan perlu ingat antara faktor-faktor kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12, ialah kerana peranan blogger-bloger seperti ini.

Mereka tidak dibayar gaji oleh PAS. Jangan mulai mengunci mulut ahli, pemimpin atau blogger yang menyokongnya. Jangan bersikap angkuh dan sombong sehingga tidak boleh dikritik. Sekian, wallahu 'aklam.

Ada lagi sebenarnya beberapa orang blogger yang tak puas hati dengan keputusan ini mungkin tidak larat untuk disalin oleh Ibnu Hasyim untuk dijadikan hujah antara yang paling glomour ialah Abdullah Abdul KarimExco Pemuda Pusat dan Ustaz Wan Ji.

Memang sepintas lalu, terasa betul benar perlu diambil kira pendapat mereka ini, tapi jika termenung dan merenunginya dengan akal yang waras, bertawaduk kepada Ilahi maka saya terfikir pula berapa orangkah blogger yang benar-benar PAS selain nama-mana tokoh yang saya sertakan ini?

Banyakkan nisbah mereka ini jika di nisbahkan dengan ahli-ahli PAS lain? Apakah mereka ini lebih arif daripada Jawatankuasa Lembaga Dispilin Parti? Jika begitu, baik benar Ibnu Hasyim mencadangkan mereka ini disertakan sekali dalam lembaga disiplin parti nescaya keputusannya akan mendekati keputusan para-para nabi dan auliya.

Memang kita bercakap soal rasional, tetapi dalam masa yang sama kita menafikan mereka yang bersama jamaah yang membuat keputusan jamaah. Saya taklah kata blogger semuanya tidak ikut parti dan program parti tapi mereka ini sebahagian besar adalah kambing yang berada diluar kumpulan.

Saya sendiri pernah bermesyuarat dengan parti, jika dihitung banyak kali saya hadir mesyuarat PAS dan setiap mesyuarat itu membuat keputusan saya rasa saya hadir lebih daripada 800 kali mesyuarat kecil dan besar. Rasanya lebih 500 mesyuarat tidak saya persetujui keputusannya. Apakah kerana saya adalah blogger saya akan menulis, membantah pada umum saya tak setuju kerana parti membuat keputusan tidak mengikut pendapat saya?

Ibnu Hasyim telah membuat hukuman bahawa pendapat blogger adalah betul dan pendapat ahli Lembaga disiplin parti adalah tidak benar sama sekali. Atas nas apakah Ibnu Hasyim menghukum ini? Inikah yang dikehendaki oleh Ibnu Hasyim dalam mentarbiyyah tata tertib berjamaah?

Ibnu Hasyim menulis JANGAN MENGUNCI MULUT AHLI dan jangan BERSIKAP SOMBONG DAN ANGKUH SEHINGGA TIDAK BOLEH DIKRITIK.

Dua kenyataan ini yang dirumuskan oleh Ibnu Hasyim diambil daripada sebab mana. Tolong tunjukkan kepada saya dimana dua kenyataan ini disandarkan.

Apa pula komen Ibnu Hasyim dengan proses rayuan yang boleh dibuat dalam tempoh 30 hari. Saya yang kurang arif ini memahami proses rayuan adalah proses bersuara ahli dan proses mempertingkaikan jika rasa tidak bersalah atau merayu atas dasar insaf dan bersalah.

Ibnu Hasyim banyak memainkan sentimen untuk memburuk keadaan daripada membetulkan perjalanan jamaah. Tulisan-tulisan saudara tentang Sejarah PAS yang bersiri-siri dilaman saudara tidak sedikit pun menjadikan pengajaran untuk dimanfaatkan bersama sekadar menjadi cerita penglipulara sahaja.

---------------------o0o----------------------

Saya sertakan senarai ahli Dewan Ulama PAS Pusat. Kenapa? Nanti orang kata Ustaz Zorkharnain Abidin al Hafiz membantah keputusan lembaga Disiplin PAS. Diakan Exco Ulama Oooi. Habis yang lain tak membantah. Nak ikut siapa? Nak ikut anak itik yang dah jatuh longkang ke? Nak masuk longkong sama ke?

Ramai blogger berlumba-lumba menyiarkan kenyataan BERANI Abdullah Abdul Karim Exco Pemuda PAS Pusat. Saya malas nak copy senarai AJK EXCO PAS Pusat. Nanti kesian nampak sangat Abdullah itu tersisih seperti kambing diluar kandang aje!!!

Blogger? Nak saya senaraikan juga ke? Akal yang waras berada dalam Jamaah dan walaq. WALAQ, saya ulangi WalaQ!!



Perempuan Cina ini juga banyak membantu PAS, dia juga tak minta upah satu sen pun. Jika dia membantah keputusan Lembaga Disiplin, kita harus ikut pendapat dia!! Betulkan?






PANDANGAN KAMI

KEADAAN INI BERBEZA DENGAN KALANGAN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG DI UMPAMAKAN BELIAU SEBAGAI KAMBING DI LUAR KAWANAN SEPERTI KAMBING KAMBING SEKANDANG ITU. MAKSUDNYA TENTU TAKUT KAMBING YANG SEKOR ITU AKAN DI MAKAN SERIGALA LAH NAMUN ADA JUGA KELEBIHAN TERSENDIRI SEPERTI BERIKUT:

KAMBING DI KANDANG

1. MAKAN IKUT APA YANG TUAN NYA BERI.
2. MINUM APA APALAH YANG TUAN NYA BERI.
3. KELUAR MERAGUT MENGIKUT KAWASAN DI TETAPKAN TUAN PUNYA.
4. KENA PERAH SUSU BAGI YANG BETINA.
5. PASTI AKAN KENA SEMBELIH ATAU DI JUAL.
6. MUSUH TUAN NYA MUSUH DIA JUGA.
7. OTAK JUGA TERKANDANG DALAM KANDANG

KAMBING LUAR KANDANG

1. MAKAN APA YANG DI GEMARI TIDAK ADA YANG MELARANG
2. MINUM APA JUA YANG ALLAH TAALA SEDIAKAN
3. SELURUH ALAM BUANA INI TEMPAT MERAGUT, LUAS PANDANGAN DAN KENAL BANYAK MUSUH DAN SAHABAT.
4. BAGI BETINA SUSU UNTUK ANAK TERSAYANG SAHAJA
5. AKHIR HIDUPNYA BELUM TAHU SAMADA DI JUAL, DISEMBELIH, DI TEMBAK ATAU TERBUNUH. PERJUANGAN YANG PANJANG
6. MUSUH HANYA DI PUTUSKAN OLEH NYA SENDIRI
7. BEBAS BERJIHAD

Perhatikan petikan komen berikut:


3 Komen:

psd berkata...
ustaz i salute u.itula pendirian kami ahli pas bawahan di selangor.

tetapi malangnya hampir semua pimpinan kawasan termasuk 2 atau 3 YB PAS di selangor termasuk YB parlimen saya bertaraf dr(bukan yb zul)sudah di kunci fikiran mereka.malah mereka dengan terang mempeekecilkan yb khalis dan yb saari.

musuh mereka adalh PKR bukan umno.
2010 Januari 31 14:49

allenhash berkata...
Sheikh, ana nak tanya sikit (kalau anta tau la..) : berapa orang ahli panel JK Disiplin yang mengadili kes kedua-dua di atas? Ana tanya sebab dalam PC dinyatakan bahawa JK Disiplin telah sebulat suara telah mendapati apa yang didapati...Jadi ana nak tanya tak kan dalam ramai-ramai tu tak ada ka yang nak terfikir macam apa yang rata-rata difikirkan oleh orangramai hari ini? Yakni keputusan ini adalah sesuatu yang lebih banyak membawa gambaran buruk kepada PAS....
2010 Januari 31 15:24

ABH berkata...
ust i suka baca tulisan yang bertuan(ada nama lagi bagus ada gambar).org akan tahu siapa yg bertanggungjwb ke atas tulisan itu dan sudah pasti si penulis bersedia menghadapi feedback samada setuju atau tidak dr pembaca.kalau baling batu sembunyi tangan itu 'anak betina',anak 'khunsa' dan yang pastinya bukan 'anak jantan' yang mungkin mau main sorok2.mmm cak!
2010 Januari 31 21:59



Akhirnya timbul persoalan mengapa “PAS membunuh diri” secara memalukan penduduk sekampong. Mengapa tidak memilih “HARAKIRI” yang nampak lebih kepahlawanan. Kita mula yakin kini PAS bukan bunuh diri tetapi di bunuh dari dalam. Siapakah pembunuhnya? Akan terserlah selepas PRU13 dimana PAS hanya tinggal Kelantan dan Kedah sahaja. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna nya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dan kambing diluar kandang cukup mudah dibaham anjing yang berkeliaran...

AMER

al-bakulstani berkata...

Say NO to PAS Reform

Ali Zaidan berkata...

Minta Wan Ji baca teguran aku:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/02/yb-khalid-samad-buktikan-pro-reform.html

al-bakulstani berkata...

Kau nak jadi KAMBING pi mampus ngan kau la...jangan ingat kami kambing..... kamu ahli PAS yang setia..malah sebelum kau lahir, kami dah jadi ahli PAS.

Say NO to PAS Reform

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong Wan Ji. Mari kita gerakkan perkara berikut :

Mari kita sokong Team Pas Reform untuk adakan EGM.

Mari pakat2 lantik Khalid Samad jadi Presiden merangkap PJ Selangor,

Abdullah Karim jadi Ketua Pemuda merangkap pengerusi JK tatatertib

dan Tuan Guru Wan Ji sebagai Ketua Dewan Ulamak merangkap Mursyidul Am.

barulah Pas aman dari konflik dan boleh menang di Malaysia!

pemudasetia@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,
Yang saya tengok tulisan para pendokong PAS 9 (Self proclaim ini) dalam ini mengamok tak tentu pasal apa hal? Begitulah ajaran yang dipertuturunkan dalam usrah mereka apatah lagi dah jadi ahli pas sebelum orang lain lahir. Nak jadi kambing kemudian tak jadi kambing .. apa ke cerita ini? Baca tidak... mengamok lebih... yang kata jadi kambing tu petikan tulisan dari Batu Api.. Islam anut anutan lah mereka ini gamak nya.

hussin berkata...

salam semua,

komen lepas geram je nampaknya. yang dok marah2 ni, hangpa pi tanya $topa Ali, nasha dan presiden sendiri, banyak mana "minyak pelincir" yang dihadiahkan oleh perancang pertemuan dalam gelap (pdg) bagi memperkasakan melayu dan islam? sejak bila pula pas memperjuangkan melayu? ada paham perlembagaan ke? kalau tak de "minyak pelincir" tentu tak sanggup memporakperandakan parti. kerana "minyak pelincir" tangan diikat, dilaksanakan apa yang disuruh.

sejak selepas pdg arah tuju pas sudah bercelaru. kalau tak kerana "minyak pelincir" pas tak jadi macam ni. perhatikan siapa pelaku utama kalau tidak $topa ali. sampai press conference presiden pun hanya mengiyakan apa yang keluar dari mulut $topa ali. pas dah jadi "Ikut $topa Ali (I$A)".

pewala'2 yang membuta tuli macam hangpa nilah yang akan terus menjahnamkan pas. tak nampak $topa ali dah control perjalanan parti. pas dah jadi dap, setiausaha agong yang berkuasa.

hangpa pi jumpalh depa, tanya berapa tong "minyak pelincir" yang depa dah sapu... aku tak menuduh, tapi itulah realitinya dari tindak tanduk mereka selepas pdg yang dirancang, DIRANCANG, oleh pihak ketiga.

pi lah tanya...